Followers

Monday, March 31, 2008

Demi kerana kasih lahir dia mencintai

Demi kerana kasih lahir dia mencintai

Demi kerana cinta lahir dia merindui...
Kini, demi kerana kasih Ilahi dia berhijrah...
Demi cinta sejati Ilahi dia meraih jihad fisabilillah...

KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade. saya lantas menghulurkan bantuan. Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.
"Mahu ke mana?" sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.
"University of Wales!" jawabnya sambil menyebak rambut perang yang melitupi wajah pucat. Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang. Kehairanan mungkin. "Baru tiba?!"
"Emm...!!"
"Dari mana?"
"Tel Aviv!"

Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan.Namun, kami cepat-cepat berlakon selamba. Seperti tidak ada apa-apa. Walaupun sebenarnya di antara saya, Firman dan Akashah dengan gadis itu seperti langit dengan bumi. Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada itu.

Dia Yahudi totok barangkali. Bagaimana harus saya melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.
"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!", ada nada merayu simpati dalam ungkapannya. Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu, mungkin empat tahun. saya hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan. Dia Yahudi totok, musuh sejak lama. Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa, budaya, apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub dalam kitab-kitab utama. Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar. saya melaksanakan tugas kemanusiaan, tanpa mahu berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya. saya segera beredar, sambil membuang segala ingatan tentangnya. Minta dijauhkan daripada bertemu lagi. Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan keturunanku, apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku.

Tidak kuduga, dia tinggal sekolej denganku. Ah, kebetulan. Waktu makan malam hari berikutnya. saya disapa dari belakang. Malah dia mendesak saya untuk duduk semeja. Barangkali mahu mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior. saya yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi.
"Saya Abigail Netanya," tangan putihnya pantas dihulur.
saya teragak-agak menerima salam perkenalan itu. saya berasa diperhatikan oleh seribu mata, terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanah air seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.
"Saya Firdaus!" saya menyambut salam perkenalan itu. Tidak manis tidak menerima salam orang lain. Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan agama. Dan malam itu saya duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi totok. saya lebih banyak diam daripada bercakap. Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa saya akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.
Sekali lagi saya bertekad untuk berbuat sesuatu. saya tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru itu.Sepanjang malam saya terbayang kerakusan serangan di Ramallah. saya terbayang ledakan-ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin.
Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir. Yang tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin negara. Esoknya, dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. saya tidak dapat menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland Street, Bath Street sehingga ke Queen's Avenue. saya mula merasakan sesuatu.
"Abigail...!
"Panggil saya Girl...!"
"Tidak perlu saya.."
"Itu nama manjaku. Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"
"Maksudku..." Hilang. Kata-kata itu hilang tanpa sempat saya meluahkannnya. saya tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan. Sebenarnya saya sedang bermusuh dengannya. saya tahu yang dia cukup mengerti tentang itu. Lebih-lebih lagi apabila saya memberitahu bahawa saya beragama Islam, datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
"saya sayang kamu Fir...!"
"Ti.. tidak! Tidak mungkin...!"
"Cinta tidak mengira agama Fir...!"
"Tetapi, kita tidak boleh meneruskannya..."
"Siapa kata tidak?!"
"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh begini...!"

Dalam tidak mahu itu. saya semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. saya semakin terpengaruh dengan musuh itu. saya amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam selimutku sendiri. saya perlu bertindak pantas. saya berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morgan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay. Biarpun kucekalkan hati. saya sebenarnya mula berasa kehilangan seketika. Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.

"Kaulari daripada saya Fir?"
"Tidak! Tidak Girl. Cuma saya..."
"Kau membenci saya! Hanya kerana saya Yahudi,"
"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"
"Fir. saya kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi. Tetapi saya manusia biasa seperti kamu, seperti Firman dan Akashah. Di Tel Aviv saya menyertai pertubuhan antikeganasan. Kautidak boleh membuat generalisasi terhadap saya!"
"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan, Girl. Tidak lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"
"saya mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!" saya bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis berambut perang itu. saya buntu, tetapi saya tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini. saya tidak harus menyerah.

Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. saya akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku. Akhirnya, saat yang kunantikan tiba juga. Setelah dua tahun saya berdepan dengan musuh keturunan dan agama. saya menunggu saat untuk berangkat. Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini dan punya ramai kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya. Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin. Itulah yang ada dalam fikiranku.

Dia Yahudi totok. Yahudi tetap Yahudi. saya tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini. cukuplah. saya hanya menantikan saat untuk pulang. Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia saya semakin sayang kepadanya.

"Fir, boleh kukatakan sesuatu kepadamu..."
"Katakan Girl. Yang pasti saya mahu pulang ke tanah airku!"
"saya mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"

Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. saya ingat ketika pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil saya akan membawa balik seorang gadis Yahudi totok.
"Itu sesuatu yang sangat mustahil, Girl,"
"saya sudah buat keputusan...!" "Itu keputusan kamu, bukan saya!"
"saya telah ke musalla kampus minggu lepas,"
"Buat apa?"

Soalan itu tidak terjawab. saya masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini. saya tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula memuja wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata birunya dan semua yang ada pada dirinya. Akan tetapi saya masih mampu bertahan. Ini soal besar, membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci. Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku. Beberapa musim yang lalu. saya sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit dalam keadaan biasa.

Tetapi saya dan Girl akan mengambil masa yang lebih. Terutamanya apabila Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan. Sering juga saya dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach, mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di hujung sebelah utara. Atau kami berpeleseran di stesen bas di Alexandra Road. Semuanya menjadikan saya dan Girl seperti sepasang kekasih. Tetapi dia tetap musuh kepadaku. saya tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.

"saya serius Fir...!"
"Maksud kamu Girl?"
"saya mahu terus berada di sampingmu..."
"Hanya untuk itu?"
"Tidak Fir. saya sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"
"Sukar untuk kupercaya, Girl!"
"Terpulang! Tapi saya akan buktikan kepadamu Fir,"

Mata birunya kulihat basah. Tangisan itu masih meragukan hatiku. Benarkan dia ikhlas dengan semua yang diperkatakan. Atau dia sengaja mahu memerangkap saya, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya. Adakah saya akan tewas dengan air mata itu. saya pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu saya dengan permintaan yang sama. Akan tetapi saya terpaksa bertegas, walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung, seperti baru selesai solat ketika saya ke kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan. Ketika saya mula bertugas di ibu kota. saya mula mendapat surat elektronik daripada Girl.

Dalam e-melnya, dia masih merayu agar saya berbuat sesuatu. Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati sekiranya saya memberikan kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv. Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan saya masih tidak percaya. Dua tahun selepas saya pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila saya membuka kotak e-mel. saya terperanjat dengan isi kandungannya.

Fir. saya merayu untuk sekian kalinya kepadamu. Namun saya sedar kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. saya hormat pendirianmu. saya sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air. saya tidak menyalahkanmu. Kini saya sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri. Maafkan saya Fir. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth. Seperti yang kujanjikan padamu. saya sudah berhijrah dan akan terus berhijrah. Untuk e-mel terakhir ini. saya nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa saya benar-benar mencintaimu. Selamat tinggal Fir. Akan kubawa cinta suciku hingga mati. Dariku, Habibah Firdaus Abdullah @ Girl

Malam itu saya terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network. Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua puluh remaja rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang kukenali. Abigail yang benar-benar telah berhijrah.

Malam itu juga saya berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam hidupku. Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid.

No comments: