Followers

Monday, November 16, 2009

"Hijab, Niqab or Nothing"





1 comment:

Muhammad (Egypt) said...

Salam, bagus video ni.

Ada sape2 nak translate untuk bgtau kpd manusia lain umumnya?

Ana geram dan tertarik dgn pertanyaan Sonia(yg freehair tu) sbb apa lelaki tidak perlu memakai pakaian yg sama macamtu?

Pertama sekali ana mintak maaf dan harap ada yang tegur komen ana. Sbb ia sekadar pandangan ana yg dhoif, InsyaAllah, ana akan rujuk jawapan atau hukum kpd org yg lenih arif.

Lelaki dan wanita memiliki bentuk tubuh yg berbeza. itu semua mafhum.

dan Lelaki dan wanita diciptakan memiliki nafsu. Dan nafsu wanita dan lelaki berbeza.

Pada pandangan lelaki, perkara pertama yg lelaki umumnya akan melihat wanita itu dari sudut seksualiti,(bentuk tubuh, terutama muka, dada, punggung) akhlak dll no 2. dan memang itu hakikat drpda tinjauan ana. Terutama bagi mereka2 yang imannya lemah. Hatta yg beriman pun akan tergoda dengan wanita. Telah banyak kisah2 yang menunjukkan lelaki soleh boleh lupa segalanya hanya kerana wanita. Namun ada sesetengah terutama mereka yg belajar agama atau punya kesedaran agama/beriman sungguh2 akan melihat wanita itu dari pandangan Islam.

Kita lihat filem sebagai contoh. walaupun filem tersebut teruk, tapi andai ada pelakon wanita yang cantik/seksi. Filem tersebut akan mendapat sambutan tinggi terutama drpd kaum lelaki.
disini kita lihat wanita itu memainkan peranan yang kuat dlm mengawal nafsu lelaki.

Maka sebab itulah disuruh wanita menutup seluruh badan mereka kecuali muka dan pergelangan tangan. Dan nabi juga menyuruh wanita2 untuk melabuhkan jilbab mereka hingga melepasi paras dada serta memakai pakaian yg longgar.


Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya (ana tak ingat hadith penuh) Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israel adalah wanita.

Dan hadith berkaitan nikah. Iaitu dinikahi wanita itu kerana empat : Harta, Keturunan, Paras rupa dan agamanya. Barangsiapa yg memilih agamanya maka selamatlah ia dan berbahagialah didunia dan akhirat. Sebab kecantikan, harta dan keturunan tidak akan kekal kecuali agama. Dan tujuan hidup kita adalah akhirat bukan dunia.

Terlalu bernilainya dan cantiknya wanita sampai dikatakan "Wanita itu hiasan dunia, namun seindah hiasan adalah wanita solehah."

Dan sebaliknya wanita melihat lelaki. dan ana tak tahu secara tepat bagaimana wanita melihat lelaki. Namun dari tinjauan ana, wanita melihat lelaki dr sudut paras rupa, harta, akhlak.

Namun secara peribadi ana melihat wanita dari sudut agamanya. Dan sangat2 suka melihat bidadari dunia yang begitu menjaga kehormatan dan kecantikannya daripada lapuk dan usang dipamerkan kepada khalayak ramai.
Ditambah dgn akhlak yang mahmudah, solehah.

Namun perlu diingat, pakaian kalian membawa simbol agama. Jangan menjadikan ia fitnah. Ana pelik, ada akhowat yang berpurdah, tapi siarkan gambar mereka dlm facebook dsbgainya dalam keadaan posing yang berlebihan. Ish.. geram betui aku. Hodoh sungguh perangai. Pakaian comel dh. Tapi akhlak tadak tak guna. Laki camtu jgk.. bkn aku nak kondem perempuan.
sekadar teguran.

Wallahua'lam. Maaf sebab hujah sekadar logik akal yg doif lg jahil. sekadar perkongsian.