"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Followers
Tuesday, December 25, 2012
Sufy Solehah Collection sudah setahun. :)
Bismillah, saya niatkan segalanya lillahi taala. Semoga dulu, kini, akan datang, dan selamanya, niat saya kekal begitu--->Lakukan apa saja kerana Allah.
Asalnya cuma suka menjahit, spesifiknya suka jahit tudung sendiri. Bila mula berpurdah kira-kira 3 tahun lepas, jahit purdah sendiri pula. Seronok. :)
Ada kawan-kawan minta tolong jahitkan tudung, kemudian ada yang minta beli kain+jahit. Tudung dan purdah. Lepas tu saya terfikir untuk jual, bertitik tolak dari suka menjahit, bukan minat berniaga. Saya memang tak pandai berniaga pun. :P
Ok, ni kira aci redah juga lah. Sebab saya rasa memang nak buat bisnes tudung ni, lama kot fikir pasal ni. Nama pun kira aci letak juga ni, agak-agak rasa ok, proceed jelah.
Saya survey kat internet, tengok produk pakaian muslimah yang orang jual online, survey harga, urusan jual beli, dan lain-lain yang berkaitan, terutamanya tudung. Saya tanya sahabat yang ada pengalaman dalam bisnes, minta pandangan, nasihat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu.
Allah mudahkan jalan, mudahkan urusan. Dan, alhamdulillah Allah murahkan rezeki, panjangkan silaturrahim dengan kenalan2 baru, dapat berukhuwwah di alam maya. Siap ada yang tolong promote lagi. Segan jugak sebenarnya. ~~"
Pelanggan/pembeli bukan semuanya bertudung labuh. Ada yang baru kenal tudung labuh, ada yang baru berjinak-jinak dengan tudung labuh, ada yang mahu kembali bertudung labuh, ada yang baru berhijrah, baru berniqab.
Apa pun, semoga mampu istiqamah.
Untuk saya juga.
Ameen~
Mudah-mudahan dapat bantu+galakkan lebih ramai untuk bertudung labuh, apatah lagi berpurdah. Moga ada 'saham' atas usaha kecil saya.
Insyaallah.
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment