Followers

Wednesday, December 24, 2008

Sekadar ingin berkongsi…

“Kabura maqtan ‘indallahi antaquulu ma la taf’aluun” (As-Saff: 3)

“Amat besar kebencian di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan”

Nasihatlah diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Kadang-kadang kita sibuk duk nasihat orang tapi 'terlupa' untuk menasihati diri sendiri. Adakalanya saya rasa lebih baik berdiam diri daripada bercakap dan menasihati orang, sebab diri sendiri pun masih banyak yang kurang. Tapi kalau nak tunggu diri ni sempurna, sampai bila baru boleh nak tegur orang kan? Nobody is perfect. Yang penting bertanggungjawab dengan apa yang kita lafazkan. Semuanya dicatit oleh malaikat dan ada nilainya di sisi Allah.

Pertama kali terlibat dengan usrah sewaktu di maahad. Bumi tarbiyyah itulah yang mencorakkan saya. Di situ saya mula kenal erti usrah, mula kenal tudung labuh, mula belajar tutup aurat dengan sempurna, mula kenal dengan ma’thurat, qiamullail, membina ukhuwwah dengan sahabat-sahabat, mengenal fikrah masing-masing, makan ramai-ramai dalam talam... Sangat seronok kerana semua pelajar perempuan, tidak timbul masalah ikhtilat.

Masuk tingkatan 3, saya dilantik menjadi naqibah, diserap ke dalam badan dakwah dan seterusnya menjadi salah seorang pimpinan di sana. Saya rasa sangat tidak layak dan betul-betul rendah diri. Tapi kakak-kakak dan sahabat-sahabat ketika itu banyak bagi sokongan. Rasanya terlalu sedikit sumbangan saya untuk bumi maahad, berbanding dengan apa yang saya peroleh.

Bila conduct usrah, saya selalu pesan kat adik-adik, “Apa yang k.jie sampaikan pada adik-adik ni, pertama sekali k.jie cakap untuk diri sendiri…” Sebab adakalanya apa yang saya sampaikan bukanlah yang saya mampu buat semua. Tapi saya gunakan peluang itu untuk beri peringatan pada diri sendiri, bukannya untuk menunjukkan kita ni baik, thiqah, dan tahu semua benda depan adik-adik. Benda yang tak tahu, jangan pula buat-buat tahu, kena jujur dengan ilmu. Ustazah pun pesan, apa yang kita sampaikan dari hati, insyaallah orang akan terima dengan hati. Kata-kata yang tulus akan tembus ke hati orang yang mendengar, tak perlu bercakap dengan bahasa yang hebat.

Kadang-kadang ada jugak terdetik dalam hati, rasa macam hipokrit . Orang tengok kita ni baik, bagus… tapi di sisi Allah? Tak tahulah macam mana. Takutnya bila mengenang dosa-dosa sepanjang hidup ni. Ada seorang sahabat pernah cakap dengan saya, “Saya ni banyak dosa, kalau awak tau macam mana banyaknya dosa saya, mungkin awak tak sudi pun nak berkawan dengan saya…” saya terdiam, terpegun. Kata-katanya menusuk kalbu. Memang saya mengenali peribadinya, sangat baik dan ramai orang thiqah dengannya.

Jangan pandang siapa yang berkata, tapi pandanglah (dengar) apa yang dikata. Tak ada salahnya kita dengar pendapat orang, kalau itu boleh memberi manfaat pada diri kita. Biasanya orang mudah terima nasihat sekiranya kata-kata itu seiring dengan perbuatan yang dilakukan, betul tak? Tanya diri, cerminlah peribadi…


"Orang yang berjiwa halus itu apa yang dilihat mengusik perasaaannya, orang yang berjiwa kasar benda yang dilihat seperti tidak dilihatnya...
Pandangan hati yang bersih itu lebih tajam dari pandangan mata lahir..."

No comments: