Followers

Friday, May 18, 2012

Semoga Allah membalas kebaikanmu. :)


Semalam pergi ke bilik SOlehah, mahu pulangkan DSLR.
Sampai di mahallah asiah, singgah kat cafe, beli burger.

Saya hulur RM 10, mak cik tu kata tak ada duit baki, dia pulangkan RM 10.
Dalam beg saya cuma ada sekeping RM 1, selebihnya RM 10 dan beberapa keping syiling.

Masa tu ada seorang sister sedang bercakap dengan mak cik yang jaga kaunter.
Kelihatan mesra dengan mak cik tu.

Saya pandang sekeliling, ternampak seorang classmate baru selesai makan.
Saya pun panggil, nak minta tukar duit, pun tak ada jugak.
Sister yang sedang bercakap dengan mak cik tu buka purse dan keluarkan duitnya.
Dia bayar untuk saya!

Terkedu seketika, sambil memandangnya.
Seriously tak tau nak cakap apa.
Tak kenal langsung, cuma nampak mata.
Dia juga berniqab, sama macam saya.

Ada ke orang yang tak dikenali tiba-tiba nak belanja?
Dan, nak ke tiba-tiba belanja orang yang tak dikenali?
Saat itu, saya cuma mampu berterima kasih.
Taaruf ringkas dan berbalas senyuman melalui mata.

Semoga Allah membalas kebaikanmu, ukhti.
:)

No comments: