Followers

Thursday, April 29, 2010

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?


Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB. 

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12] 

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home

sumber: iluvislam.com

Monday, April 26, 2010

Insyaallah-Maher Zain



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way



Sufygirl: Sangat-sangat memohon kekuatan dari Allah.


“Life can give you a hundred reasons to CRY, but you can give life a thousand reasons to SMILE!”
- a meaningful message from a friend, syukran!




Tiada salahnya memaksa diri untuk terus terSENYUM...^_^


"Jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!"
-Ust Pahrol. 

Sunday, April 25, 2010

Pilihan ada di tangan kita

Sedar atau tidak, apa saja yang kita lalui di dunia ini hanya bersifat sementara. Sekiranya ditimpa musibah, kita boleh memilih untuk bersabar atau berkeluh-kesah, bersedih atau redha dengan ketentuan-Nya. Kesedihan hanya akan merugikan diri, menyebabkan kemurungan, kekecewaan, resah dan gelisah sepanjang masa. Secara tak langsung, tugasan seharian juga akan tergendala. Ini kerana kita mengalami tekanan dan gangguan secara psikologi, mental dan fizikal akan terjejas. Sudah tentu ini akan memberi kesan negative dalam kehidupan seharian. Bukankah begitu?

Ok, stabilkan emosi. Jangan sedih-sedih…


“Kerisauan tidak akan menghapuskan kedukaan hari esok, ianya menghapuskan kekuatan hari ini”
-Corrie Ten Boom

Jika kita sentiasa berada dalam kerisauan, belum tentu kesedihan hari esok akan hilang, kerana kita tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi. Sebaliknya, kerisauan itu mampu menghapuskan kekuatan yang kita ada, mampu melemahkan semangat kita pada hari ini.

Sebagai seorang muslim, kita tidak seharusnya berputus asa dari rahmat Allah. Orang yang berputus asa tidak mempunyai harapan dan semangat untuk hidup. Sedangkan kita mempunyai tempat pergantungan, tali yang paling ampuh untuk bergantung, siapa lagi kalau bukan Sang Pencipta? Segalanya telah tecatat di luh mahfuz, telah tertulis dalam qadha’ dan qadar-Nya. Jadi, kenapa kita perlu berkeluh-kesah dan berputus asa?

“Jangan kamu merasa lemah dan berduka cita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman”.
(Ali ‘Imran 3:319)

Apabila segalanya disandarkan kepada Allah, dan puncak tawakkal kita hanya kepada-Nya, kita tidak perlu risau dan resah. Serahkan segalanya pada Allah! Mungkin apa yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan, tapi tidak mustahil kesannya jauh lebih baik dari apa yang kita harapkan. Mungkin bukan sekarang, tapi pada masa depan. Kita tidak tahu perancangan Allah, tapi kita perlu yakin bahawa Dia telah tetapkan apa yang terbaik untuk kita.

Kenapa perlu merosakkan HARI INI yang indah dengan kebimbangan tentang hari SEMALAM dan hari ESOK? Lalui hari ini dengan gembira, lupakan kesedihan hari semalam, dan berdoalah semoga kita mampu menempuh hari esok dengan lebih baik! Ya, sekiranya esok masih ada untuk kita. Dan esok, adalah penuh misteri, kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Namun, kita masih boleh merancang untuk esok, merancang supaya hari esok lebih baik dari hari ini.

Ada beberapa perkara yang berlaku, benar-benar menguji iman dan kesabaran, mencalar jiwa dan perasaan, meruntuhkan semangat saya. Tapi, berbaloikah untuk saya mensia-siakan sisa waktu yang ada dengan termenung, bermuram, melayan perasaan? Jawapannya ialah TIDAK! Saya ingatkan diri, diri saya milik Allah, masa juga adalah amanah dari Allah. Jadi, saya perlu manfaatkan hidup ini dengan sebaiknya. Saya masih sedang mencari dan membina kekuatan diri. Tidak mudah untuk terus bangkit tanpa ada sokongan. Oleh itu, carilah sahabat-sahabat yang mampu membimbing. Jangan mengalah dengan kelemahan diri dan emosi, sebaliknya selongkarlah kekuatan diri yang masih belum ditemui.


Pilihan ada di tangan kita. Pilih untuk melakukan dan mengawal perubahan, atau dikawal oleh perubahan. Pilihlah sama ada untuk hidup dengan gembira atau bersedih. Buanglah kebimbangan jauh-jauh dari hidup kita. Kongsilah keceriaan dengan orang lain, sebarkan senyuman. Semoga ada hati-hati yang berduka mampu menumpang bahagia.

Jom kita buangkan kebimbangan dan keresahan dari hidup ini, lemparkannya jauh-jauh!

Selamat tinggal, Kebimbangan!

Jika kita mampu memilih untuk gembira, kenapa perlu memilih untuk derita? Kita ada hak untuk membuat pilihan. Lebih baik jika pilihan itu diiringi dengan doa dan istikharah, untuk membuat apa saja keputusan dalam hidup. Setiap hari adalah hari baru, ciptaan baru, dan peluang yang baru. Terpulang pada diri sendiri untuk merebut peluang itu dan melakar sejarah baru dalam hidup kita. 

Sufygirl: Inspirasi dari buku “Hidup Bukan Rahsia”.

Sunday, April 11, 2010

Hujung minggu di Pantai Balok..=)


Jumaat malam, 2hari lepas, budak-budak dentistry ada program qiamullail di pantai balok. Satu batch, satu kelas kelas. Maka, saya dengan segan silunya join sekali setelah diajak oleh zai, nija dan hanim. Segan la, diorang pergi satu kelas, tiba-tiba ada orang luar join sekali pulak. Tapi ramai je kawan-kawan yang saya memang dah kenal sebenarnya.

Kami bertolak selepas asar, dah pukul 6 lebih pun masa tu. Lepas solat maghrib, baca yassin beramai-ramai, solat isya’. Then ada sesi tazkirah kejap. Malam tu ada aktiviti bermodul, “si buta dan si bisu”. Saya tak fikir nak join pun sebenarnya, ingat nak tengok-tengok je. Tapi zai pulak ajak saya jadi partner dia, terpaksa la. Huhu… Zai jadi si buta, saya jadi si bisu, bawak berjalan kat kawasan sekitar tu, tepi pantai. 
~aktiviti si buta dan si bisu~

Tiba-tiba hujan, makin lama makin lebat, tapi permainan tetap diteruskan. Barulah mencabar, kan? Habis basah kuyup semua orang. Nasib baik bawak baju lebih. Tapi malam tu tetap tidur dalam kesejukan, dalam dewan, atas lantai. Sebab tidur dalam air-cond kot. Saya sedar jam 3pagi, lepas tu memang tak boleh nak tidur langsung dah, serius sejuk. Pukul 4.30 pagi semua bangun bersiap untuk qiamullail.

Lepas subuh, kami baca ma’thurat beramai-ramai sementara menanti ustaz sampai, kuliyah subuh oleh ustaz hazmi dibok. Kelakar sangat, tapi tetap dapat mesej yang hendak disampaikan, tentang tujuan dan matlamat hidup. Lepas breakfast, kami mulakan aktiviti pagi tu dengan riadhah. 
~makan epal, cepat2! nija sedang khusyuk merakam~

Kemudian makan epal dalam pinggan tanpa gunakan tangan. Dahsyat budak-budak ni makan. Hehe… Ni untuk sisters je, brothers main permainan diorang. Saya jadi tukang ambil gambar. 

Lagi satu game, spider web. Yang badan kecil dan ringan (berbanding yang lain) kena angkat. Kecoh betul! :P
~tengah berbincang sape yang perlu merentasi spider web ini~

Lagi, ada bbq, solat dhuha, mandi pantai, main bola tampar. Brothers terus solat tepi pantai atas pasir lepas mandi air laut. Subhanallah, sukanya tengok. Duduk jauh je pun masa tu. Nija semangat pergi rakam classmates dia tengah solat. Gambar tak ambil la pulak. Sisters solat kat surau je.
~bbq memang best, time makan lagi best, hehe~

Saya, zai dan sakinah pergi main air jugak lepas dhuha. Tapi basah pun sampai lutut je, sebab tak nak basahkan baju. Jalan-jalan dalam air jelah, menikmati angin laut dan ombak pantai. Itu pun dah puas hati dah, kat Gombak susah nak cari pantai, err..ada pantai ke kat gombak? Huhu…
~me & zai...jalan-jalan dalam air...sambil memerhatikan ciptaan Allah~

Dalam pukul 11pagi semua dah berkemas untuk pulang. Singgah kat terminal kejap, beli tiket nak balik. Sampai uia dalam pukul 12 lebih. Semua kepenatan dah. Petang tu terus ‘syahid’, tak fikir pasal makan tengahari dah. Asal balik program je mesti penat. Kenapa ye?

Apa-apa pun, seronok dapat kenal budak-budak dentistry uia kuantan ni. Bertambah lagi sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah. Good luck untuk exam pro akan datang ye! =)

~senget la pulak..ok la tu, hehe~

Saturday, April 10, 2010

Berjalan-jalan sambil beriadhah.


Hari rabu lepas, saya jalan-jalan dengan husna. Ingat nak jogging, tapi husna pakai jubah la pulak. Kami keluar bilik seawal 7.30 pagi. Orang lain sibuk bersiap nak ke kelas time tu, kami pulak pergi beriadhah. =)
~ Melangkah keluar dari uia~ 

Saya tak pasti berapa jauh jarak Tasik Bandar dari uia kuantan, tapi jalan ke sana tak sampai setengah jam pun. Waktu pagi tak ramai sangat orang, lagi-lagi weekdays. Ada beberapa orang yang asyik pandang kami, siap geleng kepala pun ada. Pelik sangat ke tengok orang pakai purdah? Entahlah. Huhu…

 ~penat jugak berjalan ni, dah nak sampai~


Jalan sekejap, berhenti ambilgambar. Tapi pakai handset je pun, tak ada kamera. Sambil berjalan, sambil menghirup udara segar dan memerhati ciptaan Allah. Subhanallah, indah sungguh! Rasa damai je tengok pokok-pokok, burung-burung yang berterbangan, dan pemandangan di tasik.



Biasanya ramai orang berkunjung ke situ pada sebelah petang. Ada yang datang bersama keluarga, bawa anak-anak sekali. Itulah kali pertama saya ke sana. Penat jugak walaupun tak berlari, tu la lama sangat tak exercise, dahla langsung tak warming up. Huhu…



Setelah berjalan hampir satu pusingan, kami berhenti rehat. Lama pulak tu, setengah jam duduk, padahal jalan pun belum sampai setengah jam. :P Rasa nak nak duduk situ lama-lama. Tenang je fikiran masa tu. Seronok memerhati alam sekeliling.


Then, kami meneruskan perjalanan pulang ke uia. Takkan tak nak balik pulak kan.


 ~Depan main gate~


Sampai sana, tiba-tiba pergi main kayak la pulak. Ada beberapa orang student tengah main masa tu. Kami pun tumpang sekali la. Free je, sesiapa pun boleh gunakan kayak kat situ. Tapi kena ada orang jaga la, sepatutnya macam tu, takut jadi apa-apa ke… Student tu pun budak-budak ARC (Adventure and Recreation Club), so boleh la join sekali sementara diorang belum balik.


 ~Sedang mendayung :) ~


Kali pertama main kayak masa darjah 5 dulu, kali kedua pulak baru je bulan 3 hari tu, kat uia Gombak. Setelah 12 tahun tak main! Hehe… Ni pun takut-takut jugak nak naik, dahla tak reti. Tapi main kayuh jelah, asalkan bergerak, kan husna? Husna selamba je naik kayak pakai jubah. Isy3… 


Lepas habis main, balik mahallah la pulak. sebelum tu singgah kat café kejap, beli makanan untuk makan tengahari terus. Padahal baru pukul 9.30 pagi masa tu. Awalnya beli untuk lunch. :P Tapi pukul 3 lebih baru makan. Dekat maghrib dah baru balik bilik nija balik. Sehari habiskan masa dengan my BFF, husna.:)