Followers

Saturday, January 31, 2009

Antara Iman dan Nafsu...

Saya tertarik dengan tajuk ini, mungkin tajuk yang biasa, tapi cukup sebagai peringatan buat diri yang sering lupa.Bila iman dan nafsu saling bertingkah, hati berada dalam dilema. Sukarnya membuat keputusan... Jangan biarkan nafsu menjadi raja di saat iman masih boleh berbicara. Mujahadahlah wahai hati!
Copy paste dari blog adik saya, sufi. Boleh kan, dik? Sharing with the ummah...=)


Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..

Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..

Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi...

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu..

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan

Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?

Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..


Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?

Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..

Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)


Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..

Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..
Ameen...

Thursday, January 29, 2009

Alfu Mabruk! (^_~)

Hari ni saja dah post berapa entry, tu la lama sangat tak update, takpelah...tak kira, nak masukkan jugak gambar walimah k.hasna. Hari tu tak berpeluang nak pergi rumah dia, tengok gambar pun jadilah. Teka mana saya dapat gambar ni? Dalam bas semalam, hehe...

Semalam semua budak-budak kelantan naik bas yang sama balik uia. Tengok-tengok k.erni pun ada. Terus minta gambar k.hasna.
i
"Ada, tapi dalam pendrive la...Ada laptop tak?" tanya k.erni.

"Ada, ada!" excited pulak saya. Terus buka laptop, masa tu memang bas tengah bergerak pun.

"Cantiknya k.hasna..."

"Dia tak mekap pun ni..."

Memang k.hasna cantik semulajadi, lawanya...(^^,)

Alhamdulillah, dah selamat bergelar zaujah...=)


Semoga kekal dalam mawaddah warahmah...ameen...

'Adik-beradik' yang lain pun datang...meriahnya...

Alfu mabruk buat k.hasna @ puan hasna kamilah yang selamat melangsungkan perkahwinannya pada 24 januari yang lalu.

p/s: k.ain (soalhati) bila lagi? Dah berapa orang menantu bonde ni...hehe...

.: Tahniah UIA :.





Alhamdulillah PRK dah berlalu, tahniah buat semua yang meraikan kemenangan di bumi UIA tercinta. Praise be to Allah, kemenangan masih berpihak pada pro-mahasiswa. Nak post lebih awal tapi tak ter'update... Pape pun, congratulation again! {]=)

Wednesday, January 28, 2009

"Mujahadah untuk istiqamah"

Beberapa hari asyik tidur lewat, badan penat , otak pun letih. Takdelah penat sangat, cuma mengantuk. Dalam kelas saya cuba fokus sebaik mungkin. Kadang-kadang fikiran menerawang ke tempat lain, tapi sekurang-kurangnya saya dah berusaha untuk tumpukan perhatian.

Bila dah selalu sangat tidur lewat, bangun pun lewat, tak sempat nak qiam, apatah lagi nak miscalled sahabat-sahabat yang lain. Jam 3 pagi ke atas baru berpeluang melelapkan mata memang menyukarkan saya untuk bangun awal. Walaupun dah on alarm, sedar-sedar je dah masuk waktu subuh. Ada yang miscalled saya, tapi langsung tak sedar. Sedihnya.

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah seminggu saya tak bangun malam. Susahnya nak istiqamah! Memang, bila dah lama tinggal, lagi susah nak start balik. Ditambah pula balik bercuti di rumah, seolah-olah inilah peluangnya untuk qadha’ tidur. Teruk betul… Ya Allah, berilah aku kekuatan!

Pagi tadi dapat mesej kira-kira jam 5pagi dari seorang sahabat. Kawan alam maya. Saya tengok handset, ada 1 miscalled darinya jam 4.26 pagi, tak sedar. Saya baca mesejnya,

“ Assalamu’alaikum…
Rindunya akak pada adik jie. =)
Tapi akak dah bertekad, selagi akak tak dapat disiplinkan diri untuk bangun tahajjud, akak perlu denda diri akak sendiri, akak tak boleh sms adik.
Syukran dik, atas miscalled dan sms pembakar semangat. Pagi ni akak berjaya bangun juga. Tapi akak tak boleh solat pula, akak ganti dengan baca tafsir dan beristighfar.
Semoga akak tetap kuat untuk hari-hari esok juga…wassalam.”


Saya tersentak seketika. Rasanya saya tak buat apa-apa pun. Cuma pernah miscalled dia beberapa kali, dan kadang-kadang ada forward mesej, itu saja.

Dalam hati terdetik,
“Bagusnya akak ni…” tak boleh solat pun tetap bangun bermunajat. Saya rasa malu sendiri, dalam masa yang sama dapat semangat untuk bangun waktu tu. Dan saya cuma mampu membalas,

“Masyaallah…syukran, kak…” itu sahaja, tak tahu apa yang nak ditulis.

Saya sedar, nak istiqamah bangun malam memang susah. Perlu mujahadah untuk mendapat kekuatan. Dan kekuatan itu perlu dibina, bukan dinanti. I tell myself, jangan manjakan diri, biasakan diri dengan kesusahan, paksa diri untuk lakukannya, cari kekuatan melalui mujahadah, & bina keyakinan dan semangat. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. (^^,)

-26 jan 2009~di rumah-

...Konflik...

Hati rasa gelisah, serabut, serba tak kena. Kenapa? Entahlah. Adakah saya mengalami konflik? Rasanya tak seteruk itu…huhu…

Hari tu pergi bilik k.imah sebab nak hantar barang, cadangnya nak ke library, sudahnya tak jadi pergi. Macam tak ada halatuju rasanya masa tu, berjalan ikut kaki je. Last-last k.imah ajak pergi berkayak dekat tasik belakang female sport complex, aimi yang ajak sebenarnya. Ikut jelah, sambil jalan-jalan ambil angin, tenangkan perasaan.

“Akak, saya tak tau kenapa dengan saya ni, rasa tak semangat je…” adu saya pada k.imah.

“Mana boleh camtu, kita kena sentiasa bersemangat,” dia bersuara.

“Bila saya terfikir nak mengadu pada siapa, saya teringatkan arwah k.hajar… Mungkin ada something yang tak kena kot…” saya terdiam seketika.

“Hang ni kenapa?” tanyanya lagi.

“Tak tau la, kak… nak kata saya tak qiam pagi tadi, saya bangun je. Mungkin saya terlupa baca ma’thurat pagi tadi. (Isk,macam mana boleh lupa ni?) Tak pun sebab kurang baca qur’an, semalam tidur tanpa zikir…” bingung seketika. Mungkin saya ada buat dosa yang saya tak sedar, mungkin saya sedar tapi tidak disengajakan, mungkin juga saya lakukannya secara sedar dan sengaja…astaghfirullahal’azim, lemahnya imanku!



Malam tu saya pergi bilik k.imah lagi, asalnya nak pergi meeting tapi tak jadi, kepala pun rasa macam pening je. Lepas tu singgah bilik aimi pulak, sebelah bilik k.imah.

“Aimi…”

“Kenapa k.jie? “

“Tak taula kenapa hari ni rasa macam tak berapa betul sikit, emosi tak stabil agaknya…”

“Hm…”
dia pandang saya sambil tersenyum.

“K.jie boleh je solat, tak tau kenapa hati rasa tak tenang, macam ada something yang tak kena…ada buat silap kot.”

“Dah berapa lama akak tak dengar tazkirah?”
tanya aimi. Tak sangka pulak saya soalan itu yang keluar dari mulutnya.

“Tak ingat, tapi takdela lama sangat…” saya menunggu kata-kata aimi yang seterusnya.

“Macam nilah, kak… Akak dengar alunan ayat-ayat al-qur’an, dalam masa yang masa akak teruskan baca qur’an, dengar tazkirah atau ceramah pun boleh jugak…” aimi menyusun kata-kata.

“Lepas tu… tengok alam, merenung ciptaan Allah…” dia menyambung. Baiknya adik saya yang seorang ni.

“K.jie memang selalu tengok langit, hari-hari nak pergi kelas pun k.jie akan tengok langit, merenung dan berfikir…”

Aimi membuka laptopnya, memasang ayat-ayat suci al-qur’an. Hati saya tenang seketika. Kemudian dia meneruskan kerjanya. Terima kasih ye, aimi.


Saya memang suka merenung dan melihat alam, saya perhatikan langit, saya tengok bentuk awan yang putih bersih…subhanallah, sangat cantik dan mendamaikan. Dalam hati saya memuji kebesaran Allah, mengagumi kehebatan ciptaan-Nya. Mudah-mudahan hati saya juga akan tenang dan damai seperti itu.

Memang Allah sebaik-baik tempat mengadu, tapi kita tetap perlukan sahabat untuk berkongsi masalah, sebagai tempat meluah perasaan dan meminta nasihat. Setiap hari manusia memang tak lepas dari membuat kesilapan. Saya pujuk hati, Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hamba-Nya. Jika sebelum ini saya menasihati orang lain, apa salahnya saya nasihat diri sendiri. Pesan pada diri, jangan berhenti berdoa. Husnuzzon dengan Allah, rahmat-Nya begitu luas... terlalu luas...

Saturday, January 17, 2009

Asyik terserempak 'dia' je...

Sebelum ni dah banyak kali terserempak dengan 'dia', tapi Alhamdulillah tak pernah lagi kena kejar dengan makhluk yang bernama anjing tu. Nauzubillah min zalik…

Selasa lepas, kelas jam 8.30 pagi, tapi turun awal sikit dalam pukul 8 sebab nak singgah bilik adah kat mahallah asma’. Biasanya saya pergi kelas guna jalan belakang lalu kat female sport complex. Hari tu lalu ikut asma’, tapi tak jauh beza pun. Masa tengah naik tangga, dari halimah nak ke asma’ tu, tiba-tiba muncul seekor anjing. Saya tak keseorangan masa tu, ada beberapa orang student yang jalan depan saya.

Entah dari mana datangnya anjing tu, pagi-pagi lagi dah muncul. Kami dah takut bila nampak anjing tu semakin dekat, dan mengekori kami dari belakang. Anjing tu pun lalu kat tangga tu jugak, betul-betul belakang saya. Ada seorang student yang jaraknya agak jauh dari kami belum naik tangga lagi masa tu. Bila nampak anjing tu semakin dekat dia terus men jerit,

“Sis, lari sis!”

Serentak dengan itu saya pun jerit,

“Jangan lari, jangan lari, jangan lari! Nanti dia lagi kejar!” budak-budak kat depan saya nampak macam nak lari dah, tapi nasib baik diorang dengar cakap saya, huhu… 

Berdebar betul masa tu, risau jugak takut berlaku perkara yang tak diingini. Sambil meneruskan langkah sambil pandang belakang, anjing tu memang sangat dekat, nasib baik dia jalan je dan tak kejar kami. Kalau tak, tak taulah apa akan terjadi.

Sebenarnya kalau kita buat tak tau je dia takkan kejar pun. Kalau kita tak kacau dia, dia pun takkan kacau kita. Takut, takut jugak, tapi jangan panik sangat. Memang ketar lutut saya masa tu. Dah lepas tangga, anjing tu menuju ke tempat lain, dah tak sama arah dengan kami. Memang menuju ke destinasi yang berlainan pun, huhu… 


Alhamdulillah semua selamat...

Hentikan kezaliman!

Nak update tapi dah seminggu tak ter'update blog ni.
Gambar-gambar sekitar demo palestin baru-baru ini.

Pihak polis turut berada di sana...


Suara mahasiswa...

Selepas demo berakhir...

Wednesday, January 7, 2009

.:: Palestina Tercinta ::.

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai al-aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu al-aqsa yang mulia
Kami 'kan terus bersamamu

Ya Rabbi izinkanlah kami
Berjihad di Palestina-Mu
Ya Allah masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhada-Mu
.: saban hari isu umat Islam di Palestin mengguris perasaanku...
.: saban hari tangisan anak-anak kecil itu meruntun jiwaku...
.: saban hari bumi Palestin bermandi darah...
.: saban hari bumi Palestin dihujani bom dan peluru tanpa belas...
.: saban hari berita kekejaman israel yang tidak berperikemanusiaan membuatku bertambah benci...

.: pilu hatiku mendengar tangisan anak-anak yang tidak berdosa...
.: sayu hatiku melihat jasad-jasad yang terbujur kaku...

.: terlalu kerdil rasanya untuk berbicara soal ini, penderitaan yang mereka alami tidak terungkap dengan kata-kata...
.:: apa usaha kita?
.:: apa sumbangan kita?
.:: apa yang telah kita lakukan?

.:: fikir-fikirkanlah...

Monday, January 5, 2009

:: Mahasiswa UIAM Demontrasi Kutuk Kekejaman Israel ::

Gombak,2 Januari 2009- Seramai lebih 2000 orang mahasiswa, mahasisiwi dan kakitangan UIAM telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM petang ini. Perhimpunan ini diadakan bagi membantah dan mengecam kekejaman dan kezaliman rejim Zionis yang telah menyerang Semenanjung Gaza dan mengakibatkan kematian beratus-ratus nyawa umat Islam yang tidak berdosa. Perhimpunan yang diadakan sejurus solat jumaat itu telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada jemaah masjid yang selesai menunaikan solat jumaat dan mendapat kerjasama yang baik daripada pentadbiran universiti.

Perhimpunan telah dimulakan dengan laungan takbir dan ucapan yang penuh bersemangat daripada wakil mahasiswa. Pelbagai sepanduk dan banner juga telah dibawa yang mengutuk kezaliman Israel dan menuntut pembebasan Palestin daripada cengkaman Israel. Wakil mahasiswa yang berucap telah menyentuh latar belakang isu serangan Israel ini dan menggesa semua pihak termasuk pemimpin negara agar berusaha menamatkan konflik berdarah ini.

Presiden Kelab Ma’ruf UIAM, saudara Faridzul Nasarudin yang mengetuai demonstrasi aman tersebut telah menggesa supaya mahasiswa UIAM bukan hanya sekadar menonton atau mengikuti sebarang himpunan aman dan perbincangan mengenai masa depan umat Islam di Palestin, tetapi mampu untuk memberikan sumbangan maksimum membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan para pejuang Islam di Palestin pada masa ini. Ini kerana UIAM sendiri ditubuhkan oleh OIC yang turut sama menaungi negara Palestin, namun kesatuan itu tidak mampu berbuat apa-apa ketika Amerika Syarikat menolak mentah-mentah usul keselamatan dari Liga Arab agar Israel menghentikan serangan. Beliau juga mencabar Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Islam Se-Malaysia selaku parti Islam terbesar di Malaysia, Ustaz Abdul Hadi Awang agar boleh mengadakan Munajat Perdana Umat Islam Malaysia atau sekurang-kurangnya mencari apa jua titik persamaan bagi membincang tindakan agresif membela nasib umat Islam di Gaza dan menggesa Israel menghentikan serangan ganas yang kini meragut lebih 400 nyawa dan lebih 1,500 lagi yang tercedera.

Dalam perhimpunan ini,bendera Israel juga telah dibakar oleh mahasiswa bagi menunjukkan kemarahan mahasiswa terhadap sikap angkuh rejim Yahudi. Perhimpunan aman ini berakhir dengan semua peserta perhimpunan membacakan doa wehdah bagi menunjukkan kesatuan umat Islam di samping mendoakan keselamatan Muslim di Gaza.
Perhimpunan ditamatkan secara aman pada jam 2.45 petang tanpa sebarang kekacauan dan provokasi. Rata-rata mahasiswa yang ditemui selepas perhimpunan berharap agar perhimpunan seperti ini dapat meningkatkan tekanan ke atas Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dan berdoa agar konflik ini dapat diselesaikan segera.

Dilaporkan oleh: Mohd Nor, UIAM
sumber: gamisdaily.com

"Gelombang Pro-Mahasiswa"

Kami melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Pro mahasiswa bakal mengganti

Bagai gelombang terus berjuang
Untuk tumbangkan segala kebatilan
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Demi varsiti gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami nak perubahan
Dan harapan untuk mahasiswa

Saturday, January 3, 2009

1,000 Pelajar Bantah Zionis di Kelantan

KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 1,000 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya di kampus Nilam Puri mengadakan demontrasi aman di perkarangan Masjid Kampung Laut dekat sini petang tadi.

Pelbagai sepanduk bantahan dipamerkan termasuk 'Boikot Barang Yahudi', 'Ya Allah Selamatkan Bumi Palestin' dan 'Yahudi Kaum Dikutuk'.

Mereka juga membakar replika patung Perdana Menteri Israel. Laungan takbir menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut.

Demontrasi yang diadakan hampir dua jam bermula selepas solat Zohor kemudian berakhir dengan bacaan doa semoga bumi Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Yahudi.

Presiden Persatuan Mahasiswa KIAS, Syed Mohd Ridhuan Syed Kamaruddin berkata, tujuan demontrasi itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Islam di Palestin yang kini sedang ditindas rejim Yahudi.

"Kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin bukan lagi isu tempatan sahaja, malah ia melibatkan ketuanan Islam di bumi Allah."

"Saya menyeru rakyat Malaysia sedar akan nasib saudara kita yang kini ditindas dan dibunuh. Marilah kita berpakat memboikot segala barangan dari negara yang menyokong rejim Yahudi," katanya kepada media selepas itu.

Menurutnya mahasiswa perlu bersuara kerana ia melibatkan persaudaraan Islam dan kebisuan negara Islam akan menambahkan kekejaman Yahudi.

Kata beliau rakyat Kelantan sebelum ini tidak didedahkan dengan demontrasi terhadap satu-satu isu yang menyentuh mengenai nasib umat Islam di tempat lain.

Demontrasi terbabit juga turut mendapat sokongan pihak pengurusan KIAS sehingga beberapa pensyarah turut memberi sokongan.