Followers

Friday, November 20, 2009

Mesti kuat semangat!


“Jie… nak tanya…”

“Ye?”

“Kalau jie rasa sedih jie buat apa?”

“Buat benda yang jie rasa happy.”

“Kalau bosan?”


“Buat benda yang jie suka.” Dialog ringkas antara saya dengan seorang kenalan alam maya.


Pernah tak orang tanya soalan macam ni? Sometimes bila banyak kerja, kita akan merungut banyak perkara nak kena settle, tak cukup masa, penat, tension, serabut, macam-macam nak kena fikir. Bila takde kerja, banyak masa lapang, jadi tak tau nak buat apa pulak. Er, saya pun termasuk dalam kategori ni. Adeh…

Sebenarnya, semuanya bergantung pada diri sendiri. Kalau sedih, jangan layan sangat rasa sedih tu. Maksud saya, jangan layan rasa lemah, sebab kita sebenarnya cukup kuat untuk menghadapi segala masalah yang ada. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita pikul. Yakin, tu je. Saya pun kadang-kadang down jugak. Biasalah manusia. Tapi, kalau lari dari masalah, sampai bila pun takkan selesai.  Kan?

“Apa yang jie buat?” tanyanya.

“Hm..apa ye? Kongsi dengan kawan, mungkin ada yang boleh bantu. Makan coklat, release tension. Huhu… Menulis pun satu terapi yang bagus, kalau tak nak cerita kat orang la.” Kalau yang suka tulis diari atau…tulis kat mana-mana jelah. 


“Jiwa perempuan ni lemah, kan? Mudah menangis. Macam saya la…” dia menyambung.

“Of course kita kuat, my dear. Jangan mengaku lemah, jangan rasa lemah. Tak salah pun nak menangis. Boleh hilangkan tension, sedih dan serabut. Keluarkan je, jangan pendam.” Saya membalas. Menangis bukan simbol kelemahan. Orang yang gembira, terharu, bersyukur, pun menangis.

Saya tak berhasrat untuk menceritakan kisahnya di sini. Cuma, apa yang ingin saya kongsi, jangan mudah berputus asa. Mesti kuat semangat! Kesusahan sebenarnya mengajar kita untuk menjadi kuat, cekal, dan tabah. Anggap itu adalah satu proses untuk mematangkan diri kita. Proses ini sentiasa berterusan untuk kita mencapai level seterusnya dalam hidup. Next stage must be tougher than before.

Seperkara lagi yang kita perlu sedar, masalah atau ujian yang kita lalui, semuanya dari Allah. Selain ujian keimanan, Allah menjadikan masalah dalam hidup kita sebagai kifarah dosa. 

Setiap orang melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza walau dari kacamata yang sama.  Ada orang melihat masalah sebagai satu musibah, sebagai satu bebanan, dari sudut yang negatif. Sebaliknya ada orang melihat masalah sebagai satu peluang, satu jalan untuk maju setapak ke hadapan, untuk menjadi lebih matang, dari sudut yang positif. Pilihan ada di tangan kita.


Bersabar, dan terus bersabar. Insyaallah, ada ganjaran di sisi-Nya. Pesan saya pada diri, “Jie, mesti kuat semangat!” {]=)
"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian...
Allah memberi kedewasaan bila ada masalah... 
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan...
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang
kecuali dengan menggantikan yang lebih baik..."


Tuesday, November 17, 2009

Sekadar coretan...

Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan akhir untuk semester ini. Last paper hari ahad yang lalu. Buat teman-teman yang masih bersengkang mata bermesra dengan buku dan nota masing-masing, teruskan perjuangan di medan imtihan. Jangan tension2 ye...You have to be strong! (^_^)

Untuk sementara waktu ni, saya tak balik kampung lagi. Buat apa ye? Saja "bertapa" kat uia. :p
Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan di sini, then insyaallah akan ke konvensyen pendakwah muda peringkat kebangsaan kat usim. Ada sesiapa nak ikut? Maksud saya, temankan. Anyone? Huhu...

Bila dah selalu sangat stay up dan tidur lambat, jadi susah pulak nak tidur awal. Sambil-sambil isi masa yang terluang sekarang ni, boleh la baca buku. Bukan buku akademik ye, tapi buku-buku ilimiah. Untuk tambah thaqafah yang sangat2lah sikit ni. Banyak lagi koleksi buku yang dibeli tapi tak habis baca. (Nak baca la ni) Yang orang pinjam pun merata jugak perginya. Bawak balik rumah tapi lupa nak bawak sini balik. Jadinya 'bermusafir'lah buku-buku saya tu.^_~

Buat sahabat-sahabat, maafkan segala kekhilafan diri ini. Maafkan segala hak-hak yang tidak tertunai dan hak-hak yang saya abaikan. Terima kasih atas segala teguran dan nasihat yang sesungguhnya membekas di jiwa ini. Doa saya, semoga Allah membalasnya dengan syurga. Ameen.

Last words, untuk renungan bersama...

"Tatkala ujian melanda, usah melatah.
Tatkala nikmat mencurah, usah leka.
Tatkala kejayaan dirasa, usah lupa itu pemberian-Nya.
Tatkala kegagalan datang tanpa diundang,
percayalah ia bukan selamanya.
Andai usaha diiringi doa, pasti ganjaran-Nya tiba.
Andai episod semalam menjadi duka,
biar hari ini menjadi kekuatan untuk berusaha..."




Saturday, November 14, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Nasional




PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)


TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : KAMPUS USIM



TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1
TEMA : SIKAP SOSIAL
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. KESEDARAN BERDAKWAH
2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH
3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. DR. KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. DR. AMINI AMIR – PENSYARAH UPM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MACMA


PEMBENTANG DI DKP4 :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL
3. UST. ANN WAN SENG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. UST. ABDUL NASIR ABDUL WAHAB
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI
3. DR. MOHAMAD RUSHDAN JAILANI


PEMBENTANG DI DKP4
1. UST. ZAKARIA OTHMAN
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI)
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DKP 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD
2. DR. HARLINA HJ.SIRAJ
3. UST. HARIRI DAUD


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : ESQ PREVIEW TRAINING
TEMPAT : DKP 3 & 4


MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU


MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT PERWAKILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR [PENUBUHAN URUSETIA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)]
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH & RESOLUSI
TAJUK : PERKONGSIAN DAKWAH KAMPUS
TEMPAT : DKP 3 & 4



TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : RUMUSAN / PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN WEHDAH’09
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI


TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)

ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)


22 NOVEMBER 09 (AHAD)
12.00-6.30 PETANG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)
6.30-8.00 MALAM - MAKAN MALAM
8.00 - 12.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)

23 NOVEMBER 09 (ISNIN)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)
11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)
1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)
4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 PTG - REHAT
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
11..00-12.00 MLM - REHAT

24 NOVEMBER 09 (SELASA)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)
11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR
2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)
4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)
11.00-12.00 MLM - REHAT


25 NOVEMBER 09 (RABU)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4)
11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)



* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.

PETUNJUK :

TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE


DKP 3 & 4 : DEWAN KULIYAH PUSAT 3 & 4


BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG

FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN



Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)


UPDATE TERKINI : SETIAUSAHA WEHDAH'09



*penyertaan adalah percuma