1 Syawal 1433H bersamaan 19 Ogos 2012
------------------------------------------------
Abah 'pergi' 19 April lepas, malam jumaat.
Sekarang genap 4 bulan.
------------------------------------------------
Abah 'pergi' 19 April lepas, malam jumaat.
Sekarang genap 4 bulan.
Tahun ni, ramadhan pertama dan syawal pertama tanpa abah.
Dan saya tak sempat berwalikan abah untuk nikah.
Tinggal lagi 6 hari saya bakal bergelar isteri.
Tapi abah dah tak ada...
Doa saya untuk abah tetap ada.
Semoga Allah makbulkan doa-doa saya untuk arwah abah, dan untuk ma yang masih ada di sisi kami.
Walaupun Ramadhan dah berakhir, tapi kita masih boleh doa banyak-banyak kan?
'Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil'.
Semoga Allah tempatkan abah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, beriman, dan bertaqwa.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah abah, sepanjang hidup abah di dunia.
Semoga Allah hitung segala kebaikan abah, walaupun cuma sebesar zarah.
Semoga Allah hindarkan azab kubur dan pelihara abah 'di sana'.
Semoga Allah sentiasa jaga abah, selamanya.
Ameen~
Tolong aminkan sama-sama ye? :')
Saya tak mampu nak bagi apa-apa selain doa.
Dan sedekahkan al-fatihah (mohon dibacakan sepenuhnya) untuk arwah abah saya. Al-fatihah.
~Maaf zahir batin untuk semua~
:: Taqabbalallahu minna wa minkum ::


No comments:
Post a Comment