Followers

Sunday, July 31, 2011

:: Persiapan Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak ::


‎..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
/˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ˛° 。* ° ˚ • ★ *˚ . 。
*˛˚ ░ٌٌٌR░A░M░A D░A░ N░░░K░A░R░E░M░░░░ ˚ ✰* ★
˚✰★. ★ *˛ * ✰。˚ ˚。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ ˚ 。✰ •* ˚ " ✰
.....✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫

:: Persiapan Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak ::

1. I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ROHANI @ Spiritual..
(berazam & merindui kehadiran Ramadhan)

2. I'dad Jasadi, yakni persiapan JASMANI.
(membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunat, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti kemasyarakatan).

3. I'dad Maliyah, yakni persiapan HARTA
(Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah)

4. I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan ILMU.

~Ya Allah, andai Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir bagiku maka Kau jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang TerBAIK untukku..aminn~

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。

Saturday, July 30, 2011

Akademi Ramadhan.

Saya tak reti nak tulis ayat puitis-puitis ni.
Untuk sahabat-sahabat yang dirindui, saya cuma nak bagitau...

Saya sangat bersyukur dan gembira.
Sebab Allah hadirkan sahabat-sahabat yang baik dalam hidup saya.
Sebab Allah hadiahkan sahabat-sahabat yang soleh untuk bimbing saya.
Sebab Allah kurniakan sahabat-sahabat yang mencintai al-Qur'an untuk jaga saya.
Sebab Allah anugerahkan sahabat-sahabat dunia akhirat untuk nasihatkan saya.

Awak takkan tinggalkan saya kan? :')
Sekurang-kurangnya, jangan lupakan saya dalam doa awak, tau.

Tahun ni, dah tak boleh nak iftar sama-sama.

Tahun ni, dah tak boleh nak sahur sama-sama.

Tahun ni, dah tak boleh nak terawih sama-sama.

Tahun ni, dah tak boleh nak tadarus sama-sama.

Tahun ni, dah tak boleh nak qiamullail sama-sama.

Tahun ni, dah tak boleh nak sambut Ramadhan di UIA.

Saya akan sentiasa merindui detik dan saat itu.

Mohon maaf segala salah silap.
Sayang kamu lillahi ta'ala. (◕‿◕✿)

~Road to Ramadhan~





Sila rujuk di sini.

Cara pendaftaran boleh rujuk di sini.


╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳ bulan Ramadhan
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲
" اهلا وسهلا يا مطهر ,, اهلا وسهلا يا رمضان "
♥ ♥ رمضان ..

Tuesday, July 26, 2011

:: HAI ::


~Hari Hiburan Islam Negeri Kelantan~

Sunday, July 24, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Segalanya telah ditakdirkan.

Perancangan asal, mahu bertemu dengan staff2 di tempat kerja. Dan berjumpa dengan asma’, sahabat facebook. Memandangkan semalam hari terakhir praktikal, dan hari ni ada program, abang+kakak di pejabat ajak saya sekali. Nak celebrate jugaklah kiranya.


Mula-mula jumpa asma’ di Pasaraya Salamku sebelum ke bandar, dekat dengan kawasan rumah saya juga. Lebih kurang pukul 10.30 pagi masa tu, kemudian naik kereta dengan diorang. Kakak asma’, sakinah yang drive, adik dia farhah pun ada sekali. Baru berkenalan lah ni, sebelum ni memang tak pernah kenal, asma’ pun baru pernah jumpa sekali je. Kakak dia muda dari saya setahun, tapi dah habis master. Jeles kot~

Sebelum tu, singgah di Tesco beli kain untuk jahit tudung+niqab. Kemudian kami terus ke bandar, cari dewan tempat program yang saya nak pergi tu. Saya minta diorang drop saya kat situ je memandangkan asma’ dan adik-beradik dia nak pergi beli barang di tempat lain pula.

Pusing punya pusing, tak jumpa. Padahal dekat je pun. Macam mana lah boleh tak perasan kan? Sebab tak biasa dengan jalan tu kot.

Sakinah memandu, farhah di sebelah. Saya dan asma’ duduk di belakang. Takdir Allah, sesuatu yang tak diduga telah berlaku. Sakinah tak perasan ada motosikal yang lalu masa nak seberang jalan. Terus accident! Kami semua terkejut, gelabah juga lah. Tak pernah-pernah langgar orang.

Masa nak lintas tu saya nampak dah, tapi sakinah memang tak perasan. Dan bila adiknya menjerit,

“Kakak, motor!” dah terlambat. Sakinah sempat brek, tapi motor bergerak laju, tetap kena rempuh waktu tu. Terbalik. Pak cik tu bangun, terus tendang pintu kereta sebelah farhah. 

“Ya Allah!”

“Astaghfirullahal’azim!”

Cuma itu yang terkeluar dari mulut kami waktu tu. Berkali-kali saya beristighfar. Serius, rasa macam nak menangis. Tangan dah menggigil. Asma’ pun sama. Sakinah lebih lagi.

Betul-betul terlanggar di tengah jalan, dekat masjid muhammadi. Memang jalan agak sibuk. Ada yang datang tolong alihkan motor dan papah pak cik tu. Saya memang tak tau nak buat apa, rasa lost je. Sakinah terus call ayah dia bagitau pasal accident ni. Pak cik tu tak cedera teruk, Cuma ada luka-luka sikit. Motor dia pun tak teruk sangat. Tapi kereta...



Alhamdulillah, kami semua selamat. Tapi sangat terkejut.


Pak cik tu pun dah ok kot. Mula-mula tu je dia marah. Yelah, terus tendang pintu kereta, padahal baru lepas terbalik motor. Masa sakinah tanya dan nak bawa pergi hospital pun, pak cik tu diam je tak nak bercakap. Lepas tu baru ok, dan boleh senyum.

Dipendekkan cerita, sakinah dan farhah hantar pak cik tu ke klinik. Tapi sakinah tak boleh drive, masih terkejut, minta tolong orang yang ada kat situ drive. Pergi dengan kereta yang accident tu lah. Saya dan asma’ stay kat tempat tu, tunggu ayah asma’ sampai untuk berbincang dan selesaikan kes ni. Kami semua perempuan, mesti ayah dia risau.

“Abah marah tak?” saya bertanya. Asma’ sibuk call dan jawab panggilan.

“Taklah, abah ok je.” asma’ masih mampu senyum, malah ketawa. Saya pula yang terlebih risau, asyik berkerut je muka. Asma’ ni betul-betul cool lah. Kakak dan adik dia pun lebih kurang je, walaupun panik, tapi tak ada lah kelam-kabut sangat. Masih boleh bertindak rasional. Tabah2...

Waktu tu lebih kurang pukul 1 tengahari.

“Kak jie dahaga tak? Jom pergi beli air, hauslah. Lagipun tak boleh fikir benda lain dah dalam keadaan macam ni.” Asma’ mengajak. Tapi, kami berjalan macam tak ada tujuan pulak.

“Kita ni nak pergi mana sebenarnya?” saya pandang asma’, dia pandang saya balik.

“Entah”. Dia pun blurr je. Tak nak beli air yang kat tepi jalan tu.

“Jomlah duduk dulu.” Kami duduk di depan dataran masjid muhammadi. Kemudian kawan asma’ datang. Dia pergi belikan. Segan je..sebab sebelum tu dia dah tanya tapi kami cakap boleh beli sendiri..huhu

Asma’ pulak asyik cakap,”Lama sungguh kita keluar berdua hari ni, memang betul-betul dating lah ni.” Haila..budak tu masih boleh ketawa. Dan asyik cakap, “Kak jie rilex la, jangan buat muka macam tu, takde pape lah.” Sebab tengok saya asyik berkerut-kerut je kot. Memang tengah risau pun. Dan rasa bersalah juga. -_-“ Tangan pun masih belum berhenti menggigil.


Waktu tu, saya betul-betul rasa bersalah. Serius rasa bersalah. Rasa macam saya lah penyebab semua ni. Sebab diorang tengah cari tempat program untuk hantar saya. Tapi, lain pula jadinya. Astagfirullahal’azim, semua ini ketentuan-Mu ya Allah...


"Agaknya pak cik tu bengang masa mula-mula kena langgar je kot. Bila kita keluar dan tengok semua bertudung labuh, terus dia sejuk hati kan?" spontan ayat tu keluar dari mulut saya. 


"Nanti saya letak dalam blog apa yang k.jie cakap ni". Asma' ketawa. Sempat lagi tu. Adeh~

Memang cancel terus nak jumpa kawan-kawan staff di ofis. Mesti semua kecoh kata saya accident..huhu

“Takpelah jie, dah jadi macam ni, kita buat hari lain jelah. Kesian pulak kat jie. Hari lain pun boleh kan.” Kak ros bersuara di hujung talian.

Panjang sangat kalau nak cerita satu-satu secara detail. Dipendekkan cerita lagi, ayah asma’ yang uruskan pasal kereta, buat report, insuran dan yang sewaktu dengannya. Saya, asma’ dan lain-lain balik naik bas lah lepas tu. 

Kami masuk ke Parkson, cari surau untuk solat. Saya dah solat di masjid muhammadi sebelum tu, waktu sakinah dan farhah masih di hospital. Solat awal-awal, sambil tenangkan hati. Masa tu baru rasa ok, dah boleh bertenang dan rasa lega sikit. 

Sebelum balik, kami ke medan selera, perut minta diisi. Tak ramai orang pun kat situ. Lepas makan terus balik lah. Lebih kurang pukul 4 lebih naik bas. Tapi, pukul 5.25 petang baru bergerak. Sangat menguji kesabaran! Kami naik bas yang berlainan.

Keletihan dan kepenatan. Saya terlelap! Nasib baik tak terlajak, terjaga sebelum sampai depan lorong rumah saya. Rasa berat je kepala. Lepas tu kena jalan kaki pulak, dalam 15 minit lebih kurang. Rasa macam nak collapse terus je. Lepas bersihkan diri dan solat, rasa segar sikit.

Pengalaman sungguh hari ni kan, asma’? Nak dating, jadi insiden lain pula. Tragis. Banyak betul perkara yang dibualkan, tapi taaruf belum habis lagi tu. Hamdan lillah, semuanya selamat.

Sunday, July 17, 2011

Saturday, July 16, 2011

Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?


Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.

Sumber di sini.

Friday, July 15, 2011

Penyejuk mata, penawar hati.

Biasanya update pasal sahabat-sahabat yang kahwin, kali ni rasa nak update gambar-gambar baby pula. Memang dah ramai yang ada anak sebenarnya. Ini cuma sebahagian~

Semoga dengan kehadiran permata hati kalian melengkapkan kebahagiaan baitul muslim yang dibina. Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Tahniah buat sahabat-sahabat, adik dan kakak yang selamat melahirkan baby-baby comel. Tumpang gembira.

Makin bertambah lagi lah anak-anak saudara saya. ^^

Husna 'Ulya, 5 jun 2011 (Puteri sulung k.wani & ust zu hazmin)

Umar Naqiuddin, 16 Jun 2011 (Putera sulung norma & rasydan)

Marwan Majdi, 19 Jun 2011 (Putera sulung sufi & ust juzaili)

 12 Julai 2011 (Putera sulung insyirah & ust saiful)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah 
(suci dan bersih dari dosa). 
Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari)

Wednesday, July 13, 2011

Selamat hari lahir, sayang.

Hari ni birthday 'sayang' saya. Kami kenal 5 tahun lepas. First time jumpa dalam kelas 'Religion in Malaysia' yang mdm salmiah ajar. 'Sayang' ingat lagi kan?

Puan syuhadah pernah cakap, "Ee, k.jie ngan k.husna ni macam couple la...!" saja je mengada-ngada depan adah masa tu. :P

'Sayang' saya ni cantik orangnya, memang patutlah berniqab. Cantik hanya untuk yang berhak je kan? :)

Ok, sambung.

Husna ni besfriend saya since saya masuk matrikulasi UIA PJ. Masa mula-mula masuk kelas, langsung tak ada kawan. Dahla saya je yang bertudung labuh dan berjubah, dan tak biasa sekelas dengan brothers. Sangatlah segan masa tu. Innocent. Culture shock. Huhu.

Then husna masuk, duduk sebelah saya. Yes, ada geng! Sebab husna pun bertudung labuh. Husna senyum dan tegur saya. 1st time, 1st day, 1st class. Lepas tu terus jadi bestfriend. Just like that. Kan sayang, kan? ^_^

Masa kat matrik dulu, classmate semua sangatlah baik. Hampir semua subjek sama kelas, jadi kami agak rapat dan boleh kenal perangai seorang2. For sisters lah, brothers lain cerita. Alhamdulillah, kami boleh masuk dengan semua orang. Satu kelas pun tau yang saya dengan husna ni rapat. Even mdm salmiah pun tau. Pernah sekali, saya jalan dengan farah, mdm tegur, "Eh, mana lagi sorang?"

"Mdm, husna kan dah tukar course."

Cuma satu semester je kami sekelas. Masuk semester ke 2, husna tukar bio-medic. Makanya, saya ke gombak dan husna ke kuantan. Tapi kami keep contact, tak putus. Husna pernah datang gombak, saya pun pernah ke kuantan. Memang ada yang hairan macam mana kami boleh rapat sedangkan tak sama course, tak sama negeri, dan tak sama mahallah. :P

Masa 1st sem di matrik dulu, kami banyak buat kerja sama-sama. Satu kelas, satu group, cuma tak sama mahallah. Ramai orang ingat kami sebilik, sebab asyik berkepit je. Saya ni kelam-kabut sikit (groupmate yang lain pun sama), tapi husna cool je. Selalu tidur kat surau ZC (zainab college) yang sejuk, sama ada untuk study, atau siapkan assignment. Kenangan sungguh~

Pergi kelas sama-sama, outing sama-sama, walaupun bukan sepanjang masa. Tapi, lepas husna dah tukar course pun, ada masa kami study sama-sama jugak. Sebab, budak tu suka 'bertapa' di AX atau LY sampai malam-malam buta.

"Kenapa tak pergi library? Bahaya la malam-malam duk situ sorang2", saya pernah menyuarakan.

"Ala, library tutup awal, ramai orang pulak tu. Kat sini best, boleh duduk lama-lama, takde orang, sejuk ada aircond." sabar jelah~

Jadi, dengan baik hati nya saya menawarkan diri untuk teman husna study sama-sama, walaupun subjek langsung tak berkaitan. Duduk sekali jelah. Lepas tu bersembang la pulak. :P

Apa-apa masalah, mengadu dan bercerita kat husna. Husna pernah cakap, "Awak ni kena cari orang yang penyabar, sebab suka merajuk." She knows me. Jie pernah merajuk dengan husna tak eh? Tak ingat la...rasa macam pernah, sebab husna selalu pujuk jie kot. Hehe. ~~" Sangat bertuah siapa yang dapat awak, tahu? Jie tak kisah kalau husna kahwin dulu, dialu-alukan. Lagipun, husna kan ramai peminat (tetibe je).

Hm, ingat lagi tak masa kem YLDS MCHUSS dulu? Tengah-tengah malam kena berjalan dalam hutan yang gelap-gelita, tanpa menggunakan lampu! Melainkan cahaya bulan yang samar-samar je. Itu pun memang tak nampak apa-apa, huhu.. Cuma bergantung pada tali semata-mata, jalan ikut arah tali tu jelah. Nasib baik jalan berdua, ada partner. Memang tak lepas langsung tangan husna. Scary jugak la kan waktu tu~

Kalau nak cerita satu-satu, memang panjang kisahnya. Nak wish birthday je pun, banyak la pulak celotehnya. Sila tabah membacanya yep! Dan sila terharu juga. ^^


Terima kasih ya Allah, atas anugerah seorang sahabat yang bernama Nasibatul Husna. Semoga dirinya sentiasa berada dalam peliharaan-Mu. Rahmati hidupnya dunia dan akhirat. Izinkan kami bersahabat selamanya. Kalau Allah izinkan awak masuk syurga, jangan tinggalkan saya ye?

Selamat hari lahir yang ke-24, sayang. Jie sayang husna lillahi taala.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”.

[Ali-Imran: 185]

Monday, July 11, 2011

:: Bersih 2.0 ::

Assalamualaikum W.B.T sahabat-sahabat U-jam , ketika artikel ini di terbitkan , saya percaya sudah ada puluhan ribu artikel di dalam media baru berkenaan bersih2.0 diterbitkan..saya agak tertangguh untuk menulis laporan berkenaan hal ini untuk menilai berita-berita dari media konvensional , media baru , laporan saksi , cerita dari masyarakat , cakap-cakap kedai kopi dan kajian-kajian ilmiah dari sahabat-sahabat di ipt.

Belum terlambat saya ucapkan Tahniah kepada sahabat-sahabat U-jam yang hadir samaada petugas atau peserta Bersih 2.0 Kali ini .Walaupun kita tidak sempat bertemu , bertaaruf dengan sempurna tetapi saya dapat merasakan kehadiran sahabat-sahabat melalui pemerhatian dan "lapor hadir" melalui sms yang banyak saya terima....Syabas!

Dalam bercerita akan perihal bersih 2.0 ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya

1) Peserta mencecah hampir 100,000 orang walaupun jalan kl ditutup dan sekatan bermula dari Johor hingga perlis!

Jumlah peserta yang menyertai bersih sehingga kini tidak dapat disahkan jumlahnya yang sebenar , jika dari laporan polis jumlahnya hanya sekitar 5,000 - 6,000 orang dan angka ini banyak digunakan oleh media-media kerajaan untuk diracun kedalam pemikiran rakyat bahawa bersih 2.0 tidak mendapat sambutan , angka 25,000 pula dilaporkan oleh harian metro dimana wartawan tersebut mencongak jumlah peserta yang terkandas di kl sentral dan ktm lama , sejumlah 30,000 orang dilaporkan oleh media baru dengan mencongak kekuatan peserta yang bergabung dari masjid jamek dan pudu , sejumlah 15,000 orang dilaporkan berarak ke stadium merdeka , jumlah yang dilaporkan oleh berita online di internet.

Saya pula bersama 15,000 peserta dari masjid pakistan chow kit menuju ke dataran maybank..lokasi dan jumlah yang gagal dilaporkan oleh media! , di KLCC saya bertanya  kepadabeberapa wartawan secara rambang  wartawan berapa jumlah sebenar peserta..wartawan itu menyebut ada 4 ketumbukan besar dari Pudu , Chow kit & Kg baru , Kl sentral dan KTM lama  & Masjid jamek , petaling street :  dianggarkan Pudu 25,000 , chow kit 15,000 , Kg baru 13,000 , kl sentral & ktm 25,000 , Masjid jamek & Petaling Street 20,000 ..belum lagi dikira jumlah sepihan kumpulan kecil disekitar kg pandan , jalan tun razak , jalan ampang , dataran merdeka , dato keramat dan sekitar pinggir kuala lumpur!

Kenyataannya Peserta hampir mencecah atau lebih 100,000 dalam keadaan tekanan , ancaman , sekatan dan ugutan.Bagi saya jika hanya 5 orang sahaja yang bersemonstrasi di pusat bandar KL...jumlah itu sudah dikira berjaya memandangkan polis menyasarkan bahawa demonstrasi ini akan gagal sama sekali dengan kerja buat mereka!

2) Himpunan bersih diadakan di hadapan kedutaan Malaysia hampir 30 negara seluruh dunia!

Himpunan bersih diadakan serentak di selruh dunia!
                More and more people started coming, about 20-25 attended from Hobart. Very good for Hobart(Tazmania) standards
                                                              Malaysian electoral reform activists gather in Melbourne
                                                                                               BERSIH 2 @ Perth
                                                                      Sydney support rally for Malaysia's Bersih
 A healthy turn up in Victoria Square and of course, a glimpse of the Hilton Adelaide which is owned by the Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud. Way to continue oppressing the people of Sarawak by spending the millions of tax payer Ringgits on properties across ADELAIDE.


A healthy turn up in Victoria Square and of course, a glimpse of the Hilton Adelaide which is owned by the Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud. Way to continue oppressing the people of Sarawak by spending the millions of tax payer Ringgits on properties across ADELAIDE.


                                                                                  Taken at Sogo, Causeway Bay,Hong Kong
Bersih @ Mesir
                                                                                                  Bersih @ London

sumber: u-jam.http://u-jam.blogspot.com/2011/07/laporan-bersih-20-nyawa-dibayar-dengan.html

Entri yang berkaitan:
:: Koleksi gambar BERSIH.
:: BERSIH di serata dunia.
:: Catatan BERSIH.
:: Himpunan BERSIH.
 

Sunday, July 3, 2011

:: Short update ::

Untuk makluman...

Saya tak boleh online di rumah, dah banyak hari dah. Sebab...kabel dicuri! Ingatkan kenapa la telefon rumah rosak (rumah orang lain pun sama), nak online pun tak boleh, rupa-rupanya ada orang buat hal. Dah tak ada kerja lain agaknya.
-_-"

Jadinya, blog ni akan berhenti beroperasi untuk seketika (macamlah rajin sangat update+orang nak baca ke? :P). Lagipun ada program yang perlu dihadiri bermula esok sehingga sabtu.

Dalam tempoh itu juga lecturer saya akan datang dan saya perlu buat presentation. Dah siapkan slide semalam, nak edit sikit je lagi. Nak kena translate dari bm ke bi pun satu hal jugak, bukan semua vocab ada dalam kepala. Huhu..

About 2 weeks left untuk praktikal ni. Apa pun, doakan saya ye! ^^

Seronok dapat jumpa kenalan maya, teman-teman facebook yang selama ni cuma berhubung di alam maya. Terima kasih k.chik sebab belanja makan. Asma', nanti kita date lagi ye. Sempat jumpa sekejap je masa kuliyah jumaat di kota bharu. Insyaallah lepas ni boleh jumpa ramai-ramai pula. ^_~

Seminggu lebih tak sihat (batuk), sekarang bertambah baik, alhamdulillah. Thank you Allah. Err, macam tak berapa 'short update' je gayanya..hehe.. ~~"

p/s: dah boleh online balik. :)