"Sesungguhnya
barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan
cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari
keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada
manusia."
[Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi]
****************************** **********************
Untuk diri, untuk hati~
Kalau asyik nak fikir apa orang kata, nak puaskan hati manusia, sampai bila-bila pun kita takkan mampu. Yang penting, buat apa yang Allah redha.
Semoga Dia sentiasa pandu kita untuk buat keputusan dalam hidup.
Semoga Dia sentiasa lorongkan jalan untuk kita lalui, mengikut kehendak-Nya, bukan kehendak kita. Serahkan segala urusan pada Dia, minta Dia mudahkan dan aturkan sebaiknya.
Medan latihan yang Allah sediakan ni memang pelbagai, sebab tu kena tahu tujuan hidup. Pesan pada diri, jangan cepat putus asa.
Seorang adik pernah bagitau, "Dalam hidup ni, apa saja ujian yang Allah bagi, bukan free. Mesti ada sesuatu yang Dia nak bagi kat kita nanti. Kalau bukan kat dunia, kat akhirat. Selama akak bersabar, selama tu lah Allah akan bagi ganjaran."
Baik kan Allah?
SABAR, REDHA, SYUKUR... Hamdan Lillah~
[Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi]
******************************

No comments:
Post a Comment