Followers

Monday, June 16, 2008

Indahnya Ukhuwwah...

Photobucket
Pertama & selama2nya setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya sehingga saat ini.

Ya Allah, hatiku merindui sahabat2 seperjuanganku, yg pernah bersama dalam suka & duka...
peliharalah ukhuwwah kami agar kami x gentar melaksanakan tugas sebagai khalifah yang menegakkan agama-Mu...
Ya Allah, damaikanlh hati sahabat2ku ini kerana Engkau sebaik2 pendamai...
Ya Allah, jadikan mereka temanku di syurga kelak...ameen...

Sekadar ingin berkongsi luahan saya bersama sahabat2 terutamanya yang akan ke kuantan. lepas ni x tau bila lagi boleh jumpe, sedihny...Saya sangat2 bersyukur mempunyai sahabat2 seperti awak semua. bila difikir2kan, hebatnya perancangan Allah bila Dia meletakkan diri kte di kalangan sahabat2 yang baik, yang boleh berkongsi suka duka & saling memperigati antara 1 sama lain.
Bila dikehendaki kebaikan oleh Allah pada diri seseorang itu maka dikurniakan-nya seorang teman yang soleh, apabila lupa dperingatkan, & apabila teringat dia dibantu oleh temanny itu...
Dari kecil lagi ada di kalangan kte yang sudah terdidik dengan ilmu agama, makin lama proses tarbiyah makin bertambah, ditakdirkan masuk mtrk dapat sahabat2 yang masih lagi sehaluan, ada dr dq, dr sek sains, pelbagai latar belakang, tapi kte berada dalam saff yang sama, betapa Allah nak jaga kte, betapa sayangny Dia pada kte...kan zai? Terpegun k.jie masa mle2 tengok zai pakai tudung labuh, moga terus istiqamah ye, dik. Doakan k.jie jugak. Sekejap je dah 2 tahun berlalu, cepatnya...kte pun dah nak dapat anak sdra x lama lagi.=) Jaga baby awak baik2 ye, nurul. mudah2an zuriat yang bakal lahir nanti sehebat ibu & ayahnya jugak. ameen...

Manisnya ukhuwwah x dapat diterjemahkan dengan perbuatan. Boleh je nak cakap,"jie syg fatimah...hajar, sy syg awk". Tapi x cukup untuk diungkapkan dengan kata2, sebab semuanya ada di hati, hati kte sahabat2...hati kte,yanie...Moga Allah memelihara ukhuwwah kte hingga hujung nyawa, insyaallah...

Wahai sahabat2ku tersayang... Ukhuwwah adalah janji yang dilafazkan dalam hati, x bersuara, x tertulis, x terputus walaupun berjauhan, x berubah walaupun masa berlalu. Bersabarlah dalam meniti putih hitam ranjau kehidupan. Doaku sentiasa agar dirimu diperteguh hati & jiwa sebagai wanita yang tabah dalam perjalanan merebut redha-Nya. Rindu itu anugerah-Nya. Moga dengan nikmat rindu itu membawa kte semakin dekat dengan-Nya. Lebih termotivasi untuk berjuang memartabatkan agama...ameen...

Walaupun kte terpisah oleh tempat & jarak, mudah2an tautan hati antara kte tetap utuh & teguh. Doakn Allah temukan kte dalam keadaan yang lebih baik lepas ni. Buat sahabat2 yang jie kasihi-nija, ba', yanie, amalina, hanim, fatimah, mar, ct, nurul & hajar...terima kasih atas segala yang pernah kte lalui bersama, x dapat jie nak lafazkan dengan kata2...Untuk adik2 yang k.jie sayangi-zai, norma, amalina, wani, fatin, & sya jgk...terima kasih atas segalanya, maaf klu k.jie x dapat jadi kakak yang baik untuk adik2...

Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya...

Selamat ke maincamp, semoga terus thabat & istiqamah di jalan ini...

No comments: