Followers

Thursday, November 10, 2011

~Sufy Solehah~

Blog baru.
Saya namakannya "Sufy Solehah".
Kenapa?
Sebab...suka hati saya lah! :P

Tak tau nak letak nama apa, fikir-fikir...letak jugalah perkataan 'sufy' tu, kemudian tambah 'solehah'. Insyaallah blog ni akan menjadi titik permulaan untuk saya berniaga secara kecil-kecilan. Jual tudung labuh dan niqab. Mungkin boleh tambah produk lain pada masa akan datang jika diizinkan.


Semalam, puteri semut a.k.a k.yuz tegur kat YM. Bila saya bagitau tentang hajat saya untuk buat bisnes jual tudung labuh, terus k.yuz cakap, "Jie, akak nak jadi partner awak leh tak?" Adeh, sabar jelah..huhu~

Yang tak tahannya, panjang pulak perbincangan kami lepas tu, meleret-leret (Insyaallah, semoga terlaksana perancangan kita ye, kak..hehe). Padahal kerja lain banyak lagi.

K.yuz pun tengah nak siapkan writing dia, nak kena baca jurnal, dalam proses menyiapkan master, mungkin akan sambung phD terus kot? Wah, bestnya! Saya yang degree ni pun masih terkontang-kanting lagi..~~' Apa pun, bisnes ni sebagai aktiviti sampingan je. Aula kan yang lebih penting, belajar. :)

Masih baru, masih banyak lagi yang kurang, start slow2 dulu.
Yang lain-lain akan diupdate kemudian.
Sekian. :)

3 comments:

Zinnirah Al Jannah (".) said...

Alhamdulillah, permulaan yang baik. All the best untuk Jie dan bakal partner (kakak comot :P). Semoga Allah permudahkan. :)

Unknown said...

Salam Jie. Malam ni kakchik singgah kat sini sebab dah lama tak nmpk Jie dlm UKS. Tentu sibuk dengan pelajaran. Hanya nak ucapkan SYABAS untuk satu permulaan baru iaitu bisnes. Semoga ia makin mantap slps ini.

aamalinaazman said...

alhamdulillah
ajennye la akak
semoga akak berjaya!