Followers

Monday, August 20, 2012

Doa.

"Ya Allah, sesungguhnya wujud di atas muka bumi ini pemuda-pemudi yang memcari jodoh hati, maka jodohkanlah mereka ini dengan jodoh yang baik buat mereka. 

Jangan Engkau lemaskan mereka dengan buaian cinta sempurna dan angan-angan high cla
ss kala sebelum berkahwin. 

Tetapi kuatkanlah diri mereka untuk fokus mematangkan diri, mendisiplinkan diri, mencapai mampu, dan semakin keras mendekatkan diri mereka denganMu.

Biar keluar daripada keluarga mereka ini mujahid-mujahidah yang akan menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini.
 

Aamin Ya Rabbal 'Alamin."

Kepada mereka yang suruh saya doakan, katakanlah:
 
"Aamin."

Semoga Allah makbulkan.
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.

[Hilal Asyraf]


Sunday, August 19, 2012

Syawal tanpa abah.


1 Syawal 1433H bersamaan 19 Ogos 2012 

------------------------------------------------

Abah 'pergi' 19 April lepas, malam jumaat.
Sekarang genap 4 bulan.


Tahun ni, ramadhan pertama dan syawal pertama tanpa abah.
Dan saya tak sempat berwalikan abah untuk nikah.
Tinggal lagi 6 hari saya bakal bergelar isteri.
Tapi abah dah tak ada...

Doa saya untuk abah tetap ada.
Semoga Allah makbulkan doa-doa saya untuk arwah abah, dan untuk ma yang masih ada di sisi kami.
Walaupun Ramadhan dah berakhir, tapi kita masih boleh doa banyak-banyak kan?

'Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil'.

Semoga Allah tempatkan abah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, beriman, dan bertaqwa.
 
Semoga Allah menerima segala amal ibadah abah, sepanjang hidup abah di dunia.
Semoga Allah hitung segala kebaikan abah, walaupun cuma sebesar zarah.
Semoga Allah hindarkan azab kubur dan pelihara abah 'di sana'.
Semoga Allah sentiasa jaga abah, selamanya.
Ameen~

Tolong aminkan sama-sama ye? :')

Saya tak mampu nak bagi apa-apa selain doa.
Dan sedekahkan al-fatihah (mohon dibacakan sepenuhnya) untuk arwah abah saya. Al-fatihah.

~Maaf zahir batin untuk semua~

:: Taqabbalallahu minna wa minkum ::

Terima pandangan. :)


Kata saya,

Saya terima je pandangan/nasihat sesiapa pun, even orang tu lagi muda, saya lebih menghormatinya andai cara yang digunakan betul, merendah diri dan tidak sombong.

Tapi maaf, pada yang ego, perasan bagus, berlagak baik, rasa diri lebih dari orang lain, susah untuk saya hadam kata-katanya. Ini tentang akhlak, rasa hormat dan thiqah bukan boleh dipaksa.

*Gunung yang tinggi
 tak boleh menakung air kan? Lembah yang rendah je boleh simpan air*

Ada beberapa orang yang saya sangat hormati, berilmu, dan memang disegani ramai orang, tapi kata-katanya sentiasa merendah diri "Saya pun masih belajar", membuatkan saya semakin menghormati golongan sebegini.

Yang sebaliknya, maaf susah untuk dipupuk rasa itu.
Sekian. :)

P/s: Saya pun bukan baik sangat, dan belajar (sama ada secara formal atau melalui pengalaman) adalah satu proses yang berterusan. Peace! ^^,




------------------------------------------------------
Kata sahabat merangkap adik saya asma',

Actually, telinga saya dah lali dengar orang kritik atau tegur depan2. Hati saya pun dah tepu bila orang ejek atau hina depan2. Sudah biasa difitnah, dipandang rendah, dan macam-macam lagi sejak zaman sekolah.

Bila jumpa orang yang disebut diatas. Paling baik, saya akan senyum dengan kata-katanya. Paling tak sopan, saya akan diam dan buat kerja sendiri.

Maka, saya mohon supaya jangan buat dekat sahabat2 saya ya. Kamu sakitkan hati sahabat saya. Ibarat kamu sakitkan saya juga...:)

Saturday, August 4, 2012

Menyempurnakan sebahagian dari agama.

"Teguhkanah aku dengan (adanya) dia,
Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku,
Agar kami banyak bertasbih kepadaMu,
Dan banyak mengingatiMu,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"

[Surah Taha : 31 - 35]

*************************************








Deretan jemputan walimah sebaik Aidilfitri menjengah.
Ramai sahabat+senior+junior yang bakal menamatkan zaman bujang masing2.
Semoga baitul muslim yang bakal didirikan nanti mampu menjadi wasilah untuk terus istiqamah di jalan dakwah.
Ameen~

Pejam celik, saya sendiri bakal bertukar status ke fasa seterusnya 21 hari sahaja lagi. Rasa seperti Ramadhan 'berlari laju'. Bukanlah debaran menanti hari bersejarah (belum terasa agaknya), tapi sayang 'melepaskan' Ramadhan pergi.

Apa pun, gunakan ruang dan peluang yang Allah 'hadiahkan' di bulan yang mulia untuk meraih sebanyak2 pahala, sebanyak2 redha, sebanyak2 maghfirah dari-Nya. Dan doa sebanyak mungkin, mudah-mudahan Dia melancarkan segala urusan, mengikut perancangan yang kita atur, seiring dengan perancangan-Nya.

Barakallahulakuma, semoga kekal hingga ke Jannah.
Ameen~

*************************************

٠•● 21 Ogos 2012 ●•٠
- Mastura Razali (maahad/UIA) & pasangan

٠•● 22 Ogos 2012  ●•٠ 
- Kak Wan (senior maahad/UIA) & pasangan,
- Kamilah (maahad) & pasangan

٠•● 23 Ogos 2012 ●•٠
- Asiah (maahad) & pasangan,
- Kak Shahida (senior maahad),
- Anis Zarime (maahad/UIA) & pasangan,
- Azma (maahad) & pasangan,
- Kak Farizan (senior UIA) & pasangan

٠•● 24 Ogos 2012 ●•٠
- Nurulwidad (senior maahad) & pasangan

٠•● 25 Ogos 2012 ●•٠
- Nazirah (i'm included) & Badiuzzaman (UIA),
- Hazwani (UIA) & Saifullah (UIA),
- Ridhuan (senior UIA) & pasangan,
- Kak Farahani (senior UIA) & pasangan,
- Kak Huda (senior UIA) & pasangan,
- Farah Dalila (UIA) & pasangan,
- Hakimah (UIA) & pasangan

٠•● 31 Ogos 2012 ●•٠
- Saifuddin (UIA) & pasangan

٠•● 1 September 2012 ●•٠
- Zakuan (UIA) & Iliya (UIA),
- Saidah (maahad) & pasangan


*************************************

Senarai di atas setakat yang ada dalam list, dan yang dapat invitation melalui fb.
Kenapa ramai yang walimah sama tarikh dengan saya? ~~"
Takpelah, kita sambut anniversary sama-sama. :P

Peringatan untuk diri, juga kepada kamu dan mereka yang berpasangan.

[Copy paste daripada group IIUM Online yang ditulis oleh seorang lecturer UIA]



Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Friday, August 3, 2012

Suatu hari...


Suatu hari, berbuka puasa di Giant bersama beberapa orang sahabat.
Solat maghrib di surau dalam tu.

Selesai solat, ketika sedang memakai semula niqab, seseorang mencuit saya dari belakang.

"Err, beli kat mana ye niqab yang macam ni?"

Saya menoleh ke arah orang yang bertanya.
Dia berbaju T-shirt lengan pendek, bertudung bawal biasa.

Pelik pulak bila dia tanya.
Bukanlah saya memandang rendah terhadap orang yang berpakaian begitu.
Jauh sekali rasa diri saya lebih baik darinya.

Kalau orang yang bertudung labuh tanya, mungkin tak pelik sangat.
Pelik sebab, tak sangka orang yang berpenampilan begitu boleh tegur saya dan tanya pasal niqab. :)

"Saya ada jual."

"Oo, jual dan sendiri pakai ye?"

"A ah.." saya mengiyakan. Dia senyum.

"Kenapa? Nak beli ke?" saya menyambung.

"Ada kawan tanya. Susah la nak cari yang macam ni".

Sekarang ni ramai yang berniqab. Kalau search kat fb pun, banyak yang jual online. Dari mesir, jordan, macam-macam jenis ada.
Kat Malaysia pun banyak je sebenarnya.
Baguslah kalau ada niat untuk 'berhijrah'.

Cumanya, pastikan aurat yang wajib tu terjaga.
Kan lebih baik begitu?
:)

P/s: Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. :P

Percaya.

Kepedihan dan keperitan itu tidak sia-sia.
Kerana Allah mahu 'melatih' jiwa menjadi kuat.
Sebab kita memang selayaknya diuji.
Kan?

Allah itu ada.
Sentiasa ada.
Dan Dia tidak pernah jauh.

Dia sangat dekat.
Percayalah~