Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila bermusafir seharian bersama sahabat-sahabat untuk memenuhi undangan perkahwinan. Jemputan demi jemputan yang kami terima, namun ada undangan yang tak dapat dipenuhi. Asif jiddan...
~berhenti rehat seketika~
Ahad lepas, saya bersama sahabat-sahabat lain bertolak dari uia seawal jam 6.45 pagi untuk ke Terengganu, perancangan asal untuk bertolak sebelum subuh. (Awal sangat kot?) Kami ke sana dengan sebuah Honda & Viva. (Kereta pinjam ye, huhu)
Alhamdulillah sepanjang bermusafir tiada masalah berat yang dilalui, masalah ringan-ringan je, hehe.
Mula-mula singgah rumah adah dulu di balok, kuantan. Kami sampai kat sana kira-kira jam 10.30pagi masa tu. Excited tengok baby kakak adah, baru umur 8hari. Muslimat apa lagi, berebut la gi kat baby tu. Maklumlah, kami ni penuh kasih sayang dan bersifat keibuan, hehe..comel sangat, dan tak menangis langsung pun. Masa tu mak ayah adah takde sebab pergi kursus haji. Kami breakfast makan nasi lemak kat rumah adah.
Mula-mula singgah rumah adah dulu di balok, kuantan. Kami sampai kat sana kira-kira jam 10.30pagi masa tu. Excited tengok baby kakak adah, baru umur 8hari. Muslimat apa lagi, berebut la gi kat baby tu. Maklumlah, kami ni penuh kasih sayang dan bersifat keibuan, hehe..comel sangat, dan tak menangis langsung pun. Masa tu mak ayah adah takde sebab pergi kursus haji. Kami breakfast makan nasi lemak kat rumah adah.
~Bergambar depan rumah adah. Cepatla amik gambar,kak..penat dah kitorang beratur ni, huhu~
Pukul 11 lebih perjalanan diteruskan, jauh lagi nak sampai. Singgah beli hadiah pulak. Asal berhenti je ambil gambar, kat semua tempat kot, huhu…kenangan tu, penting.
~Ni sibuk pilih hadiah ke sibuk amik gambar hadiah?~
~Hadiah dah beli, cari pembalut hadiah pulak...semangatnya wawa..~
Ok, sambung lagi. Akad nikah selepas zohor. So, kami ke masjid terus, dekat je dengan rumah norma. Lepas solat, orang ramai dah mula memenuhi ruang masjid. Of course la jumpa sahabat-sahabat uia kuantan jugak, yang dah lama sangat-sangat tak jumpa pun, kira buat reunion kat sini la. Selesai akad nikah, terus bergerak ke rumah norma, sesi fotografi pulak. Lepas tu baru makan.
~Rombongan kami dari gombak..2orang lagi muslimin tak masuk list~
~Pengantin lama pun nak bergambar jugak, sama famous dengan pengantin baru je nampaknya~
Then, pergi rumah amalina, nak tengok si kembar alya yang dah masuk sebulan dah umur diorang.
Agak mencabar jugak, sebabnya tak tau berapa kali pusing, u-turn, berhenti, tak jumpa jalan. Sampai encik driver kami cakap “Kita balik Gombak terus jelah camni”, huhu. Masa tu, dalam 4-5 buah kereta yang nak pergi tengok baby. Last-last shahid datang (dengan kereta jugak), jumpa tepi jalan, dia tunjuk lorong. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Masa tu dah pukul 5lebih kot, duduk sana tak lama sangat, tapi sempat la makan pisang goreng.
~Dah ada bakat dah, tak lama dah tu...~
~Baby2, aunty wa balik dulu ye...jangan nakal2 tau..~
Dalam pukul 6 lebih kami meneruskan perjalanan lagi. On the way balik, singgah beli keropok la pulak. Ambil gambar, bahan bukti. :P
~Shopping ke apa? Beli keropok...~
~Siap duduk2 lagi tu, lama la pulak..huhu~
Singgah rumah adah lagi sekali. Solat maghrib dan makan malam, mak ayah dia dah balik dah masa tu. Dekat pukul 9 baru keluar. Yang ni takde singgah mana-mana dah selain stesen minyak, balik uia terus. Kami yang jadi penumpang setia ni pun penat+lena la jugak. Kesian kat encik driver mengantuk, lagi la penat siapa yang drive tu.
Alhamdulillah sampai kat uia sebelum jam 12 tengah malam. Bermalam di bilik dik yan je kat aminah, tak larat nak balik maryam. Huhu…
Terima kasih banyak-banyak ye, semua. Asif jiddan kalau ada salah silap sepanjang permusafiran kita ni. Jauh berjalan, luas pengalaman, ukhuwwah pun erat, kan? Walaupun musafir tak cukup 3 hari. :P
~May Allah bless both of you...ameen~
Selamat pengantin baru, tahniah untuk sahabat-sahabat yang telah dan akan menempuh fasa baru dalam kehidupan. Tumpang gembira. Barakallahulakuma. Who’s next? Nantazir wanaraa. :)









No comments:
Post a Comment