Followers

Sunday, September 2, 2012

Selamat diijabkabul.


Soalan yang orang selalu tanya,

"Kahwin nanti pakai purdah tak?"

Memang sangat selalu. Berderet. Dan bertubi-tubi.
 
Especially bila dah umum tarikh kahwin.
 

Dan ini jawapan yang selalu saya balas,

"Mestilah tak".
"Tak kot".
 
"Mungkin tak".
 
"Macam tak je".
"Tak pakai pun".
Semuanya adalah TIDAK.

Tapi, dalam hati saya, memang sangat teringin untuk berniqab di hari pernikahan, sekali seumur hidup kot. Dahlah selama ni tertutup, rasa macam pelik pulak kalau tiba-tiba tak pakai. Tak selesa lah kan~

Lalu, saya kuatkan tekad.
Saya mahu berniqab.
Ini adalah pilihan saya.

Bila tanya bekas tunang, merangkap suami saya sekarang, dia memberi sokongan. Pada mulanya...

"Takpelah ana tak kisah pun, ikut nti lah. Kalau pakai pun bagus jugak".

Dekat-dekat nak kahwin,

"Nanti kahwin pakai purdah please".

Alhamdulillah syukur Ya Allah.
 
Saya sangat excited dengan permintaannya.
Sebab utama, memang pilihan saya, lillahi taala.
Tapi, bila dia memberi sokongan, keyakinan saya semakin kuat.
Untuk meneruskan niat ini.
Hamdan lillah, Allah izinkan.

Sehari sebelum bernikah, jam 11 lebih (malam), baru mula jahit niqab. Dan esoknya, bangun jam 4 pagi untuk bersiap, keluar dari rumah jam 5 pagi bertolak ke Pulau Melaka. Akad nikah sekitar jam 7 lebih, selepas tazkirah subuh, di masjid Pulau Melaka.

Semuanya Allah yang aturkan.



:: Lakukan sesuatu kerana Allah, minta Dia mudahkan. Doa sungguh-sungguh, sepenuh hati. Dia punya cara untuk bantu, Dia punya cara untuk pujuk, kerana Dia tidak pernah tinggalkan kita walau sesaat. ::

3 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.
Tahniah!!

imantizz_truper said...

salam ukhuwah...baru singgah sini...selamat begelar seorang puan..tahniah ya? hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

salam kenal... sis follow sini untuk mencari ilmu... :)

tahniah yer sudah bergelar isteri orang...