Ada yang PM di inbox bertanya cara dan tips, bagaimana mahu memulakan perniagaan online. Jujurnya, saya bermula dengan kosong. Saya langsung tak minat berniaga. Cuma minat menjahit, dan saya jual apa yang saya suka pakai (tudung labuh & purdah). Sedikit demi sedikit, saya tambah produk yang berkaitan (selendang, niqab, sarung lengan etc), yang saya rasa mampu.
Semasa awal-awal ingin bermula, ada seorang sahabat yang banyak bantu, dari segi nasihat & pengalaman. Walaupun dia juga menjual tudung labuh & purdah, tapi langsung tak rasa terjejas bila saya menyuarakan ingin menjual barang yang sama. Bahkan, dia memberi cadangan dan galakan untuk saya meneruskan hasrat tersebut.
Dan saya suka tengok sahabat ni berniaga. Allah mudahkan urusannya, murahkan rezekinya. Ada yang saya nampak, dan ada yang saya tak nampak.
Tak perlu nak dengki-mendengki, tak perlu saling menjatuhkan. Sebab rezeki di tangan Allah, Dia yang tetapkan. Kita hanya usaha, selebihnya, Dia yang aturkan.
Kadang-kadang, saya pun tak berkira sangat. Kadang-kadang, pun ada pembeli yang tak berkira sangat, dari sudut baki bayaran. Selain produk yang dijual, orang akan tengok akhlak kita, cara kita bermuamalat, itu yang penting (peringatan untuk diri sendiri). Sebab itu, ada yang tak putus-putus membuat pesanan, yang jadi pelanggan tetap, yang repeat order. Bukan sahaja puji hasil jahitan cantik dan kemas (bergantung kepada jenis barang), malah selesa berinteraksi dengan kita. Juga boleh jadi sahabat untuk bertukar-tukar pandangan. Kan bagus begitu? :)
Oh, ya. Lagi satu, tentang stok dari mesir. Bagaimana saya berurusan? Ada sahabat dari sana yang offer untuk tolong belikan, dapatlah harga murah sikit, sebab kawan-kawan ni tak berkira sangat. Pun boleh google atau survey di fb kalau ada sesiapa yang jual stok secara borong dari mesir.
Seboleh-bolehnya, jangan mulakan perniagaan dengan berhutang. Guna apa yang kita rasa mampu. Saya dulu, guna duit simpanan yang ada masa tu, beli kain dalam kuantiti tertentu. Tak banyak pun, dan sangat lama baru habis stok tu. Satu sem pun tak habis lagi. Perlukan kesabaran, bukannya mula-mula start berniaga terus orang tau, terus orang nak beli, terus dapat sambutan. Tak. Bukan macam tu.
Saya buat apa yang saya minat, benda yang saya suka. Bila orang tempah sehelai tudung pun, saya dah rasa bersyukur sangat-sangat. Bila jahit sehelai, ambil gambar sehelai. Itu yang saya buat. Kalau ada yang order banyak, jahit banyak, boleh lah ambil gambar banyak-banyak. :)
Bila beli online ni, barang takde depan mata. Kalau kita nak beli, mesti nak tengok barang tu dulu kan? Jadi, kalau nak berniaga online, ambil gambar produk kita, letak elok-elok, susun elok-elok. Kalau kain tudung, jubah, dan yang sewaktu dengannya, kena rajin sikitlah, sebab tak boleh ambil gambar kedut-kedut, iron/sangkut/lipat, pastikan kemas dan cantik. Kalau nak edit gambar sekalipun, jangan bagi tone dia 'lari' sangat.
*kadang-kadang payah jugak kalau amik gambar guna hp, better guna kamera yang elok sikit*
Saya pilih medium blog dan facebook. Tapi boleh dikatakan hampir 100% orang yang berurusan dengan saya adalah melalui fb. Pun ada yang tempah tudung untuk tunang dan nikah, ada yang pos kain satin untuk saya jahit. Tudung nikah & walimah saya pun, saya jahit sendiri je, guna kain satin buat tudung labuh. Ringkas sahaja (ok yang ni takde kaitan pun. :P)
Sufy Solehah Collection mula beroperasi secara rasmi pada November 2011~
Sekadar perkongsian, terutama buat mereka yang pernah bertanya. Saya juga masih belajar.
Semoga Allah redha.
Semoga usaha ini lillahi ta'ala.
Semoga segalanya dinilai sebagai ibadah di sisi-Nya.
Ameen~



No comments:
Post a Comment