Followers

Friday, September 20, 2013

KAHWIN. Cantik hanya untuk suami.





 Quoted 1: 

Hari kahwin pakai tudung yang masuk dalam baju dan pakai tudung tak betul, hari kawin tu Tuhan laknat, macamana nak dapat zuriat yang bagus? 

Quoted 2:

Bukan kecantikan ketika semua orang bisa menikmati | kecantikan sejati Muslimah sesungguhnya hanya untuk suami

Isteri yang baik itu menyenangkan bagi suami bila dilihat | bila ditinggal ia menjaga diri dalam hormat

Kita mulai hairan pada suami yang biarkan aurat istri | benarkah dia menyayangi atau rela istrinya dibagi?

Berhias hingga suami tak lepas pandangannya padamu itu indah | berhias bagi lelaki manapun yang melihatmu itu musibah

"Kamu cantik bagiku kerana taatmu | orang lain tak perlu tahu" - "aku cantik hanya untuk dirimu, yang lain aku tak mau tahu"

------------------------------------------

Teringat semasa ke walimah salah seorang junior.

"Macam mana kenal? Awak dengan dia satu sekolah ke?" Saya bertanya, memandangkan isterinya belajar di kampus yang berlainan.

"A ah, saya suka kat dia lama dah, masa sekolah lagi. Tapi saya tak bagitau la, saya suruh kakak saya 'jaga' dulu. Nanti melepas pulak. Ni baru saya bagitau dia".

Comel kan? 

"Saya dah cakap awal-awal jangan mekap. Saya siap pesan kat kakak saya suruh bawak tisu basah kalau-kalau dia mekap jugak."

Saya cuma ketawa mendengar ceritanya. Memang isterinya tidak bermekap. Dia tidak mahu wajah isterinya menjadi tatapan umum dengan calitan mekap. Cukup dengan berhias hanya untuk suami.

(.")(",)

Andai berkahwin kerana ingin bersama-sama ke syurga-Nya, jangan biarkan suami menjadi dayus pada hari pernikahan kita. 

Sedih dan terkilan bila melihat muslimah yang elok bertudung labuh dan berbaju longgar sepanjang sebelum kahwin, tetapi berbaju ketat dan bertudung singkat semasa hari perkahwinan.

Motif?

Kahwin hanya sekali, bukan tiket untuk mempamerkan aurat kepada umum. Disebabkan kahwin hanya sekali, maka utamakanlah pandangan Allah. Berusahalah untuk meraih barakah dan redha-Nya, agar lahir generasi yang bertaqwa.

Kata encik zauj, "Takde masalah pun kalau muslimat tu nak pakai seksi, dedah sana sini, skirt pendek sekalipun, dengan syarat pakai depan suami je. Yang jadi masalahnya, bila duk dengan suami tak nak berhias, tapi bila keluar rumah tak jaga aurat, bersolek, mekap, pakai lawa-lawa pulak. Nak cantik untuk siapa sebenarnya?"

Tak salah nak melawa.
Tak salah nak bersolek.
Tak salah nak pakai ketat-ketat.
Asalkan kena pada tempatnya.
Seronok kan, kalau bercantik-cantik yang berpahala?

Jaga aurat.
Jaga syariat.
Insyaallah selamat dunia akhirat. 



*Reminder for me myself. Please take a good care of your wife, abang.*

No comments: