Followers

Tuesday, May 24, 2011

Aku Bukan Perempuan Itu...

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.




Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.

Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.


Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

sumber: iluvislam.com

2 comments:

ilyani said...

salam, smga k.jie sihat selalu, wah sgat bagus.. tak jumpa dlm iluv islam. tp jmp dlm blog kak jie.. thanks kak ji.. menusuk kalbu.. masih byk yg perlu diperbaiki... zuppppp rasa~

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kadang2 saya terfikir, apakah yang hendak diperjuangkan masa kini dlm ilmu yang serba kekurangan? Bagimanakah kita hendak memulakan perjuangan dlm keadaan di luar sistem pusingan Islam sebegini? Lebih menjadi tandatanya, apakah yang sudah kita suda pelajari sepanjang usia kita dan sejauh manakah kita dapat menyampaikan kepada orang? Lebih menakutkan lagi, betul ke sunnah Rasulullah s.a.w. yang kita pegangkan bertepatan dengan kehendak Allah SWT? Sabda Rasulullah saw, `Sunnahku terbahagi kepada dua iaitu Sunnah yang wajib dan sunnah yang sunat. Sunnah wajib berasal dlm kitab Allah (AlQuran) dimana mengambilnya akan menjadi berpetunjuk dan meninggalkannya adalah sesat. Manakala sunat yang sunat pula, mengambilnya berpahala dan meninggalkannya tiada dengan kesalahan (dosa)` Riwayat Muslim.
Cubalah kita gambarkan. sejauh manakah ukuran perempuan dan lelaki benar2 dapat memahami AlQuran sebagai pegangan hidup? AlQuran dgn 30 juzuk atau 114 Surah, lebih2 lagi kita sebagai `orang ajam` mesti yakin bahawa ada kaedah dan cara untuk kita memahami ayat Allah kerana Allah SWT telah bersumpah berulang2 sebanyak 4 kali dlm Surah AlQamar:17,22,32,40 Demi sesungguhnya Kami telah memudahkan ALQuran, siapakah yang mahu mengambil peringatan?`.
Memahami AlQuran mesti ada hubungan dgn hadis Rasulullah saw kerana ayat2 Allah SWT saling benar dan membenarkan. Bahkan ada diantara perkara2 wajib tersebut ada keutamaan (priority)nya. Yang jelas, kebanyakan lari dari peringatan Allah SWT kerana mereka tidak memahami AlQuran dah sudah tentu hidup dalam keadaan sempit ( Surah Toha:124). Wallahualam