Followers

Monday, December 26, 2011

Friday, December 23, 2011

Pemilik Hati Yang Patah.


Untuk yang sedang bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Sumber: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/pemilik-hati-yang-patah/#ixzz1hKJBcxBL

Wednesday, December 14, 2011

Kisah nya...

Sebelum ni dengar cerita dari sahabat2 je, junior pun ada. Hari ni terkena kat diri sendiri. Masih di library, sedang mengadap laptop.

"Excuse me sister". Seorang foreigner lelaki berkulit putih menegur. 

"Yes?" Saya memandangnya. Mana lah tau nak minta tolong apa-apa ke...

"Where are you from?"



"I'm from here, Malaysia". Agaknya dia tanya asal, takkan tanya kuliyyah pulak kot?


Di tangan dia ada sebuah kitab, cover nya tulisan arab. Habislah kalau dia nak tanya pasal arab atau suruh translate ke apa. Itu je yang terlintas di fikiran saya masa tu. Tapi lain pulak yang ditanya.

"Are you married?" Soalan yang saya tak expect langsung.

"No". Saya menjawab sepatah. Pelik. Apahal tanya soalan macam tu?

"Can you give me your e-mail?" sambil menghulurkan kertas dan pen. Kat atas meja tepi laptop saya pun ada je kertas dan pen.

"Why?" Macam dah boleh agak kenapa, tapi saja tanya.

"Just give me your e-mail, I'll explain later."

"No, I just want to know why."

"It's difficult to explain. I'll send an e-mail to you." Tak nak cakap la pulak.

"Is it important? I just want to know what is it about." Still tak nak bagi. Saya pun degil jugak la...:P

"You are not married, right? Then, give me your e-mail?"

Dah faham dah.
Kena cut terus conversation ni.
Adui...

Nasib baik dia tak minta no hp.
Sedang berfikir, macam mana nak jawab ni...

"I already have someone." Jawapan yang dirasakan paling selamat.

"You mean, your fiance?" Dia tanya lagi.

"Yes." Saya menjawab sepatah.
Hentam jelah..huhu~

"Ok." Dan dia pun berlalu.
Memang itu jawapan yang paling selamat. ~~"

Saya tak gelabah dan boleh faham maksud dia sebab dah ada pengalaman melalui cerita sahabat-sahabat yang pernah lalui perkara yang sama. Siap ada pak arab yang bagitau direct nak kahwin dengan dia pun ada. Kat UIA ni memang sangatlah ramai foreigner. Tapi kenapa diorang approach orang melayu ye? Entah. Saya ni kira ok lagi kot, sebab dia cakap berlapik..huhu..


:: Berjaga-jaga lah selalu ye.. ::

Saturday, December 10, 2011

Kisah blogger.

Bismillah...


Lama sungguh tak update blog ni. Banyak yang mahu dikongsi, tapi banyak yang terluah di blog 'catatan hati'. ~~"
Nak kongsi something, tulisan seorang junior di fb. 

Sumbernya di sini. Selamat membaca. :)


Ini cerita seorang blogger.

Selongkar-selongkar semula entri lama.
Tulisan sendiri. Blog sendiri.

"Jangan Jadi Manusia yang Tak Tahu Bersyukur."

Tu dia. Sikit punya gempak tajuk post tu.
Isi, isi...
Isinya apa?
Terus baca sekali harung.
Pergh!
Aku cakap pasal syukur? Mafhum hadith yang sah-sah aku taip guna font 24. Siap boldkan lagi. Warna dah memang dark red tak payah cakaplah. Dan siap center kan text lagi tuh.

"Dua nikmat yang sering dilupakan manusia, iaitulah nikmat sihat dan masa lapang." 

Tapi cuti panjang ni aku buat apa?
Kerja duk melepak kedai kopi sembang kencang pasal perkara yang entah apa-apa entah. (-_-")

Geleng-geleng kepala.

Terus scroll down ke bawah.

Lagi.
"Makan Daging Saudara Sendiri? Tak Sedap, Tak Sedap."

Dah.
Apa pulak lah yang aku tulis pasal makan-makan daging saudara sendiri, sedap tak sedap ni?

Baca, baca...
Erk?
Pointnya jangan mengumpat sesama sendiri?

Rasa macam baru je semalam aku duk bergosip pasal si Saripah anak jiran sebelah dengan kengkawan aku sambil-sambil main gitar nyanyi lagu-lagu rock kapak kat atas pangkin bawah pokok jambu kat depan rumah tu. 
Ye lah.
Dah dia kerja duk keluar malam balik pagi.
Manalah kami tak kecoh. (-_-")

Jenguk-jenguk balik tarikh.
Tu semua entri yang dah berkurun dah tu.
Yang aku tulis sejak zaman Tok Kaduk lagi.
Aku yang dulu tak thiqoh lagi kononnya.
Takpala.
Bukannya berdosa pun.

Takpa-takpa.
Aku cari entri-entri terkini pulak.
Entri-entri terkini yang ditulis oleh tangan seorang aku yang semakin thiqoh ni katanya.

"Yang Haram Itu Sementara."

Dah sudah.
Apa benda la pulaknya yang haram sementara ni?
Kalau haram tu bukan memang selamanya haram ke?

Usha, usha...
Dan usha punya usha, sekali isinya lebih kurang pasal ikhtilat.
Oh, kira kena jaga diri sebelum berumahtangga dengan baik la ni.

Tapi...
Errr....
Rasanya macam selalu je chatting dengan anak dara Pak Mail kampung sebelah?
30 jam sehari lah lebih kurang. (-_-")

Lagi dan lagi.
Jalan-jalan di blog sendiri.

Ke bawah sikit, nampak gambar McD yang telah bertukar perkataannya menjadi 'McDeath' siap dengan gambar tentera-tentera Israel yang telah diubah-suai berwajahkan uncle McDonald.

Tapi rasanya baru semalam jugak hang out dengan member lama di McD. (-_-")

Ke bawah sikit lagi, ada pula gambar wallpaper yang bertuliskan 'Demi Masa' serta isinya yang menyatakan tentang lima perkara sebelum lima perkara.

Urm.
Rasanya bangun tidur tadi adalah dalam pukul 12.30 pm.
Matahari dah tegak sangat atas kepala dah tu.
Errr...
Bukan hari ni je. Rasanya waktu cuti ni hari-hari pun macam tu. (-_-")

Dan rasanya, aku terlupalah pulak sehari berapa kali Malaikat Izrail datang menziarahi aku. (-_-")
[Hidup sebelum mati kan?] 

Sungguh.
Banyak yang aku tuliskan, tapi banyak pula yang aku lupa daripadanya.

Tengok follower kat tepi. 
10,000 orang?

Ala.
Diaorang bukannya tahu pun kalau aku tak buat apa yang aku tulis. Ke kalau yang aku tulis aku sendiri langgar.

Tapi...
Tapi...
Kalau esok di akhirat mereka yang 10,000 itu menuding jari kepada ku bertanyakan,
"Engkau yang menulis, dengan kata berdegar-degar, tapi engkau sendiri yang tidak melakukannya?"

Dan tunduk lagi.
Merenung 10 jari tangan sendiri di atas meja.
Kalau nanti di akhirat, 10 jari ini kembali tertuding ke muka seorang aku mempersoalkan,

"Kau tulis, tapi tak buat?"

Lihat-lihat arkib-arkib capaian lama.
MasyaAllah, banyak yang amat!
Sejak 5 tahun lepas lagi rupanya aku start berblogging ni.

Dan kalaulah,
Penuh buku amalanku bertanda dakwat merah akan tulisan-tulisan tanganku selama lima tahun yang dilanggar sendiri oleh aku?
Serta yang tidak aku amalkan daripadanya.

Jenguk-jenguk traffic feed pula.
Jerman, Malaysia, Jordan, Mesir, Korea, Jepun, US, Ireland, Indonesia, Brunei, Singapura, UK, Arab, Madinah.
Cakap je, negara mana yang kawan-kawan aku studi yang tak pernah singgah ke blog aku?

Mereka-mereka itulah yang akan menjadi saksi ke atas tulisanku sendiri nanti.

Serta baru teringat,
Fan page di FB tentang personal blogku.

Berpuluh ribu penggemar laman itulah yang akan menjadi saksi beratnya hisab ke atasku nanti.

Dan tenung-tenung hati pula,
Jari yang lima ini, ku lekapkan pada hati,
Apa rasamu hati?
____________________________________________

Begitulah kisahnya seorang blogger.
Bukan menuding jari pada sesiapa, melainkan sekadar peringatan untuk diri sendiri terutamanya, juga para sahabat di luar sana.

Tak kiralah samada kita ini seorang blogger yang punya follower beribu, 
Mahupun seorang blogger yang langsung tiada follower rasmi, 
Atau mungkin juga seorang penulis puisi, komik, novel dan buku, 
Serta yang paling cikai pun seorang penulis status tegar di laman mukabuku kita sendiri, di samping seorang pengkomen tegar status-status kawan-kawan lain;

Sama-samalah kita beringat, tulisan kita sendiri yang akhirnya akan dihisab ke atas diri kita nanti.
Anda lupa, saya ingatkan, dan saya lupa, anda ingatkan. =)

Betul.
Kita ni manusia yang selalu silap dan lupa.
Tapi, tak salahkan kalau kita tak nak terus berdosa? =)

Jadilah dua orang di dalam satu masa.
Seorang yang menulis, dan seorang lagi yang membaca.
Kerana pasti, andai kita hanya menjadi seorang sahaja yang menulis dan juga membaca, pasti kita akan bosan dan malas untuk membaca tulisan kita sendiri.

Sesekali tu, bayangkan yang blog kita itu ditulis oleh diri kita yang satu lagi. Atau kembar kita mungkin.
Baca dan renung kembali isi-isi penulisan kita sendiri.
Intai yang mana yang kita sendiri terlupa daripadanya, atau yang mana yang kita tak amalkan daripadanya.

Sesekali tu juga, bayangkan yang FB kita ini adalah FB orang lain, kawan kita sendiri misalnya. Scroll down ke bawah jenguk-jenguk status lama.
Tak pun, bayangkan yang FB kita ni adalah FB orang yang kita suka, yang kita admire, sampai hari-hari pun rasa nak stalk page dia. ^^,
Renung isi-isi yang kita terlupa daripadanya.

Semakin banyak masterpiece, skrip, karya dan penulisan kita, semakin berat juga penghisaban ke atas kita nanti.

~Nasihat buat diri saya~
______________________________________________

Esok yang belum pasti.
Kalau esok aku pergi,
Biar tulisan ini menjadi jejak yang kutinggalkan.
Kalau ada dosa daripadanya, 
Allah ku pohonkan keampunan.
Dan kalau ada pahala daripadanya,
Allah Engkaulah sebaik-baik pemberi ganjaran. =')

Buat para bloggers, blogging molek! =)

Tuesday, November 22, 2011

Kuliyah Mingguan.

‎:: JOM KE MAJLIS ILMU ::


:: Kuliyah Mingguan Maaruf Club ::

*Kuliyah Sirah
*Ust Syaari
*Rabu, 23 Nov 2011
*6pm
*Edu LR 6

*Kuliyah Fiqh Jinayah
*Ust Izzam
*Khamis, 24 Nov 2011
*7.15pm
*Edu LR 6

~Discover the beauty of Islam~

Tuesday, November 15, 2011

ASALKAN HATINYA BAIK?

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!