Followers

Friday, August 3, 2012

Suatu hari...


Suatu hari, berbuka puasa di Giant bersama beberapa orang sahabat.
Solat maghrib di surau dalam tu.

Selesai solat, ketika sedang memakai semula niqab, seseorang mencuit saya dari belakang.

"Err, beli kat mana ye niqab yang macam ni?"

Saya menoleh ke arah orang yang bertanya.
Dia berbaju T-shirt lengan pendek, bertudung bawal biasa.

Pelik pulak bila dia tanya.
Bukanlah saya memandang rendah terhadap orang yang berpakaian begitu.
Jauh sekali rasa diri saya lebih baik darinya.

Kalau orang yang bertudung labuh tanya, mungkin tak pelik sangat.
Pelik sebab, tak sangka orang yang berpenampilan begitu boleh tegur saya dan tanya pasal niqab. :)

"Saya ada jual."

"Oo, jual dan sendiri pakai ye?"

"A ah.." saya mengiyakan. Dia senyum.

"Kenapa? Nak beli ke?" saya menyambung.

"Ada kawan tanya. Susah la nak cari yang macam ni".

Sekarang ni ramai yang berniqab. Kalau search kat fb pun, banyak yang jual online. Dari mesir, jordan, macam-macam jenis ada.
Kat Malaysia pun banyak je sebenarnya.
Baguslah kalau ada niat untuk 'berhijrah'.

Cumanya, pastikan aurat yang wajib tu terjaga.
Kan lebih baik begitu?
:)

P/s: Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. :P

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum ukhti.

:)

Err...kamu jual niqab ke?
Saya nak beli, macam mana caranya?

Emel saya: fatin_sidratul@yahoo.com

Jazakillah.

nahwanz said...

apa salahnya.

dia cuma bertanya.

untuk kawan dia. mungkin kawan dia nak pakai niqob.

wallahu'alam~

sufygirl said...

Tiada siapa kata SALAH.

Lagipun cuma satu PERTANYAAN.
Raikan saja.

:)

sufygirl said...

Dan ada dialog lain selepas itu, cuma tak dihuraikan lebih panjang di sini.
^^,