:: Buku
Senyumlah 2 ::
>> Harga: RM17.00
>> Postage: RM6 semenanjung, RM9 sabah & sarawak
>> Sesiapa yang berminat boleh PM Jie Nazirah atau Badiuzzaman Tn Ibrahim
------------------------------------------------
SINOPSIS:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W. Selawat salam ke atas Baginda dan seluruh ahli keluarganya, para sahabat dan tabieen dan seluruh pendokong ajaranNya.
Buku kecil ini hasil dari beberapa catatan di alam Facebook (FB), yang bersifat mauizah, iaitu peringatan bagi anak-anak yang sedang menempuh alam remaja. Tulisan ini adalah luahan hati seorang ayah kepada anak yang dikasihinya, sebagai satu peringatan bagi mencari keredhaan Ilahi.
Nasihat seorang ayah dan ibu terkadang tidak mampu diucap oleh lidah. Ada masanya ia lebih baik dalam bentuk tulisan agar ia boleh terus dibaca dan diulang. Anak hari ini adalah bakal ayah dan ibu masa depan. Apa jua nasihat yang didengari hari ini akan menjadi pedoman baginya untuk menasihati anaknya pada masa depan. Lantaran itu, catatan dalam FB ini, tentulah bukan tulisan ilmiyah yang didokongi sumber rujukan tertentu. Ia adalah luahan nasihat agar hati yang jauh dari Allah dapat didekatkan, dan seterusnya mampu mengolah menjadi mutiara amalan seharian.
Catatan ini adalah berupa hadiah dari seorang ayah dan ibu buat anaknya, dan saya tinggalkan beberapa halaman kosong di bahagian belakang buku ini untuk catatan tangan ayah dan ibu khusus untuk anaknya. Gunalah ruang ini untuk menambahkan nasihat dan ingatan sebagai tanda kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Semoga suatu hari nanti, ia akan menjadi catatan yang sangat mahal harganya. Semoga tulisan ringkas ini dapat disebar sebagai perkongsian nasihat dari seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya dalam menempuh cabaran kehidupan yang sementara ini.
Salam sayang dan senyum selalu. Kerana senyuman adalah penawar diri dan hati yang tidak berhajat bertemu doktor dan menelan pil bagi mendapatkannya. Hormat dari hamba Allah.
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

3 comments:
Saya dah baca kedua2 buku. Rasanya yg kedua lebih saya terkesan sbb cara susunan bahasanya lebih kepada nasihat dpd seorang ayah kepada anak2. Terasa dekat macam ayah sendiri yg nasihatkan.
Salam, saya nak beli senyum 1 dan 2. bagaimana ya..
Wa'alaikumussalam. :)
Boleh PM kat inbox page.
Tekan link nama.
Post a Comment