Beberapa hari asyik tidur lewat, badan penat , otak pun letih. Takdelah penat sangat, cuma mengantuk. Dalam kelas saya cuba fokus sebaik mungkin. Kadang-kadang fikiran menerawang ke tempat lain, tapi sekurang-kurangnya saya dah berusaha untuk tumpukan perhatian.
Bila dah selalu sangat tidur lewat, bangun pun lewat, tak sempat nak qiam, apatah lagi nak miscalled sahabat-sahabat yang lain. Jam 3 pagi ke atas baru berpeluang melelapkan mata memang menyukarkan saya untuk bangun awal. Walaupun dah on alarm, sedar-sedar je dah masuk waktu subuh. Ada yang miscalled saya, tapi langsung tak sedar. Sedihnya.
Pejam celik, pejam celik, rupanya dah seminggu saya tak bangun malam. Susahnya nak istiqamah! Memang, bila dah lama tinggal, lagi susah nak start balik. Ditambah pula balik bercuti di rumah, seolah-olah inilah peluangnya untuk qadha’ tidur. Teruk betul… Ya Allah, berilah aku kekuatan!
Pagi tadi dapat mesej kira-kira jam 5pagi dari seorang sahabat. Kawan alam maya. Saya tengok handset, ada 1 miscalled darinya jam 4.26 pagi, tak sedar. Saya baca mesejnya,
“ Assalamu’alaikum…
Rindunya akak pada adik jie. =)
Tapi akak dah bertekad, selagi akak tak dapat disiplinkan diri untuk bangun tahajjud, akak perlu denda diri akak sendiri, akak tak boleh sms adik.
Syukran dik, atas miscalled dan sms pembakar semangat. Pagi ni akak berjaya bangun juga. Tapi akak tak boleh solat pula, akak ganti dengan baca tafsir dan beristighfar.
Semoga akak tetap kuat untuk hari-hari esok juga…wassalam.”
Saya tersentak seketika. Rasanya saya tak buat apa-apa pun. Cuma pernah miscalled dia beberapa kali, dan kadang-kadang ada forward mesej, itu saja.
Dalam hati terdetik, “Bagusnya akak ni…” tak boleh solat pun tetap bangun bermunajat. Saya rasa malu sendiri, dalam masa yang sama dapat semangat untuk bangun waktu tu. Dan saya cuma mampu membalas,
“Masyaallah…syukran, kak…” itu sahaja, tak tahu apa yang nak ditulis.
Saya sedar, nak istiqamah bangun malam memang susah. Perlu mujahadah untuk mendapat kekuatan. Dan kekuatan itu perlu dibina, bukan dinanti. I tell myself, jangan manjakan diri, biasakan diri dengan kesusahan, paksa diri untuk lakukannya, cari kekuatan melalui mujahadah, & bina keyakinan dan semangat. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. (^^,)
-26 jan 2009~di rumah-
2 comments:
salam kak jie,
pertemuan di alam maya..bagaimana blh menumbuhkan benih2 ukhwah??
ermmm..kwn shira penah ingatkan bila shira tye kat dia, "mcmana la kasih tu blh ada kalo tdk penah bersua muka?" dia ckp rujuk ayat ni. firman Allah swt :
"dan Dia (Allah) yg mempersatukan hati mereka (org yg berima)" (TQS al-Anfal[8]:63)
rupanya mmg betul..
kak jie, thanx for this post..
kadang2 diri ni mmg merundum utk qiam..posting ni mberi shira smgt baru utk smgt yg kdg2 turun naik..
syukran.. (^_^)
wkmslm, dik..
syukran atas kata2 tu, mmg Allah yg aturkn sgl2nya dlm hdp kita..=)
sm2 mujahadah utk istiqamah, doakan akak ye, dik! (^^,)
Post a Comment