Satu Soalan Buat Hawa.
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.
Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.
Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.
***
Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?
Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?
Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~
Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?
Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?
Baca ni ;
Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.
Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.
Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?
Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~
"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.
Sumber di sini.


2 comments:
bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.
masalah aurat di kalangan wanita islam di muka bumi ini sememangnya berleluasa.
saya menghargai tulisan anda. jika kita fikirkan bersama, besar kemungkinan mereka yg tidak menutup aurat atau tidak sempurna penutupan auratnya terjadi kerana kurgnya kefahaman ttg syariat allah.
mereka masih belum merasakan pentingnya aurat perlu ditutup. ini adalah daripada kelemahan aqeedah dan juga tawheed di hati setiap muslimah. mereka masih belum memahami sifat2 allah iaitulah: allah maha melihat hambaNYa. mereka juga kurg kefahaman ttg hakikat syurga dan neraka.
pada kita sebagai dai'e: saya merasakan pentingnya meletakkan keutamaan dalam dakwah kita. jika di atas saya menyebut punca utama adalah aqeedah dan tawheed, maka mari kita mulakan dakwah kita dgn tawheed dan aqeedah.
saya pernah menyaksikan ramai di kalangan muslimah kita berubah secara perlahan-lahan atas dasar ilmu yg sahih: iaitu kefahaman yg mendalam dan tepat ttg aqeedah dan tawheed, berjaya mengubah penampilan dan akhlak mereka.
kita mahukan muslimah yg berpenampilan sejajar dengan syariat serta dalam masa yg sama memahami aqeedah dan tawheed sebagaimana salaf as soleh. alangkah ruginya jika kita mempunyai muslimah yg menutup aurat dgn sempurna, malangnya masih belum memahami apakah maksud syirik, aqeedah dan tawheed, apakah perkara2 yang membatalkan iman, kerana perlu kita sedari tanpa iman yg sebenar, kita tidak mungkin masuk ke jannah, kerana syirik adalah dosa terbesar.
semoga tulisan saya difahami dan mendapat manfaat bersama.
wallahu'alam~
ws,
quote: "saya menghargai tulisan anda"
saya ada letak link di bawah, bermakna ini bukan tulisan saya, cuma copy paste sebagai perkongsian, harap maklum.
terima kasih atas pandangan.
Post a Comment