Followers

Wednesday, April 30, 2008

MUTARA WANITA SUFI


Tuhanku, Engkau mengetahui bahawa sebenarnya hatiku sentiasa ingin berbakti kepadaMu. Berkhidmat padaMu, adalah hal yang paling mengembirakan diriku. Seandainya pun aku dibebaskan untuk memilih, maka yang ku pilih adalah munajat kepadaMu, aku tidak akan berhenti munajat kepadaMu walau sesaat pun..

Tetapi, mengapa Engkau biarkan aku didalam genggaman manusia.. wahai Tuhanku, mengapa?....

Wahai diri, berapa lamakah engkau mahu tidur dan sampai bilakah, engkau mahu bangun? Engkau hampir terlelap yang tidak boleh dibangkit lagi, kecuali tiba saat ditiupkan sangkakala hari dibangkitkan...

Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, dari segala yang menyibukkan ku untuk menyembahMU,atau dari segala yang merenggangkan aku dariMu..

Wahai Tuhanku, aku mesti berlari, langkah kakiku perlulah laju menujuMU dengan perantaraan makhlukMU, Hatiku harus lebih dahulu menangis daripada dua mataku. anggota tubuhku dan pancainderaku mesti dibersihkan agar aku dapat menerima rahsia2 ghaib,yakni hidayah dan taufiq dari Mu..agar aku kenal benar2 mana dosa mana pahala, agar aku yakin dari segala bentuk kesamaran yang melanda hamba-hambaMu dizaman ini..

Jadilah aku, orang yang terus-menerus lebih mendekatkan diri pada Allah, dan mengelakkan diri dari renggang dariMu, Jadilah aku kaya..Kaya dalam menghampiriMu.






No comments: