Setelah hampir 3 tahun, bumi barakah itu kembali dijejaki.
Dan kini, 24 hari telah berlalu.
Ada rasa rindu.
Ada rasa sayu.
Pasti kamu juga begitu, bukan? (◕‿◕✿)
Nama-nama yang akan kuukir di hati, dan kukenang dalam doa.
Terima kasih atas perkenalan yang singkat dan bermakna.
Maaf andai tak mampu menjadi kakak yang baik.
Adik-adik seUIA yang turut bersama,
Humaira, Khairana, Shira, Juma, Nabihah.
Adik-adik UNIMAS, UKM, USIM yang baru dikenali,
Farisa, Yana, Atika, Ilham.
Juga Reen dan Nadia (walaupun cuma beberapa hari).
Adik-adik pelajar pondok yang menemani,
Shafira, Hidayah, Arina, Ain, Aina, Afiqah, Rodhiah, Aminah, dan lain-lain yang
tak mampu disenaraikan semuanya...
Buat yang pertama kali bertudung labuh, tahniah.
Buat yang pertama kali berniqab, tahniah.
Bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk merasai pengalaman itu.
Bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk berkumpul dalam majlis ilmu.
Bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk berada dalam suasana 'fastabiqul khairat'.
Sudah mula merindui saat-saat itu,
Saat kali pertama kita berhalaqah iftar
(waktu tu masih segan dan malu-malu),
Saat kita memasak menyediakan makanan sahur & berbuka
(macam-macam resipi ada, aci campak-campak pun sedap jugak, hehe)
Saat kita berwudhu' dengan air kolah yang dingin
(sangat sejuk waktu dinihari)
Saat kita saling tolak-menolak jadi imam.
(sengaja baca qur'an lama-lama sikit sebelum solat sebab tak nak jadi imam)
Saat kita bermujahadah menghabiskan solat terawih dan witir
(mengantuk, bertahan! lepas tu asyik renew wudhu'),
Saat kita berlumba-lumba mengisi masa dengan alunan kalamullah,
Saat kita bergotong-royong membersihkan madrasah,
Saat kita berqasidah melagukan irama syurgawi
(bestnya kalau dapat hafal)
Saat kita bersama-sama menadah kitab
(walaupun selalu je tersengguk-sengguk, isy3)...(◡‿◡)
Semoga kita semua mampu istiqamah.
Semoga kita semua mampu menjadi lebih baik.
Sekurang-kurangnya berusaha dan mujahadah ke arah itu.
Dan segala-gala yang pernah kita lakarkan bersama.
Tak mampu untuk diungkapkan semuanya di sini.
Ada yang tak tertulis.
Ada yang tak terlafaz.
Yang pasti, memori itu akan terus abadi.
Fil qalbi, da'iman abadan abada.
Insyaallah. (。◕‿◕。)


4 comments:
=]
besnye bace...
teringain mahu merasa suasana tu akak..
emmm...
ALLAH..bc entri akak m'buatkn sy t'ingat suasana pndok..RINDU!moga b'kesempatan lg k'sana..ameen=)
assalamualaikum jie. patutlah lama tak nampak update fb, rupanya sedang menjadi tetamu pondok. mashaAllah seronok sekali kakchik bayangkan melalui tulisan jie ni. tentu kenangan 24 hari itu kekal terpahat di sanubari apatah lagi ukhuwwah yang terjalin di situ. syabas!
maaf zahir batin dari kakchik dan selamat hari raya.
bab tolak menolk jadi imam yg xthn...
^_^
Post a Comment