Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati. :)
1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujukqur'an surah Al-Ahzab ayat 32: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan? :)
3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah.Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni ; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita bercakap dgn org yg sama jantina sahaja. :) Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.." Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..
5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah,gelak2lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Followers
Monday, March 31, 2008
Demi kerana kasih lahir dia mencintai
Demi kerana kasih lahir dia mencintai
Demi kerana cinta lahir dia merindui...
Kini, demi kerana kasih Ilahi dia berhijrah...
Demi cinta sejati Ilahi dia meraih jihad fisabilillah...
KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade. saya lantas menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.
"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.
"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat. Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang. Kehairanan mungkin. "Baru tiba?!"
"Emm...!!"
"Dari mana?"
"Tel Aviv!"
Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan.Namun, kami cepat-cepat berlakon selamba. Seperti tidak ada apa-apa. Walaupun sebenarnya di antara saya, Firman dan Akashah dengan gadis itu seperti langit dengan bumi. Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada itu.
Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus saya melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.
"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!", ada nada merayu simpati dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun. saya hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. Dia Yahudi totok, musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa, budaya, apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam kitab-kitab utama. Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar. saya melaksanakan tugas kemanusiaan, tanpa mahu berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya. saya segera beredar, sambil membuang segala ingatan tentangnya. Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku.
Tidak kuduga, dia tinggal sekolej denganku. Ah, kebetulan. Waktu makan malam hari berikutnya. saya disapa dari belakang. Malah dia mendesak saya untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior. saya yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi.
"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur.
saya teragak-agak menerima salam perkenalan itu. saya berasa diperhatikan oleh seribu mata, terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanah air seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.
"Saya Firdaus!" saya menyambut salam perkenalan itu. Tidak manis tidak menerima salam orang lain. Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan agama. Dan malam itu saya duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi totok. saya lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa saya akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.
Sekali lagi saya bertekad untuk berbuat sesuatu. saya tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu.Sepanjang malam saya terbayang kerakusan serangan di Ramallah. saya terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin.
Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir. Yang tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin negara. Esoknya, dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. saya tidak dapat menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland Street, Bath Street sehingga ke Queen's Avenue. saya mula merasakan sesuatu.
"Abigail...!
"Panggil saya Girl...!"
"Tidak perlu saya.."
"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"
"Maksudku..." Hilang. Kata-kata itu hilang tanpa sempat saya meluahkannnya. saya tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan. Sebenarnya saya sedang bermusuh dengannya. saya tahu yang dia cukup mengerti tentang itu. Lebih-lebih lagi apabila saya memberitahu bahawa saya beragama Islam, datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
"saya sayang kamu Fir...!"
"Ti.. tidak! Tidak mungkin...!"
"Cinta tidak mengira agama Fir...!"
"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya..."
"Siapa kata tidak?!"
"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini...!"
Dalam tidak mahu itu. saya semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. saya semakin terpengaruh dengan musuh itu. saya amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam selimutku sendiri. saya perlu bertindak pantas. saya berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morgan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay. Biarpun kucekalkan hati. saya sebenarnya mula berasa kehilangan seketika. Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.
"Kaulari daripada saya Fir?"
"Tidak! Tidak Girl. Cuma saya..."
"Kau membenci saya! Hanya kerana saya Yahudi,"
"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"
"Fir. saya kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi. Tetapi saya manusia biasa seperti kamu, seperti Firman dan Akashah. Di Tel Aviv saya menyertai pertubuhan antikeganasan. Kautidak boleh membuat generalisasi terhadap saya!"
"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan, Girl. Tidak lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"
"saya mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!" saya bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis berambut perang itu. saya buntu, tetapi saya tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini. saya tidak harus menyerah.
Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. saya akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku. Akhirnya, saat yang kunantikan tiba juga. Setelah dua tahun saya berdepan dengan musuh keturunan dan agama. saya menunggu saat untuk berangkat. Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya ramai kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya. Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku.
Dia Yahudi totok. Yahudi tetap Yahudi. saya tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini. cukuplah. saya hanya menantikan saat untuk pulang. Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia saya semakin sayang kepadanya.
"Fir, boleh kukatakan sesuatu kepadamu..."
"Katakan Girl. Yang pasti saya mahu pulang ke tanah airku!"
"saya mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"
Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. saya ingat ketika pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil saya akan membawa balik seorang gadis Yahudi totok.
"Itu sesuatu yang sangat mustahil, Girl,"
"saya sudah buat keputusan...!" "Itu keputusan kamu, bukan saya!"
"saya telah ke musalla kampus minggu lepas,"
"Buat apa?"
Soalan itu tidak terjawab. saya masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini. saya tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula memuja wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya dan semua yang ada pada dirinya. Akan tetapi saya masih mampu bertahan. Ini soal besar, membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci. Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku. Beberapa musim yang lalu. saya sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit dalam keadaan biasa.
Tetapi saya dan Girl akan mengambil masa yang lebih. Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan. Sering juga saya dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach, mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di hujung sebelah utara. Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra Road. Semuanya menjadikan saya dan Girl seperti sepasang kekasih. Tetapi dia tetap musuh kepadaku. saya tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.
"saya serius Fir...!"
"Maksud kamu Girl?"
"saya mahu terus berada di sampingmu..."
"Hanya untuk itu?"
"Tidak Fir. saya sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"
"Sukar untuk kupercaya, Girl!"
"Terpulang! Tapi saya akan buktikan kepadamu Fir,"
Mata birunya kulihat basah. Tangisan itu masih meragukan hatiku. Benarkan dia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu memerangkap saya, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya. Adakah saya akan tewas dengan air mata itu. saya pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu saya dengan permintaan yang sama. Akan tetapi saya terpaksa bertegas, walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung, seperti baru selesai solat ketika saya ke kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan. Ketika saya mula bertugas di ibu kota. saya mula mendapat surat elektronik daripada Girl.
Dalam e-melnya, dia masih merayu agar saya berbuat sesuatu. Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya saya memberikan kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv. Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan saya masih tidak percaya. Dua tahun selepas saya pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila saya membuka kotak e-mel. saya terperanjat dengan isi kandungannya.
Fir. saya merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun saya sedar kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. saya hormat pendirianmu. saya sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air. saya tidak menyalahkanmu. Kini saya sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri. Maafkan saya Fir. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth. Seperti yang kujanjikan padamu. saya sudah berhijrah dan akan terus berhijrah. Untuk e-mel terakhir ini. saya nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa saya benar-benar mencintaimu. Selamat tinggal Fir. Akan kubawa cinta suciku hingga mati. Dariku, Habibah Firdaus Abdullah @ Girl
Malam itu saya terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network. Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang kukenali. Abigail yang benar-benar telah berhijrah.
Malam itu juga saya berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku. Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid.

renungan bersama...
Kite Di Ziarah Setiap 21 Minit...
Kita di ziarah MalaiKat maut setiap 21 MiniT?SeramNye. ..
BIsMillahirrahmanir rahimm...
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A,
bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwe malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade
yg sedang gelak ketawe. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku
melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut
nyawanye, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawe".
Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati
oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiase mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai & sentiase sedar terhadap kehadiran malaikat
maut, kerane mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg
menjelaskan mengenai perkare-perkare ghaib, terutame mengenai hal
ehwal mati dan hubungannye dgn malaikat maut.
1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20. 571 minit
INI BERMAKNE MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT
__._,_.___

Saturday, March 29, 2008
Betapa Manisnya Qiamullail

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Dimuka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra,dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada,kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh::Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengangelap. Dan apabila terbitnya matahari maka sayaberdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!Abu Sulaiman pula berkata::Jikalau tidaklahkerana malam nescaya saya tidaklah menyukaitinggal di dunia ini.Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.Pada waktu malam juga akan ada satu detik dimana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikanpada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan ebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud:Dua rakaat yang dikerjakan oleh hambapada waktu tengah malam adalah lebih baik baginyadari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberikesukaran kepada umatku, nescaya sayawajibkan kedua rakaat itu atas mereka;Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untukkesuraman kubur;Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidupcintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allahmenyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepadakita namun kepayahan untuk menghidupkanmalam lebih ketara lagi kerana syaitan turutmemainkan peranan dengan bersungguh-sungguhmenghalang manusia melakukannya.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tigaikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitanmemukul tiap-tiap tempat ikatan tersebutsepanjang malam sehingga tertidurlah kamu.Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allahs.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalauberwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dankalau bersolat nescaya terbukalah semuanya.Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya.Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi kejijiwa dan malas.Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalahkebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu.Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla,menutup segala dosa, menghilangkan segalapenyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz."
Thursday, March 27, 2008
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Semoga warkah cinta ini sedikit sebanyakmenjadi tauladan kepada saudara seislam yang ana kasihi dan dijauhi daripada sebarang mazmumah. Wallahua’lam…
Setelah sekian lama berjalan, melihat dan mentafsir, akhirnya dengan kehendak Allah s.w.t ana menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar yang melanda setiap jiwa remaja. Setiap malam masa dibuang dan dihabiskan dengan bermesej dan berbual dengan pasangan masing-masing. Penghijab antara mereka dengan dunia realiti adalah bantal yang diletakkan di atas muka agar suara manja mereka tidak jelas kedengaran. Hati ini amat sedih, pilu, terkilan, kecewa dan kasihan melihat majoriti remaja begitu keadaannya. Perlakuan sebegitu sudah dianggap biasa malah menjadi perkara yang dibangga-bangga. Na’uzubillah…
Ya Allah, Engkau sebagai pemilik hati insan dan Tuhan yang menganugerahkan rasa cinta sesama manusia, maka peliharalah hati kami daripada perkara yang tidak Engkau redhai. Engkau bimbinglah kami dan pimpinlah hati-hati kami. Amin……!
Terlebih dahulu, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menjadikan ana yang jahil dan hina ini sebagai asbab dengan menggerakkan hati ana untuk menulis warkah ini. Semoga dengan sekelumit ilmu-Nyayang akan disampaikan dalam warkah ini dapat membantu mengetuk pintu kelalaian dalam hati kita dengan kehendak-Nya. Insyaallah…
Cinta fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh dari falsafah asalnya. Ingatlah bahawa Allah adalah pemilik dan pemegang hati setiap insan. Maka sesiapa yang telah dianugerahkan perasaan cinta dalam hati, semoga merekamemimpin cinta itu ke destinasi yang abadi…nun di Taman Firdausi, keranaseperti yang kita serimg dengar “cinta itu buta”, tidak kenal destinasinya. Namun, apa yang dapat kita lihat, ramai yang berselindung dengan mengatakan mereka bercinta kerana Allah s.w.t. Bercinta kerana Allah kah jika saban harihati semakin jauh dari mengingati-Nya? Kalau dulu hati sering berzikir tapi kini hati sering ingat nama si dia saja, sering memujuk untuk berjumpa. Bercinta kerana Allah itu cuma hiasan untuk nafikan kelalaian hati. Adakah cinta yang dijalinkan kerana Allah itu melalaikan? Kadang-kadang kita salah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk itu sendiri. Allah pula diketepikan. Mungkin matlamat sudah betul dan jelas tapi caranya tidak syara’. Ketahuilah, matlamat tidak menghalalkan cara. Setiap yang membawa kepada yang haram adalah haram.
Sepertimana yang kita ketahui, dalam Islam tiga perkara perlu disegerakan iaitu apabila solat telah masuk waktunya, apabila jenazah hendak dikebumikan, dan apabila gadis telah bertemu calon suami. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, salah satu cirri cinta kerana Allah adalah pasangan segera dijodohkan. Dengan itu kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan semasa bercinta.
Jatuh hati tidak salah. Perasaan itu anugerah Allah. Tetapi kalau ia melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan salah yang tidak diredhai Allah s.w.t. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa agar Allah pelihara perasaan cinta itu. Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti bermesej, bergayut di telefon dan bermujahadah untuk membuang namanya dalam solat dan lain-lain. Untuk bermujahadah kepada kebaikan memang susah. Keterangan Allah dalam surah-Nya yang kelima (Al-Maidah: 41), tafsirnya menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia akan menghijab dirinya daripada kebenaran. Hatinya dibiar angguk pada kesesatan. Bukan sahaja menerima perkara batil malah menyukainya. Kemudian, apabila kebenaran dating tanpamemenuhi selera dia menolak dan mendustakannya. “kenapa tidak?”, “why not?”, “I don’t think so!” dan macam-macam lagi. Hatinya sudah gelap kerana ditutupi dengan titik-titik hitam. Jadi, kita kena sentiasa sucikan hati kerana hati adalah raja yang memerintah selurah amalan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Janganlah kalian lalai maka kalian akan lupakan rahmat”. Oleh itu, jika ada lintasan di hati untuk berhijrah dari jiwa lalai kepada jiwa yang cintakan Allah s.w.t. maka bersegeralah lakukannya kerana percayalah itu adalah lintasan benar dari Allah s.w.t. Itu merupakan hidayah yang tidak datang selalu. Jika sering ditangguh mungkin ia akan ditarik balik. Wallahua’lam…
Berbalik kepada cerita kita tadi, ya…cinta itu buta. Bukan sahaja tidak kenal sesiapa malah tidak kenal batas halal dan haram juga. Dalam bercinta liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih. Yang berjumpa alasannya “tidak pegang-pegang pun”, yang pegang-pegang alasannya “alah tidak berzina”, yang berzina pula alasannya “tidak sampai pregnant”. Mereka menganggap seolah-olah yang dibuat tidak salah!
Di usia kita ini, cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatillah, takutkan Allah. Sebenarnya Allah s.w.t. jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Seperti ayat Allah dalam Kitab Silahul Ummah a’la Huda as-Sunnah: “Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah yakni ujian untuk Allah lihat sejauh mana kita bersabar dengan ujian itu.” Dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat. Ya, memang susah untukmelawan ujian yang berkaitan dengan perasaan ini. Tapi, benda yang susah inilah satu imtihan dari Allah untuk uji tahap iman kita. Tidak inginkah kita berusaha mencapai tahap keimanan 4 flat? Iaitu mencari kesempurnaan iman! Sabarlah dulu pada setiap rangsangan nafsu. Bukankah yang haram itu sekejap sahaja? Selagi belum bersedia untuk berkahwin. Didiklah nafsu agar tidak menguasai akal. Walaupun susah tetapi ingatlah janji Allah, “Barangsiapa yang inginkan kebaikan nescaya Allah permudahkan jalan ke arh itu.”
Akhir kata, cinta manusia itu sementara dan biasanya memberi kelalaian serta angan-angan dalam hidup manusia itu sendiri. Apa yang angan-angan beri kepada kita? Melalaikan dari Pencipta? Malulah untuk melakukan perkara yang tidak Allah redhaisebab kita hanya bertaraf hamba Allah sahaja di muka bumi milik-Nya ini. Tugas kita adalah beribadah kepada Allah. Sepertimana yang kita tahu segala perkara yang diniatkan kepada Allah dikira ibadah dan pasti ada ganjarannya. Malaikat Raqib setiap saat akan mencatit markah untuk exam di dunia ini. Resultnya nun di akhirat nanti. Semoga sebesar zarah pun kebaikan yang dibuat akan dapat membantu memberatkan timbangan amalan di neraca mizan, insyaalah. Walau bagaimanapun, put your trust in Allah. Yakinlah dengan Allah. Di sini ana akhiri dengan janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur: 24 “Wanita solehah adalah untuk lelaki yang soleh”.
Perkenanlah aku mencintai-Mu semampuku

Perkenanlah aku mencintai-Mu semampuku Tuhanku,Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMuLembar demi lembar kitab kupelajariUntai demi untai kata para ustadz kuresapiTentang cinta para nabiTentang kasih para sahabatTentang mahabbah para sufiTentang kerinduan para syuhadaLalu kutanam di jiwa dalam-dalamKutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awanTapi Rabbii,Berbilang detik, menit, jam, hari, pekan, bulan dan kemudian tahun berlaluAku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama, tapiAku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMuAku makin merasakan gelisahku membadaiDalam cita yang mengawangSedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumiHingga aku terhempas dalam jurangDan kegelapanWahai Ilahi,Kemudian berbilang detik, menit, jam, hari, pekan, bulan dan tahun berlaluAku mencoba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwakukembaliMenatap, memohon dan menghibaMu:Allahu Rahiim, Ilaahi Rabbii,Perkenankanlah aku mencintaiMu,SemampukuAllahu Rahmaan, Ilaahi RabiiPerkenankanlah aku mencintaiMuSebisakuDengan segala kelemahankuIlaahi,Aku tak sanggup mencintaiMuDengan kesabaran menanggung deritaUmpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafaKarena itu izinkan aku mencintaiMuMelalui keluh kesah pengaduanku padaMuAtas derita batin dan jasadkuAtas sakit dan ketakutankuRabbii,Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar, yang menyedekahkan seluruhhartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.Atau layaknya Umar yang menyerahkan separo harta demi jihad. Atau Utsmanyang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dienMu. Izinkan akumencintaiMu, melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangankecil di perempatan jalan, pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan dipojok-pojok jembatan. Pada makananmakanan sederhana yang terkirim ke handaitaulan.Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya shalat salah seorangshahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu, dalamshalat yang coba kudirikan terbata-bata, meski ingatan kadang melayang keberbagai permasalahan dunia.Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib, yang membaktikanseluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untukmencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku. Dalam satu dua sunnah nafilahMu.Dalam desah napas kepasrahan tidurku.Yaa, Maha Rahmaan,Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah, yangmenuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam. Perkenankanlah akumencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku. Lewat lantunanseayat dua ayat hafalanku.Yaa RahiimAku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah, yang mempersembahkan jiwa demitegaknya DienMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnyabagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikitbakti dan pengorbanan untuk dakwahMu. Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengansedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya, bagai Ibrahimyang rela tinggalkan putra dan zaujahnya, dan patuh mengorbankan pemuda bijimatanya. Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya. Izinkan akumencintaiMu dengan mencintai keluargaku, dengan mencintai sahabat-sahabatku,dengan mencintai manusia dan alam semesta.Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi RabbiiPerkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalamjiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku...
MAWAR ITU PENUH DURI..
MAWAR ITU PENUH DURI..Nun berada dihujung laman ,sekuntum mawar menarik lirikanku,kulihat segar dan indah berseri,dengan kilauan cahaya suria mula bersemi,terbias dengan titis embun pagi,yag menumpang dikelopaknya itu.Mawar itu penuh duri,menjadi pelindung maruah dan kesuciannya,dari tangan derhaka dan penuh gelora,yang selalu menghambat ketika leka,yang kelihatan sufi tetapi iri.Mawar itu penuh duri,sengaja ku biarkan ia mekar di lamanku,berayun lembut dihembus angin pagi,meratib wirid dan zikir kasihnya,untuk peciptanya sejak azali,Hanya mengharap Nur Ilahi panduan diri.Mawar itu penuh duri,kulihat lesu dan mula layu,lantas ku hadirnya padanya dengan pekerti,menyiraminya dengan keikhlasan,membajainya dengan budi,agar mawar berduri itu sentiasa teguhdalam menyantuni ajaran Tuhannya,dengan sepenuh jiwa raganya.dengan semurni bersih di hatinya....
wanita seindah hiasan dunia
Bismillahirrahmanirrahim....buat setiap insan bernama perempuan hayatilah bait-bait kata karangan saudara kita(maaf ana tak mengenali dirinya) untuk kita sama-sama jadikan panduan dalam menongkah arus akhir zaman yang akan melemaskan sesiapa yang alpa dan leka........
Ukhti fillah,"Engkau adalah bunga kehidupan, teramat sayang memperlakukanmu dengan kasar kerana hal itu akan merosakkan keindahan yang ada dalam dirimu dan menodai kesempurnaannya sehingga menjadikannya layu tak berseri. Allah telah memuliakanmu, mensucikanmu dan mengangkat darjatmu dalam agama ini, kerananya raihlah ia dengan memupuk ketaatanmu pada-Nya, meniti benang-benang kehidupanmu di atas jalan Allah dan manhaj Rasulnya agar kebahagiaan tak pernah jemu menghampirimu. Ingatlah selalu firman-Nya:"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Al -Ahzab: 71)."Camkanlah selalu dalam hatimu, bahawa berjalan di atas kebenaran (sunnah) ibarat memegang bara api, banyak aral dan rintangan yang menghalangimu. Lihatlah keluar, musuh kita bersatu padu untuk mengahancurkan kita. Dengan segenap daya dan upaya mereka ingin agar kita melepaskan pakaian akhlak dan rasa malu dari diri kita, sehingga mereka lebih berleluasa meratah agama ini. Aku tidak ingin, dirimu dan juga diriku (dengan izin Allah) menjadi korban serigala-serigala liar itu. Kerana itu palingkan wajahmu dari mereka dan sambutlah dengan penuh suka cita jalan kebenaran yang ditawarkan Allah dan Rasul-Nya. Peganglah tali kendali itu dengan sekuat tenaga agar tidak jatuh dalam kehancuran. Buatlah mereka marah dan sedih dengan keteguhanmu berpegang pada agamamu, dengan menjaga rasa malumu dan beriltizam dengan hijabmu".Ukhti fillah!!"Sesungguhnya mereka iri dengan apa yang kita miliki, wanita-wanita mereka telah terperosok jauh dalam kubangan dosa, kehinaan dan maksiat sehingga tidak ada lagi yang bisa diharapkan. Sedangkan engkau??? Engkau adalah wanita berkedudukan tinggi, engkau wanita dengan kemuliaan, kesucian dan kehormatan yang tinggi. Kedudukanmu tinggi kerana Al -Qur'an, engkau mulia dengan iman dan suci kerana engkau berpegang teguh pada agama ini. Oleh kerana itu engkau adalah mutiara yang teramat mahal, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya apalagi menyakitinya. Itulah kelebihan dan keistimewaan yang tidak akan kau dapati selain dalam agama ini".Maka wahai ukhti fillah Al 'Afifah, yang senantiasa solat dan sujud kepada zat yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya, dan menundukkan pendengaran dan penglihatan untuk-Nya, cukuplah hadis Rasulullah berikut sebagai penyejuk hati :"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).Ya, engkau adalah sebaik-baik perhiasan dunia, engkau adalah harapan agama, yang diharapkan dapat melahirkan generasi robbani. Perhiasan itu tidak mudah didapat, harganya terlalu mahal dan menjaganya pun tidaklah mudah. Setiap abdi Allah ingin mendapatkannya, namun tidak semua bisa memilikinya. Ia memberikan kesejukan di kala hati gersang dan menyegarkan pandangan di kala mata suram. Perhiasan dunia itu, dalam kehidupannya senantiasa menampakkan kemuliaan dirinya. Bagaikan sekuntum mawar yang sedang mekar, harumnya tergambar dari peribadinya yang santun. Tunduk pandangannya, tegas bicaranya.Sedikitpun tidak ada keraguan jika meninggalkannya di rumah. Ia menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dan senantiasa menjaga kehormatan diri dan suaminya. Dalam kehidupan sehari-hari sentiasa diselimuti prestasi. Ia tahu mana kegiatan yang disukai Robbnya , untuk itu ia tidak pernah putus asa. Ia senantiasa menjaga kesucian dirinya. Tidak mudah mengeksploitasi diri dan kehormatannya, apalagi hanya sekadar menggodanya. Kerana ingatlah selalu, bunga istimewa hanya untuk yang istimewa.Ukhti fillah! "Itulah gambaran tentang dirimu. Sungguh teramat agung kedudukanmu. Maka sentiasalah bersyukur kepada-Nya atas semua kurnia, rahmat dan petunjukNya. Takutlah engkau pada Allah dan laksanakan tugas-tugas yang Dia wajibkan kepadamu agar engkau termasuk dalam golongan hamba-Nya yang selamat dan bahagia di dunia maupun di akhirat. Bertaqwalah kepada Allah, semoga Allah memberikanmu taufiq kepada apa-apa yang dicintai dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca".wallahu'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)