Followers

Monday, August 29, 2011

Hari-hari terakhir ramadhan.

Hari ni dah masuk 29 ramadhan. Hari terakhir ramadhan untuk tahun ni. Tahun depan, belum pasti milik kita. Menjelang ramadhan, saya pasti akan teringatkan kenangan itu. Hakikatnya, dia sentiasa di hati saya.

Bila membaca entri seorang sahabat yang menulis tentang dia, terbayang-bayang wajahnya di ruang mata saya. "Tiga tahun berlalu, moga pengakhiran kami sebaikmu". Semoga dirimu sentiasa tenang di sana. Al-fatihah.

******************************************************

2 hari lepas, seharian saya keluar. Sebelum 8.30 pagi dah keluar rumah, jam 11malam baru sampai di rumah balik. Tak pernah-pernah buat kerja macam ni, kalau kat UIA memang dah biasa, selalu sangat. Tak balik terus pun tak apa. Err, sebab ada keperluan, bukan saja-saja 'merayau'. ~~'

Alkisahnya, teman se-kampung, se-taski se-sekolah rendah dan se-maahad, samihah ajak saya pergi seminar. Ingatkan seminar apa, katanya berkaitan pendidikan, keusahawanan dan motivasi, rupanya ini.

Lepas asar baru habis, dalam 5.30 lebih. Selesai solat di surau, terus ke iftar AMAL. Lepas kawan drop kat depan bangunan MARA (di kota bharu juga), dia terus balik. Samihah pun tak pergi. Kiranya saya sorang2 jelah. Dan memang kira aci redah jelah ni. Tak tau lagi macam mana nak balik nanti. Suka hati je~


Sampai di sana dalam 6 lebih, forum sedang berlangsung. Selang beberapa minit selesai forum, masuk waktu berbuka. Kami makan kurma dan minum air dahulu, lepas solat maghrib baru makan nasi. Menu utama, nasi kerabu. Best. :)

Seronok sangat bila dapat jumpa warga maahad, bekas-bekas pelajar yang dah lama tak jumpa, kali terakhir jumpa masa tingkatan berapa entah. Ada juga di antara adik-adik yang cuma pernah bertemu dengan mereka di beberapa program. Ada yang saya tinggalkan mereka waktu mereka masih berada di menengah bawah, sekarang dah besar. Alhamdulillah juga mereka masih mengingati saya, walaupun ada yang tak ingat nama. Isy3, nak kena denda nih~

"Farah Aida." meluncur nama itu dari mulut saya sebaik terpandang wajahnya.

"Ummi!" panggilan itu pula yang terlafaz di bibirnya. ~~"

"Eee, makin tembam la awak ni!" saya mencubit pipinya. :P Dia pulak asyik panggil saya "ummi". Dulu, masa pegang badan dakwah sekolah, anak-anak buah panggil "ummi". Dah lebih 5 tahun kot.

"Kak apa dah? Tak ingat nama la..ingat ummi je." Nasib baik dia cam tengok mata saya.

"Sampai hati tak ingat nama kita, kita ingat nama dia." saya buat-buat merajuk.

"Ala...ingat 'Naz' je kat depan."

"Kak Jie lah, Nazirah", saya menjawab.

"Ha, kak jie! Orang ingat ummi je sebab selalu duk panggil ummi dulu." dia membalas sambil tersenyum.

Saya ada tegur seorang adik muslimin. Masa tu tengah tengok barang AMAL dan belek-belek buku yang dijual di depan kaunter pendaftaran.

"Bila nak balik jordan?"

"Ha? Sape ni?" soalan berbalas soalan. Adeh, tak cam rupanya. -_-"

"Kak jie lah."

"Owh, sori2. Insyaallah dalam 2 minggu lepas raya. Ana tak cam tadi. Lain kali kena letak tag nama dekat purdah." selamba dia menuturkan ayat tu. Tau la ramai muslimat pakai purdah. Sabar jelah~

Masuk waktu isya', kami ke MMPP (Maahad Muhammadi Pasir Pekan). Ada terawih dan qiam di sana, yus tumpangkan kereta dia. Saya tau dah, mesti ada sesiapa yang akan tumpangkan nanti. :D

Tapi tak cakap dengan mak pun pasal qiam di sekolah, cuma bagitau ada iftar AMAL je. Jadi saya buat keputusan untuk balik rumah. Lepas solat isya' dan terawih, ada qasidah sekejap. Saya balik sebelum habis qasidah, 10.30 lebih masa tu. Balik rumah tumpang fathiah pula, dekat dengan rumah saya. Tak tau pula dia bawa kereta. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Main aci redah pun selamat sampai ke rumah juga, ada orang hantarkan. :)

Insyaallah raya ke-5 nanti ada Ijtima' Aidilfitri AMAL pula. Jangan lupa datang ye!



P/s: Masih banyak yang mahu diceritakan berkenaan sewaktu uzlah di pondok. Insyaallah akan dikongsi dalam entri akan datang, walaupun dah habis ramadhan masa tu, biiznillah.


Friday, August 26, 2011

Diari ramadhan di pondok: Semusim bersama, seabad terasa.

Setelah hampir 3 tahun, bumi barakah itu kembali dijejaki.
Dan kini, 24 hari telah berlalu.
Ada rasa rindu.
Ada rasa sayu.

Pasti kamu juga begitu, bukan? (◕‿◕✿)

Nama-nama yang akan kuukir di hati, dan kukenang dalam doa.
Terima kasih atas perkenalan yang singkat dan bermakna.
Maaf andai tak mampu menjadi kakak yang baik.

Adik-adik seUIA yang turut bersama,
Humaira, Khairana, Shira, Juma, Nabihah.

Adik-adik UNIMAS, UKM, USIM yang baru dikenali,
Farisa, Yana, Atika, Ilham.
Juga Reen dan Nadia (walaupun cuma beberapa hari).

Adik-adik pelajar pondok yang menemani,
Shafira, Hidayah, Arina, Ain, Aina, Afiqah, Rodhiah, Aminah, dan lain-lain yang
tak mampu disenaraikan semuanya...

Buat yang pertama kali bertudung labuh, tahniah.
Buat yang pertama kali berniqab, tahniah.
Bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk merasai pengalaman itu.
Bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk berkumpul dalam majlis ilmu.
Bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk berada dalam suasana 'fastabiqul khairat'.


Sudah mula merindui saat-saat itu,
Saat kali pertama kita berhalaqah iftar
(waktu tu masih segan dan malu-malu),
Saat kita memasak menyediakan makanan sahur & berbuka
(macam-macam resipi ada, aci campak-campak pun sedap jugak, hehe)
Saat kita berwudhu' dengan air kolah yang dingin
(sangat sejuk waktu dinihari)
Saat kita saling tolak-menolak jadi imam.
(sengaja baca qur'an lama-lama sikit sebelum solat sebab tak nak jadi imam)
Saat kita bermujahadah menghabiskan solat terawih dan witir
(mengantuk, bertahan! lepas tu asyik renew wudhu'),
Saat kita berlumba-lumba mengisi masa dengan alunan kalamullah,
Saat kita bergotong-royong membersihkan madrasah,
Saat kita berqasidah melagukan irama syurgawi
(bestnya kalau dapat hafal)
Saat kita bersama-sama menadah kitab
(walaupun selalu je tersengguk-sengguk, isy3)...(◡‿◡)

Semoga kita semua mampu istiqamah.
Semoga kita semua mampu menjadi lebih baik.
Sekurang-kurangnya berusaha dan mujahadah ke arah itu.

Dan segala-gala yang pernah kita lakarkan bersama.
Tak mampu untuk diungkapkan semuanya di sini.
Ada yang tak tertulis.
Ada yang tak terlafaz.
Yang pasti, memori itu akan terus abadi.
Fil qalbi, da'iman abadan abada.
Insyaallah. (◕‿◕)