Followers

Wednesday, September 10, 2008

Kehilangan masih terasa...

.:Wrote on_10Sept_11.45am:.
Saya cuba tumpukan perhatian dalam kelas, tapi kehilangan itu masih lagi terasa..terbayang wajahnya, senyumannya dalam fikiran saya, saya termenung.. Masih jelas dalam ingatan saya sewaktu jenazah dikebumikan semalam, namun hari ini hati saya sedikit tenang, perasaan dapat dikawal, cuma saya terfikir..macam mana dengan ruzaini dan nisa' yang sebilik dengan arwah?
Mesti sangat sedih.. Kuatkan hati ye nisa', ruzaini.. Perancangan Allah adalah yang terbaik, mudah2an arwah tenang dan aman di sana, pemergiannya dalam bulan Ramadhan, husnul khatimah insyaallah..Allah memuliakannya..

Semalam dapat mesej dari zai,
"semoga pemergiannya menyuntik perjuangan untuk kita rebut nilai hidup & erti mati di sisi Allah. Tabahkan hati kalian. Insyaallah ada rezeki kami akan sampai.." saya faham keadaan mereka, semuanya menangisi pemergian arwah..
Kalau tak ada apa2 insyaallah sahabat2 dari kuantan akan datang ziarah hujung minggu ni.
Photobucket
"Keramatnya ukhuwwah melangkaui hubungan darah..
Kasih sayang kerana Allah, tunggak kekuatan dalam jemaah..
Digubah dengan acuan aqidah, tidak seorang dibiar gundah..
Andai ditakdir rebah, seribu membahu gagah.."

No comments: