Followers

Sunday, September 15, 2013

Rancang wang sejak jatuh cinta.



Bismillah. Kos yang paling membazir dalam sebuah kehidupan rumahtangga adalah kos majlis perkahwinan yang melebih dari apa yang terdapat dalam rukun nikah dan sunnah Nabi.

Kini, secara puratanya pasangan pengantin membelanjakan antara RM 35,000 sehingga RM 60,000 bagi meraikan majlis perkahwinan yang berlangsung sekitar 4 -5 jam sahaja. Ianya hangus terbakar dalam masa 4 jam. Ada yang menanggung bebanan selama 10 tahun, iaitu 120 bulan bagi membayar balik belanja melayani perasaan seronok itu.

Duit sebanyak itu boleh membeli sebuah kereta secara tunai, selamat dari memenaggung bebanan hutang, ataupun dapat membayar wang muka yang besar bagi sebuah rumah teres yang bakal didiami dengan pasangan itu sepanjang hayat.

Duit majlis perkahwinan yang lebih dari rukun nikah dan sunnah Nabi itu menjadi tangisan apabila jodoh tidak panjang ataupun selepas 1 tahun berkahwin, kerana banyaknya kos sara hidup yang perlu ditanggung.

Malaysia | Shamsuddin Kadir




Bagi bakal pengantin perempuan | Elakkan menetapkan jumlah hantaran (wang), berikan kuasa kepada pengantin lelaki bagi menetapkannya seperti mana di zaman Nabi, pengantin lelaki memberi hantaran berdasarkan apa yang mereka mampu dan ikhlas.

Ini bagi memastikan pengantin lelaki dan keluarganya tidak menyalahkan pengantin perempuan sekiranya berlaku perkara seperti di bawah :

1. Suaminya tidak pandai mengurus wang
2. Menangung hutang peribadi kerana mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana tetapi menggunakan duit hutang.

Suami juga tidak stres sangat, apabila masakan isterinya itu kurang sedap.

Jika sudah diletakkan nilai hantaran "Menyesal aku kahwin dengan awak, hantaran tinggi, tetapi masak tidak sedap langsung, menyesal aku kahwin dengan awak".

[Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta]




No comments: