Followers

Monday, August 10, 2009

Kembara ke bumi huffaz



Semalam saya baru saja ke darul qur’an sempena pesta konvokesyen di sana. Memang dah lama bercadang untuk ke DQ, saja jalan-jalan, Alhamdulillah jadi jugak akhirnya. Saya memang cemburu dengan sahabat-sahabat yang bergelar huffaz, yang berpeluang menuntut ilmu di sana. Alangkah indahnya hidup berdampingan dengan Al-Qur’an saban hari. Pemandangan yang cantik, jauh dari kesibukan, tasik yang mendamaikan, suasana yang menenangkan, memang sesuai untuk para huffaz.
Pagi tu saya ada kelas parenting, nisa’ pulak ada kelas debate, k.imah je yang takde kelas. Kami pergi bertiga. Dekat pukul 11 dah baru keluar uia. Dari terminal putra ke KL central, sempat beli majalah I dan solusi, Alhamdulillah. Perjalanan diteruskan dengan menaiki komuter ke rawang, tukar train ke kuala kubu bharu. Tepat jam 2petang baru kami sampai. 3 jam, termasuk menunggu train. Jauhnya perjalanan!
“Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya…” setelah tiba di depan pintu masuk DQ.
“Kenapa? Tak percaya ke?” tanya k.imah.
“Ala, kak…ni kali ketiga dah la saya datang sini, bukannya first time pun.” Saya membalas. Pertama kali semasa form 4 dan kali kedua semasa 1st year di matrik dulu.
Kami bergegas ke masjid untuk solat zohor. Usai solat kami berjalan-jalan di sekitar kawasan gerai yang ada di situ. Seronok tengok sahabat-sahabat dan adik-adik yang berjubah dan bertudung labuh, sejuk mata memandang. Susah nak tengok suasana macam ni kat tempat lain.
“Jomla makan dulu.” Ajak nisa’ dan k.imah. Saya Cuma mengikut. Memang dah lapar waktu tu, perut perlu diisi. Sahabat-sahabat satu batch spm dengan saya pun baru konvo, diploma. Lama tak jumpa mereka. Erny, samihah, rohimah, suhana, Cuma nini je tak sempat jumpa. Zahidah pun datang dari UM.
“Jauh tempat kita berjumpa, jie. Kat DQ...” Zahidah tersenyum memandang saya. Padahal UM dengan UIA lagi dekat. Huhu…
Ramai jugak kawan-kawan yang saya kenal walaupun bukan dari sekolah yang sama. Time sekolah dulu selalu pergi program, pimpinan badan dakwah dan lain-lain, so ramai la jugak kenalan tu.

"K.mizah pun datang, nak jumpa dia tak?" tanya erny.
"K.mizah? Nak, nak..." Dah 4 tahun rasanya saya tak jumpa k.mizah, dia konvo tahun lepas. Tak sangka dia datang jugak, bawak baby sekali. K.mizah dah ada anak rupanya. Putera sulung, Muhammad al-fateh nama diberi, subhanallah…comel.
“K.mizah, kenal tak saya sape?” saya menduga. Masa jumpa k.mizah dulu, saya belum pakai purdah lagi, dia pun sama.
“Eh, jap…Ya Allah, jie!” dia memeluk saya erat, terasa kehangatan ukhuwwah. Terharu pulak…(^_~)
Adik nisa’, farah pelajar persijilan, dah masuk pusat asasi uia pj, sempat la pinjam jubah adik dia untuk bergambar. Merasa la jugak saya pakai jubah konvo, walaupun bukan student DQ. Takpe, ambil berkat. Hehe…
Lepas umi dan abuya serta adik-adik nisa’ yang lain balik, kami ke bilik farah untuk solat asar dan menghilangkan penat. Nisa’ dah sakit kepala dah. Masa nak ke bilik farah, terserempak dengan kawan-kawan dari usim, satu sekolah jugak dulu. Buat reunion la pulak. Rindunya kat kawan-kawan sekolah…
Terima kasih ye farah, tumpangkan bilik untuk kakak2 ni. Lepas bersihkan diri, solat maghrib dan isya’, kami keluar mencari makanan. Makan lagi… Yela, ni makan malam pulak. Kita perlu dapatkan tenaga untuk berjalan, kan k.imah? ;p
Lepas makan jalan-jalan lagi, tengok-tengok barang jualan di gerai yang ada. Memang agak meriah.
“Akak nak beli ke?” Nampak k.imah duk membelek-belek gelang Kristal.
“Akak dah berkenan la…” khusyuk dia memilih. =)
“Kalau nak beli, beli jelah. Saya suka tengok je, tak suka pakai.” Yang abang bagi tu pun tak pakai.
“Mana nisa’?” dah hilang dah, tak Nampak kelibat dia pun.
“Dah ada kat dewan dengan adik dia.”ada konsert kat dewan.
“Akak nak gi tengok tak konsert tu?” saya tak kisah pun sebenarnya.
“Jomlah gi kejap, nanti nak balik pulak. Dah pukul berapa dah ni…” malam tu ada konsert sempena pesta konvo ni, persembahan dari saff one dan far east. Saya dan k.imah risau takut lambat sampai uia sebenarnya.
Last-last 11.40 jugak baru nak bertolak. Saya mesej kawan-kawan dan jumpa kat luar dewan sebelum balik. Kami bersalaman. Bila entah baru boleh jumpa lagi. Balik tumpang fathi, dia datang dengan baim. Laju dia pecut, risau k.imah. Tapi saya sempat jugak terlelap kat bahu akak, kan? Terima kasih bagi pinjam bahu, hee… Tak sampai sejam dah sampai uia, dan kami melepasi main gate dengan selamat tanpa sebarang sekatan, Alhamdulillah…^^,

No comments: