Khamis malam, abang call, mula-mula tanya
ada kat mana, tengah buat apa, ada kelas tak, ada exam tak...masa tu lebih
kurang 12.30 malam.
Lepas tu...
"Abah dah takde..."
Allah!
Seakan mahu gugur jantung...
Tangisku pecah...T_T
Abah meninggal malam jumaat, semoga Allah
yang Maha Penyayang ampuni segala dosa2 abah, dan hitung segala amal kebaikan
abah, selama 79 tahun abah hidup...
******************
3 minggu lepas, semasa mahu kembali ke UIA
selepas mid-break, seperti biasa salam dengan abah.
Masa tu abah tidur, sebab baru lepas makan
ubat, lama abah demam.
Abah jarang demam sebenarnya.
"Abah, orang nak balik dah ni..."
sambil pegang tangan abah, panas.
"Balik mana?" tanya abah.
"Balik UIA la..."
"Dengan siapa?"
"Naik bas, k.na hantar".
Entah kenapa, waktu tu pun dah rasa lain
macam, lama pegang tangan abah.
Muka abah nampak letih. Kata ma, abah tak
lalu makan.
Ma buat bubur nasi, suap kat abah.
*********************
Kira-kira jam 2 pagi, abang sampai di UIA.
Terus bergerak ke KL sentral, kawan abang hantar. Pukul 3 pagi, bas bergerak ke
LCCT, tiba dalam pukul 4 pagi. Abang ipar dah ada kat sana.
Sementara menanti subuh, saya baca Qur'an,
sambil mahu tenangkan hati.
Lepas solat subuh, terus naik flight,
berlepas dalam 6.35 pagi.
Sejam kemudian tiba di airport, kakak
datang amik.
*********************
Adik-beradik semua balik. Pagi jumaat,
semua berkumpul di rumah. Jiran-jiran terdekat ramai yang datang. Air mata tak
dapat ditahan, saya menangis tanpa segan silu. Bertambah sedih bila pandang
wajah abang2 dan kakak2, apatah lagi wajah ma yang memang sayu.
Allah, beratnya ujian-Mu.
Beratnya menerima sebuah kehilangan.
2 tahun lepas, baru kehilangan arwah nenek.
Ya Allah Ya Qawiy, kuatkan hati-hati kami.
Tabahkan hati-hati kami menerima pemergian
abah.
Ampunilah dia, rahmatilah dia, semoga dia
termasuk dalam golongan solihin dan muttaqin. Semoga abah tenang di sana. Hanya
doa yang mampu kukirimkan...
*********************
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi
ziarah, drive daripada UIA datang ke rumah. Terima kasih juga untuk ucapan
takziah & kata-kata semangat. Mohon doa daripada semua yang yang mengenali,
sahabat-sahabiah, ikhwah akhawat yang soleh dan solehah, doakan abah ana ye?
Al-Fatihah~
:'(


5 comments:
takziah....innalillahi wa inna ilaihi rajiun....
Semoga rohnya dijamin syurga.Sebenarnya abah bukan tak ada.Dimata saja tidak kelihatan hakikatnya abah tenang disana.dah tak payah tengok maksiat dan kezaliman dunia.al-fatihah buat abah-abah kita kak..
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
sabar duhai sahabat...
abah mu akan tenang di pengabdian insyaALLAH...
moga2 terus kuat dan tidak berhenti utk bersabar....
dan moga2 juga dikau menjadi yang solehah untuk sesiapa saja pendampingmu...
moga arwah dicucuri Rahmat Ilahi,amin..
Abah masih ada.. dia sedang menunggu anak2nya datang ketika dia menjemput di pintu syurga.
Jadikanlah doa sebagai penghubung kasih sayang buat allahyarham ABAH..
kullu nafsin za iqatul maut...
semoga kak jie sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan luarbiasa~
-ALFATIHAH-
Post a Comment