Followers

Monday, June 24, 2013

Jangan Berhenti 'Berlari'.

Bagi merealisasikan ilmu dan prinsip yang saya pegangi, saya sendiri telah meminta isteri untuk berhenti daripada kerjanya walaupun saya terpaksa membayar 53 ribu ringgit sebagai denda yang perlu dibayar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menamatkan kontrak sebelum tempohnya.

Bagi saya, kontrak isteri saya sebagai guru di sekolah menengah ini terpaksa saya ingkari kerana ia boleh mencemari kepentingan yang lebih besar. Justeru, atas dasar perjanjian, saya perlu membayar denda tersebut. Ia bukan riba dan sememangnya mereka berhak menuntutnya daripada saya menurut pandangan Islam.

Saya rela membayar denda tersebut daripada membiarkan anak-anak saya ditarbiah dengan kurang sempurna oleh gadis-gadis bujang tanpa pengalaman, kurang ilmu, dan kurang peka di taska dan nurseri. Manakan tidak, dijaganya kanak-kanak seramai berpuluh-puluh orang. Setakat manalah perhatian yang mampu diberi kepada anak kita?

Bagi saya, wang gaji yang diperolehi isteri adalah amat tidak relevan berbanding nilai akhlak, agama, dan kesihatan yang mudah terlepas pandang di pusat asuhan tersebut. Di samping itu pula, tugasan guru yang digalas oleh isteri saya bukanlah satu tugas yang begitu sukar untuk dicari penggantinya berbanding kerjaya seperti doktor pakar dan kerjaya-kerjaya lain yang amat kekurangan sumber manusia. Justeru, pada hemat saya keutamaan beliau adalah pada pendidikan keluarga.



[Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman]
Petikan buku: Jangan Berhenti 'Berlari'

No comments: