Sufygirl: Teringin nak pergi, boleh jumpa sahabat-sahabat ex-maahad dari kampus lain. Tapi rasa macam tak boleh pergi je, clash dengan benda lain. Sedihnya, huhu... Sesiapa yang free nanti sila lah melapangkan diri untuk ke sana ye. Have a nice day! ^_^
"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Followers
Sunday, February 28, 2010
Friday, February 26, 2010
~Missing him~
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Sunday, February 21, 2010
Nahnu ansarullah
Kembara mencari tarbiyyah
Ditemani sahabat setia
Bagai ansar muhajirin menyulam cinta
Ukhuwwah diikat kasih kerana-Nya
Aral dan rintangan kami tempuhi
Berpenat lelah kami tak peduli
Masa tenaga kami korbankan
Harta dan jiwa jadi taruhan2x
Bagai bongkah bata tersusun kukuh
Membentuk bangunan teguh
Nahnu ansarullah2x
Nahnu ansarullah2x
Kami bulatkan tekad
Melangkah di jalan dakwah
Jangan diimpikan permaidani merah
Ujian menerpa kami tak goyah
sufygirl: suka sangat lagu ni, best..^_~
Saya tujukan untuk sahabat-sahabat yang mengenali diri ini (macam ucapan apa je, hehe)
especially k.imah (akak kena jaga saya, tau), dik yan, ain, fishah, adah, wani, wan, imad, lina, laila, semua lah..banyak sangat nak sebut satu-satu...
Juga untuk sahabat-sahabat yang jauh di mata tapi dekat di hati..
zai, fatimah, yanie, nurul, wani, nija, hanim, hajar, amalina, siti, ba', mar, norma, sya, dan lain-lain...miss you so much! =)
Saturday, February 20, 2010
Hikmah sakit dan nikmat sihat
Hari ni dah masuk hari ketiga, selesema dan batuk masih masih belum redha. Tekak terasa perit. Memang sangat tidak selesa. Badan pun rasa sekejap panas, sekejap sejuk. Mungkin juga disebabkan cuaca, wallahu a'lam. Mudah-mudahan sakit ini dinilai sebagai kifarah dosa di sisi-Nya.
Masih ada tugasan yang perlu disiapkan. Saya memilih untuk berada di masjid. Library memang selesa, tapi suhunya tidak sesuai dengan kondisi badan saya sekarang. Semalam pun ada discussion di masjid, sampai pukul 3 je, tapi lepas asar baru pergi makan. Jumpa adah & k.imah, kami makan sama-sama. Tangan saya dah menggigil masa tu. Huhu...
Bila dah sakit, baru kita sedar betapa "mahal"nya nilai sebuah kesihatan. Bukan tidak menghargai, tapi akan lebih mensyukuri. Dan banyak lagi nikmat-nikmat lain yang perlu disyukuri. Dapat bernafas dengan baik ni pun satu nikmat yang sangat besar sebenarnya. Mungkin dengan musibah yang menimpa, Allah nak tegur kita.
Saya pujuk diri, "Sabar ye, jie..sakit sikit je ni, Allah nak uji, tanda Dia sayang." =)
Pendapat Ibnu Qayyim,
"Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerananya, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan karatan jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha."
"Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang bisa menghantarkannya ke sana. Maka Allah sentiasa mencubanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia bisa sampai ke kedudukan itu."

Hikmah-hikmah di sebalik sakit : (sumber)
- Diampuni dosa dan kesalahan
"Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya." (HR. Bukhari-Muslim)
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-linnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya." (Bukhari-Muslim)
- Ditinggikan Darjatnya
“Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu derajat dan dihapuskan darinya satu kesalahan.” (HR Muslim)
Dari Aisyah, dia berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihiwa Sallam bersabda:
"Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit encok sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu derajat."
"Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit encok sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu derajat."
(Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
"Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang bisa menghantarkannya ke sana. Maka Allah sentiasa mencubanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia bisa sampai ke kedudukan itu."
(Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)
Sunday, February 7, 2010
Tips Menjadi Individu Berpengaruh
Detail program adalah seperti berikut :
Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi: Bangunan Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Yuran: RM 130.00
Yuran berkumpulan (5 orang): RM 600.00
Yuran untuk Pelajar UIAM : RM 110
Yuran early bird (sebelum 13 Februari 2010): RM 100.00
Maklumat lanjut sila rujuk di sini.
Tuesday, February 2, 2010
.: Rahsia di sebalik Jenis Darah :.
Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?
Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.
* JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
* JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)