Hari raya kelima, selasa malam saya menaiki bas untuk bertolak ke uia. Sepatutnya ada 3 kelas pada hari rabu keesokannya, tapi last minute semua lecturer membatalkan kelas. Sebabnya, khamis ada cuti umum, national day. Jumaat memang tak ada kelas, sabtu dan ahad pula cuti, ramai classmate minta cancel je kelas pada hari rabu tu. Awalnya ada lecturer yang tak bagi cuti, saya pun beli la tiket awal-awal, dekat nak balik dah baru tau yang semua kelas dibatalkan. Takpelah balik awal sikit pun, ada je kawan yang balik malam tu jugak.
Tiba di uia dah 7.30 pagi, agak lewat. Biasanya dalam pukul 5 lebih dah boleh sampai, nasib baik dah berhenti solat subuh sebelum tu. Roommates memang tak balik lagi, hari ahad la baru diorang balik. Level saya memang sunyi, sebab masih belum ada orang. Level 4 kat atas tu ada la jugak dengar suara-suara foreigner. Tak boleh hidup rasanya dalam kesunyian macam ni, huhu…
Penat duduk dalam bas selama 9 jam masih terasa. Lenguh habis badan ni. Lepas kemas barang apa yang patut, saya berehat sekejap. Entah kenapa tak boleh nak lena,terlelap dalam 10 minit je, padahal bukan boleh tidur sangat dalam bas. Kemudian bangun sambung berkemas, bersiap untuk ke bilik wan. Dalam hati masih berkira-kira nak pergi kuantan ke tidak, planning nak jumpa husna sebenarnya. Tapi ambil jugak jubah sehelai dan t-shirt labuh sehelai masuk dalam beg kertas.
Tengahari tu saya berjalan ke mahallah ruqayyah. Jumpa wan di bilik ain, kami makan tengahari sama-sama dengan sahabat-sahabat lain yang duduk di mahallah ruqayyah jugak. Banyak betul ain bawak kuih raya, tak sempat nak rasa semua. Saya keluar dalam pukul 2.30 petang lepas zohor.
Tapi dalam hati masih berkira-kira ‘aku ni biar betul, baru je sampai, nak pergi kuantan pulak, tiket bas tak tau ada tak, sorang-sorang pulak tu…takpelah, tawakkal je.’ Memang tawakkal sungguh-sungguh dah ni. Risau jugak sebenarnya, berjalan seorang diri, sekarang ni macam-macam kes yang berlaku. Bukan saya tak fikir itu semua. Dalam hati asyik berdoa sepanjang perjalanan sebelum keluar dari uia lagi.
Nasib baik ada teksi, belum sampai ke bus stop pun lagi masa tu, so tak perlu menunggu. Minta pak cik tu hantar ke stesen bas greenwood. Sampai di kaunter lain pulak jadinya. Maka terjadilah dialog antara saya dengan abang kat kaunter tiket bas tu.
“Bas ke kuantan paling awal pukul berapa?” saya memulakan petanyaan.
“Baru je lepas”.
“Yang seterusnya?”
“Pukul 4petang, kena naik dekat pekeliling.” Kata abang tu lagi. Allah, memang tak pergi dah kalau naik kat pekeliling.
“Em, kalau kat sini, pukul berapa ye?”
“Pukul 12.30 tengah malam ni pulak baru ada.” Tenang je abang tu jawab setiap soalan. Macam mana ni…nak tunggu, memang tak tunggu dah. Saya Cuma fikir balik uia semula je masa tu. Tapi memang dari tadi saya tak berhenti berdoa dalam hati, minta Allah permudahkan urusan dan perjalanan saya ni. Saya masih berdiri depan kaunter, kena buat keputusan, takkan nak tunggu je.
“Tapi…” tiba-tiba abang tu bersuara. Macam ada harapan je ‘tapi’ tu. Memang saya masih menaruh harapan pun. Huhu…
“Jap…” dia cuba menghubungi seseorang. Tak dapat.
“Ada bas pukul 3.15, tapi saya tak tau bas tu dah pergi belum.” Kemudiannya dia menyambung. Saya melihat jam tangan sekilas. Baru 2.50, maknanya sempat lagi la.
“Bolehlah tiket tu, sekarang belum pukul 3 lagi.” Saya membalas.
“Macam ni, awak pergi sana (tempat menunggu bas), awak tengok ada tak orang negro pakai kemeja putih kat sana. Kalau ada, maknanya bas belum lepas lagi lah.”
“Ok.” Dan saya pun berjalan ke bahagian tempat menunggu bas di sebelah kedai makan. Nampak orang yang dimaksudkan. Saya kembali ke kaunter.
“Ada?” abang tu pandang saya.
“A ah, ada. Lagipun sekarang baru pukul 3. Bas kan 3.15, sempat je lagi ni.” Saya meyakinkan.
Abang kat kaunter tu mengelurkan tiket. Tapi masih Tanya lagi, “Betul ke nak ni?” was-was pulak dia.
“Iye…bagi je, takpe. Biasanya pun bas mesti lewat sikit kan? Belum 3.15 lagi ni.” Yakin je saya. Hehe… Tawakkal sangat-sangat dah sebenarnya. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Nyaris tak dapat tiket. Beli tiket on the spot, tunggu bas pun tak lama. Main aci redah je saya ni. :P
Dalam 4.45 bas berhenti di tempat rehat temerloh, saya turun solat asar dan jamak ta’khir zohor. Ingatkan nak jamak takdim di greenwood je, tapi tak sempat tadi. Nasib baik bas berhenti dulu. Sampai di terminal kuantan dah pukul 7 lebih. Zai yang datang ambil saya. Merempit. Huhu…
Sahabat-sahabat yang dah macam adik-beradik ramai kat uia kuantan ni, saya tumpang bilik zai. Baju pun bawak tak banyak, pinjam jelah. Macam tak biasa, kan zai? =)
Insyaallah balik hari sabtu dengan adah nanti. Tiket belum beli jugak. Kemudian. Hehe… Tapi adah call semalam kata abah dia nak hantar pulak. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment