Sedar tak sedar ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Petang ni ada iftar 'batch', kali terakhir sebelum balik raya, insyaallah aku gi, nanti ada yang tercari-cari pulak, "mana jie tak datang ni?" hehe.. Sebenarnya barang-barang tak habis kemas lagi, selamba je aku ni..takpe, still ada masa, lagipun naik bas lepas terawih nanti kat dalam ni je pun.
Rasanya dah lama tak buat kuih raya, biasa kakak yang buat, pastu dia bawak balik kampung, banyak.. abang pun sama. Bila nak balik uia penuh la beg aku dengan kuih raya, selalu macam tu, huhu.. Takpela rezeki, nanti boleh makan sama-sama. Ha, nanti lepas raya boleh buat jamuan 'batch' pulak kan, bagus jugak tu, makan kuih raya ramai-ramai. Wah, mesti seronok.. K.imah nanti buat kek batik sekali ye, hari tu tak sempat nak rasa pun.
Yang tak bestnya lepas raya ada exam, kena bawak balik nota jugak. Tapi aku study tak kat rumah nanti? Musykil2.. Study la insyaallah, i hope so.. Raya ke-4 dah nak kena balik uia, awalnya..terpaksa..
Eh, dah pukul berapa ni? Barang tak siap kemas lagi, nak pergi iftar pulak lepas ni. Sebenarnya apa yang aku nak bagitau kat sini ialah..(skema la pulak ayat..huhu)
Kepada sahabat-sahabat yang disayangi sekalian,
- selamat bercuti
- selamat balik kampung
- jangan lupa study
- selamat menyambut aidilfitri
- maaf zahir & batin
Buat sahabat-sahabatku terutamanya k.imah, na, nisa', ruzaini, fadhilah, nor, atirah, lin, ifah, mazni, yana.. dan adik-adik yang k.jie sayangi adah engin, adah ict, ana, dewi, ain sha, ain malek, ain wahab, lina, aini, aimi, wani law, wani sabah, fisha, wan, yani, habsah, madihah, laila, izyan, iftitah..dan semua yang tak t'sebut di sini, terima kasih kerana sentiasa di sisi, terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini, terima kasih atas ukhuwwah yang dibina. Ampun & maaf dipinta andai diri ini pernah menyakiti dan mengguris hati kalian, halalkan segalanya, mudah2an rahmat dan maghfirah Allah sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kita, insyaallah..{]=)