Followers

Thursday, August 7, 2008

Solat Di Awal Waktu


Photobucket

Artikel ni dipetik dari website taman ilmu islam, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan mudah2an ada manfaatnya untuk sahabat2 lain. Mungkin di kalangan kita dah tahu & dah banyak kali dengar mengenai perkara berkaitan solat ni, tapi tak ramai yang mampu untuk solat di awal waktu. Kalau yang boleh istiqamah tu alhamdulillah... Masa kat maahad dulu, ust Abdullah Wahab selalu pesan, "Dahulukan urusan Allah, baru Allah dahulukan urusan kita". Seronok kan kalau dapat berjemaah setiap waktu...=) Bagaimana dengan solat kita? Tepuk dada, tanya iman...

Teringat pada kata-kata (boleh dianggap peringatan) seorang teman "assolatu 'ala waqtiha", benar, bukan mudah untuk melaksanakan ibadah solat di awal waktu tetapi yang payah itulah selalunya terdapat banyak kelebihan. Kita selalu mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu tanpa disedari yang hendak dibawa ke akhirat berciciran. Andai ada kerja sekolah yang perlu dibuat, pasti akan diusaikan terlebih dahulu kemudian baru mendirikan tiang agama...atau mungkin ada cerita yang menarik pasti akan bertangguh-tangguh solatnya hingga ke akhir waktu..atau mungkin telefon berdering di awal waktu solat, pasti kita terkejar-kejar menjawab panggilan teman berbanding menyahut panggilan Ilahi (kawan ni pun tak pandai menghormati waktu solat)..Pelik ye, kenapa kita sering memenuhi tuntutan dunia yang jelas tidak membawa apa-apa erti, risau juga tidak cukup hasil untuk kita menuai di akhirat kelak...

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, "apakah amalan yang paling utama?" Dijawab oleh Rasulullah, "solat di awal waktu." Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada tiga : Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang dikatakan utama pada awal waktu solat adalah kira-kira bila masuk waktu dapat diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat dua rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:

1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang hangat sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. (InsyaAllah di Malaysia tak sepanas ini). Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.

2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulama' memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
( kuncilah jam atau alarm handset untuk tahajjud)

3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu, kemudian baru bersolat. Risau jika teringat-ingat makanan jika solat dahulu lalu mengundang tidak khusyuk dalam solat.

4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratul ihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatangkan mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.

5. Seseorang dalam keadaan terlalu mengantuk dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersolat dalam keadaan mengantuk dan dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam solatnya.

6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah solat berjemaah dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada ramai orang di akhir waktu.

7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kawasannya, barulah dia mendirikan solat Zohor.

8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.

Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama dan berusahalah solat di awal waktu...

No comments: