Followers

Sunday, December 30, 2012

Abah mertua~


Abah mertua saya memang sibuk,tapi abah sentiasa ada masa untuk anak-anak. Bila cuti sekolah, abah bawak anak-anak pergi bercuti, jalan-jalan, makan-makan. Masa untuk keluarga kan penting. :)

Abah layan anak-anak sama, walaupun ada yang dah berkahwin. Bila salam, abah mesti cium dahi anak-anak,termasuklah menantunya. Abah tak kekok tolong mak buat kerja rumah, sidai kain etc. Anak sulung mak ni pun sama, selalu tolong dan buat kerja rumah sama-sama. :D

~Terima kasih mak, sebab lahirkan adi, sebab bagi adi kahwin dengan jie. Anak mak memang baik dan rajin. Semoga anak-anak mak semuanya akan jadi ladang pahala dan saham untuk mak abah ke syurga. Ameen~

Abah selalu drive jauh-jauh, berjam-jam dari pagi sampai malam, ceramah sana sini. Tapi nampak maintain je. Saya pernah tanya, "Abah tak penat ke?"

Abah cuma senyum, dah biasa.

Ibu bapa abah masih sihat. Kedua-duanya kami panggil 'tokku'. Ibu kepada abah, adik tok guru. Abah sangat menjaga hubungan dengan ibu bapa, selalu luangkan masa balik rumah tokku. Mesti tokku bangga dapat anak macam abah. :)

Walaupun nampak sibuk, tapi tetap ada masa.
Walaupun tanggungan ramai, tapi tetap murah rezeki.
Agaknya, berkat orang yang bekerja untuk agama Allah.
Dan menjaga hati ibu bapa, jaga hablumminannas.
Semuanya Allah mudahkan.

Encik zauj pernah cerita, tokku pesan macam-macam kat abah. Salah satunya, kalau ada masalah, atau berada dalam kesusahan, baca surah al-insyirah. Insyaallah Allah akan tolong.
:)

--------------------------------------------

Terima kasih abah sebab belanja makan semalam.
Lain kali boleh belanja lagi.
^_^

Tuesday, December 25, 2012

Sufy Solehah Collection sudah setahun. :)



Bismillah, saya niatkan segalanya lillahi taala. Semoga dulu, kini, akan datang, dan selamanya, niat saya kekal begitu--->Lakukan apa saja kerana Allah. 

Asalnya cuma suka menjahit, spesifiknya suka jahit tudung sendiri. Bila mula berpurdah kira-kira 3 tahun lepas, jahit purdah sendiri pula. Seronok. :)

Ada kawan-kawan minta tolong jahitkan tudung, kemudian ada yang minta beli kain+jahit. Tudung dan purdah. Lepas tu saya terfikir untuk jual, bertitik tolak dari suka menjahit, bukan minat berniaga. Saya memang tak pandai berniaga pun. :P

Ok, ni kira aci redah juga lah. Sebab saya rasa memang nak buat bisnes tudung ni, lama kot fikir pasal ni. Nama pun kira aci letak juga ni, agak-agak rasa ok, proceed jelah.

Saya survey kat internet, tengok produk pakaian muslimah yang orang jual online, survey harga, urusan jual beli, dan lain-lain yang berkaitan, terutamanya tudung. Saya tanya sahabat yang ada pengalaman dalam bisnes, minta pandangan, nasihat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu.

Allah mudahkan jalan, mudahkan urusan. Dan, alhamdulillah Allah murahkan rezeki, panjangkan silaturrahim dengan kenalan2 baru, dapat berukhuwwah di alam maya. Siap ada yang tolong promote lagi. Segan jugak sebenarnya. ~~"

Pelanggan/pembeli bukan semuanya bertudung labuh. Ada yang baru kenal tudung labuh, ada yang baru berjinak-jinak dengan tudung labuh, ada yang mahu kembali bertudung labuh, ada yang baru berhijrah, baru berniqab.

Apa pun, semoga mampu istiqamah.
Untuk saya juga.
Ameen~

Mudah-mudahan dapat bantu+galakkan lebih ramai untuk bertudung labuh, apatah lagi berpurdah. Moga ada 'saham' atas usaha kecil saya.
Insyaallah.

:)