Followers

Thursday, March 29, 2012

Sebab awak ada tempat di hati saya. :)


Kalau suatu hari awak menangis, bagitahu saya..
Saya tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh menangis bersama awak :')

Kalau suatu hari awak ada masalah, awak bagitahu saya..
Saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya :)

Kalau suatu hari awak nak pergi berjalan, bagitahu saya.. 
Saya tak janji saya boleh selalu teman awak tapi saya akan cuba agar selalu boleh teman awak :')

Kalau suatu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji saya akan ada untuk awak :')

Tapi.. Kalau suatu hari awak perlukan saya dan saya tiada, mungkin kerana Allah lebih menyayangi saya..



Saturday, March 24, 2012

Dedikasi untuk awak. :)

Saya harap sangat, kawan-kawan yang saya kenal,
akan doakan saya, dunia dan akhirat.
Mana tau, dalam ramai-ramai, ada yang Allah makbulkan doanya,
ada yang mustajab doanya.
Kan?

Doakanlah sahabat-sahabat kita.
Jadilah seorang yang pemaaf.
Maafkanlah mereka, lupakan segala dendam.

Mudah-mudahan mereka juga begitu.
Mudah-mudahan Allah kurniakan kita sahabat-sahabat yang soleh.
Yang dapat membantu kita menjadi soleh juga.
Sekurang-kurangnya kita tidak menjadi tidak soleh. :)


Kenangan yang terukir,
sejarah yang terlakar,
detik-detik yang berlalu,
akan saya ‘bingkaikan’ dalam memori
sampai bila-bila,
selagi mana Allah izinkan.

Saya gembira,
bila dapat kenal sahabat-sahabat yang tahu menghargai,
dan mendoakan.
Saya gembira,
bila Allah hadirkan insan-insan seperti mereka dalam hidup saya.

Ada di antara mereka yang mampu menjadi qudwah yang baik untuk orang lain.
Jujurnya, saya belajar banyak perkara melalui insan-insan tertentu.
Adakalanya saya mendapat teguran secara tak langsung daripada mereka.
Mereka2 yang solehah akhlaknya, penampilannya, tutur katanya.
Saya gembira dapat berada dalam kalangan mereka. :)

Untuk awak, anda, dan kamu, yang singgah dalam perjalanan hidup saya...
TERIMA KASIH!

Semoga Allah pelihara ukhuwwah kita hingga ke jannah, biiznillah.
Ameen~

Kalau awak masuk syurga, jangan tinggalkan saya ye? :')

Friday, March 23, 2012

Saya orang melayu.

Ditegur oleh seorang foreigner (perempuan) dari Turki, 
semasa berlangsungnya Ummatic Week di CAC.

"Where are you come from?"

"From here, Malaysia", sahabatnya mencelah sebelum sempat saya menjawab.

"How do you know?" saya memandang sahabatnya.

"It's obvious", dia membalas.

"Is it because of my t-shirt?" Mana lah tau, sebab t-shirt labuh yang saya pakai ni ke, obvious sangatlah national student (agaknya?).

"From your eyes", jawapannya membuatkan saya tersenyum. 
Mata saya memang memang menunjukkan saya orang melayu ye? :D
Tapi tak tanya lah pulak macam tu. :P

Ramai kot Malay student ingat saya foreigner, lagi2 bila pakai niqab arab yang warna hitam tu. Dah banyak kali orang tegur-speaking dengan saya, di cafe, kisok, library, centre, pergi talk/forum, sampai saya cakap, 

"Saya orang Melayu". :)

Saya orang Melayu.
Dan saya orang kelantan.
Pure qlate, ok. 
Sekian~

Friday, March 16, 2012

Kisah kaca mata saya.


Cermin mata pertama, 5 Januari 2007.
(Ingat tarikh sebab birthday kawan sekolah)
Cermin mata kedua, tak ingat tarikh, tapi tahun yang sama.
Cermin mata ketiga, 14 Januari 2009.
(Pernah terjumpa resit masa mengemas)
Cermin mata ketiga, 16 Mac 2012.

Akhirnya, beli juga cermin mata baru.
Itupun sebab terpaksa, cermin mata ketiga rosak tanpa disengajakan oleh adik usrah.
Memang nak kena buat spek baru sebab dah lama sangat pakai spek tu.
Dan power pun dah naik sikit.
Sekarang ni power 100 je, tapi sebab dah biasa pakai spek.
Bila tak pakai, memang penglihatan terganggu.
Malah pendengaran juga turut terganggu.

~Baru ambil petang tadi~

Walau rosak, patah, senget, bengkok, saya tetap simpan.
Yang pertama, patah dua sebab terjatuh (tanpa bingkai).
Yang kedua, bengkok sebab ada kanak2 pijak (bingkai separuh).
Yang ketiga, bengkok dan tercabut cermin sebab tertindih,dengan tangan je pun (bingkai separuh).
Cermin mata yang paling lama ‘berkhidmat’, akhirnya terpaksa ‘disimpan’ juga.
Apa pun, jasamu dikenang. =)

Dan, cermin mata keempat berbingkai penuh.
Bersyukurlah, sebab Allah bagi nikmat mata.
Dan bersyukur juga, sebab Allah bagi nikmat penglihatan.
Dua nikmat berbeza, yang pasti dua nikmat yang sangat besar.
Alhamdulillah. ^_^


Thursday, March 15, 2012

From Nazirah to Nadzirah.

Bermulanya perkenalan kami hanya di group IIUM online.
Kemudian 'meleret' ke group yang dinamakan Geng Bas UIA.
(siapa punya kerja la ni...isy3)
Kami berkenalan, bersembang, tukar no fon, mesej dan call.

Pertemuan pertama, ketika hendak keluar membeli barang. Baru pertama kali bersua, dah macam kenal lama. Tak ada rasa kekok, walau ada rasa segan. Gembira, sebab nama kami sama, cuma berbeza pada huruf "D" sahaja.
Dan nama panggilan juga berbeza. :)

****************************************** 

Nad datang ke UIA, jumpa solehah (juga kenal di alam maya, lebih tepat lagi di fb), kemudian jumpa saya, dan hakimah. Kami semua berkenalan di group fb. 'Bermusafir' seketika mencari barang-barang keperluan, ke Wangsa Walk, nad drive. Beberapa kali 'berpusing-pusing' walaupun dekat. Sebab dekat sangat nad jadi confuse ye? Sempatlah sesat seketika. Keluar jam 4 petang, balik jam 8 malam. :P

Esoknya, keluar lagi, outing ke tempat lain pula. Nad drive sampai ke terminal putra, kemudian kami menaiki LRT ke masjid jamek. Berjalan sampai lenguh kaki, di bawah panas mentari. Dah lama tak keluar, dan cuma berdua. Sedikit sebanyak, saya dapat mengenal perwatakan adik yang seorang ni. Banyak lagi nak kena taaruf ni~

Hujung minggu yang seterusnya (minggu lepas) nad datang ke UIA lagi (adik saya ni sedang praktikal sekarang). Siap belanja coklat+kek. Salah satu aktiviti wajib saya-bergambar, walaupun sekadar guna hp. Seperti biasa, bergambar itu penting, ok! ^_^ Serius sangat banyak gambar even sekadar jalan-jalan dalam UIA. Dan hujung minggu nanti, nad akan datang lagi.
Rindu sangat ke kat akak? :P

******************************************

Akak tulis entri ini sempena hari lahir nad yang ke-23.
Maka, silalah terharu ye. 
Sweet kan? :P

Selamat hari lahir, adikku.
Hidup ini tidak selalunya indah, kerana di situlah keindahan hidup.
Semoga Allah mengurniakan apa saja yang terbaik untuk nad, 
lorongkan jalan untuk nad buat pilihan, 
dan pandu nad untuk buat segala keputusan. 
Lalui hidup ini dengan sabar, cekalkan hati hadapi segala ujian.
Selalu lah berlapang dada dengan sahabat-sahabat di sekeliling.
Semoga Allah menjagamu selalu, adikku.
:)


Terima kasih, awak. :')

"Kesusahan adalah bermanfaat kepada jiwa manusia kerana ia sangat tidak dialu-alukan dalam kehidupan seseorang. 

Manakala kesenangan pula adalah berbahaya kepada jiwa manusia kerana ia amat dialu-alukan dlm kehidupan seseorang.

Manusia yang memahami tujuan hidup, ia akan faham ia sedang diuji untuk mendapat keredhaan Allah atau menebus dosanya."

****************************************************
 

Untuk awak, terima kasih sangat-sangat.
Kerana sentiasa mendengar.
Kerana banyak bersabar.
Kerana tak pernah jemu.

Doakan semoga saya kuat selalu.
Saya ada Allah untuk mengadu.
Saya boleh labuhkan hati saya pada Dia.
Tapi, kadang2 saya pun rasa 'letih'.
Terima kasih sebab sudi berkongsi dengan saya.

Apa pun yang awak buat, saya sangat hargainya.
Temankan saya, dunia & akhirat ye?
Semoga Allah redha. :)
 

Tuesday, March 13, 2012

Maafkan.



Malam semalam, satu email sangat “mengganggu”. Bicaranya berbau sendu. Penghantar dukanya sekian lama. Malangnya, yang ditujukan untuk mendapat rawatan adalah aku… pesakit sepertinya jua. Namun harapannya adalah terlalu tinggi untuk dikecewakan. Walau berat ku guriskan juga rasa hati ini semuga jadi rintihan bersama. Kunamakan tulisan ini MAAFKAN… Ayuh, kita telusuri bersama:

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Kau mesti bahagia melihat “musuh-musuh”mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”.

Jika kau di sakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mungkin sahaja “penjahat” yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai “hati emas”, akan terus dihenyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela. Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya. Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama. Di SANA jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat, akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan. Belajarlah daripada Nabi Yahya AS dan Zakaria AS yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah dari Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa semmpat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan… tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi “besar” kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka “mempertaruhkan” nyawa. Padahal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma “harga diri”. Terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikan serta tidak dihargai. Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.

Jangan bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri sendiri. Namun ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan. Hati yang ego bertuhankan “maddiah” (material dan fizikal). Bila syaitan berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan ukurtara kemuliaan… dia memberontak. Merasa Adam dilebihkan.

Syaitan tidak bahagia dengan “kebahagiaan” Adam.

Akibat marah, cemburu, derita, kecewa lalu dibujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu: BIAR HILANG KEBAHAGIAN MANUSIA. Agar bertempat bersamanya di neraka – derita selama-lamanya. Wahai diri, beringat-ingatlah akan tipuan syaitan bila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Itulah rasa yang sangat merbahaya. Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku, Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF.

(*** Bila sampai di tahap ini, kusambung tulisan ini dengan satu nukilan yang pernah kucatatkan dalam majalah ANIS. Renungilah semula untuk meneruskan muhasabah ini.)

Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri.

Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan. Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.

Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman yang bermaksud, tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara. Wahai diri, api jangan dilawan dengan api.

Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.

Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.

Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai - what you give, you get back – apa yang kita berikan akan kita terima kembali.” Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa. Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan?

Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. Aku tidak sekali-kali  disakiti oleh-MU wahai Allah, begitu juga oleh hamba-hamba-MU… tetapi aku disakiti oleh ego ku sendiri!
:: Tulisan Ust Pahrol Md Juoi ::