Followers

Wednesday, July 14, 2010

Dari alam cyber ke dunia nyata


Ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan,
Bukan pada manisnya ucapan di bibir,
Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.”
-Imam al-Ghazali-

 
Selama ini kami cuma berhubung di alam maya, melalui perantaraan blog dan facebook. Sekali-sekala berbalas SMS. 

Pada mulanya saya mendapat jemputan untuk ke walimah sahabat tersebut, tapi ada perkara lain yang perlu diutamakan pada masa tu, saya terpaksa menguzurkan diri. Agak terkilan kerana tidak dapat bertemu. Rupa-rupanya ada pertemuan lain selepas itu. Alhamdulillah Allah takdirkan untuk kami bersua muka.

“Nanti syira datang rumah akak ye, dekat je tu kampung akak dengan kampung zauj syira.” Tanpa teragak-agak saya mengajak insyirah berkunjung ke rumah. Tak sabar nak jumpa sahabat yang baru bertukar status ni.

“Insyaallah, nanti syira tanya en.zauj dulu ye.” Insyirah membalas.

“Confirm zauj syira tau kampung akak, nanti akak bagi direction rumah akak.”

“Confident je akak ye? Hihi...”

“Mestilah, kampung sebelah menyebelah je tu, dekat je. Datang tau, akak tunggu.”

“Insyaallah.”

Tengahari tu, saya buat kek batik. Kata insyirah, lepas asar bertolak dari rumah. Sempat je buat sekejap. Syira sampai kira-kira jam 5.30 petang. Saya dapat melihat senyuman melalui matanya. Tidak terasa seperti kali pertama bertemu, kami bersalaman dan berpelukan. Seronoknya dapat jumpa sahabat saya ni. 

“Duduk dulu ye, akak masuk jap.” Sambil berlalu ke dapur.

“Kawan orang datang, dengan suami dia.”

“Kawan mana?” tanya ibu saya.

“Tak pernah jumpa pun.” Tak tau macam mana ingin menjelaskan.

“Tak pernah jumpa? Habis tu macam mana kenal?” ibu melanjutkan pertanyaan.

“Kenal kat internet.” sambil menyusun kek batik di dalam pinggan.

“Internet?” berkerut muka ibu. Saya Cuma membalas dengan senyuman. Kemudian kembali ke ruang tamu bersama dulang berisi minuman dan kek batik.  

Mulanya terasa agak kekok untuk berbual dan segan dengan suami insyirah, tapi sekejap je dah boleh biasakan diri. Bila suaminya masuk ke dalam berjumpa ayah saya (uzur), tinggallah kami berdua di ruang tamu. Semakin rancak berborak. Tak sedar sejam berlalu. Berkongsi cerita dan pengalaman yang berjela-jela, sudah hampir maghrib rupanya. 

"Dah sampai bab berapa dah?" suami insyirah menegur setelah kembali ke ruang tamu. 

"Ke nak tidur kat sini?" suaminya melanjutkan pertanyaan.

 
"Nanti ada orang tak lena tidur pulak malam ni kalau syira tidur kat sini." saya membalas. Insyirah tersenyum. Saya lagi suka kalau dia stay kat rumah saya. ^_^,

Insyirah dan suaminya terpaksa mengundur diri. Pertemuan yang singkat tetapi penuh makna. Ukhuwwah yang terjalin di alam maya membawa kepada pertemuan sebenar, sangat seronok. Semoga pertemuan yang pertama ini bukan yang terakhir, insyaallah. =)

3 comments:

eliana said...

jie... jie ke yg jupe insyirah 'haruman mawar' tu?
keciknya dunia! org ade terbaca cite insyirah kt blog die..xsangka kwn yg die cite tu Jie.. :)
mesti seronok kan dapat jupe.. :)

eliana said...

jie... jie ke yg jupe insyirah 'haruman mawar' tu?
keciknya dunia! org ade terbaca cite insyirah kt blog die..xsangka kwn yg die cite tu Jie.. :)
mesti seronok kan dapat jupe.. :)

sufygirl said...

a ah, kebetulan kg suami dia dekat je dengan kg jie, saje ajak dia datang rumah.

1st time jumpa, 1st time tengok muka dia (bila dia buka purdah)

seronok, hehe..
umur baru 20 tapi memang matang..:)