Malam ni dah nak balik. 2 minggu cuti, memang tempoh yang agak lama. Moga-moga dapat manfaatkan cuti ni sebaik mungkin. Lagi-lagi dalam fasa 10 malam yang terakhir ni. Kalau di kampus sibuk dengan exam, study, dan segala macam tugasan, itu bukan penghalang untuk kita melipatgandakan amal ibadah sebenarnya. Tapi bila dah balik rumah nanti pun, lain pula dugaannya. Bila dah berada dalam zon selesa ni, kena lagi kuat, sebab cabaran lagi hebat. Pernah saya cakap dengan seorang sahabat, "Jie rasa bila duk kat rumah ni level iman makin turun la..." Boleh pulak macam tu, huhu...
Mudah-mudahan hati kita semakin jinak dengan Al-Qur'an, semakin lunak dengan zikir, dan semakin bersungguh-sungguh untuk beramal dalam mengejar lailatul qadar.
Pesan pada diri: Jie, balik rumah jangan lupa study! Banyak assignment nak kena submit lepas raya...=_='
Wahai hati, bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, pastinya damailah hatimu…kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, pecahnya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dengan-Nya.

2 comments:
salam..best nyer kak jie..dah cuti ke..??em slm aidilfitri ya..semoga dapat menghayati 10 malam terakhir serta meningkatkan amal obadah kita..salm ukhwah kak..
salam..selamat hari ry aidilfitri..maaf salah silap..salam alaik..
Post a Comment