Followers

Thursday, March 27, 2008

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Semoga warkah cinta ini sedikit sebanyakmenjadi tauladan kepada saudara seislam yang ana kasihi dan dijauhi daripada sebarang mazmumah. Wallahua’lam…

Setelah sekian lama berjalan, melihat dan mentafsir, akhirnya dengan kehendak Allah s.w.t ana menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar yang melanda setiap jiwa remaja. Setiap malam masa dibuang dan dihabiskan dengan bermesej dan berbual dengan pasangan masing-masing. Penghijab antara mereka dengan dunia realiti adalah bantal yang diletakkan di atas muka agar suara manja mereka tidak jelas kedengaran. Hati ini amat sedih, pilu, terkilan, kecewa dan kasihan melihat majoriti remaja begitu keadaannya. Perlakuan sebegitu sudah dianggap biasa malah menjadi perkara yang dibangga-bangga. Na’uzubillah…

Ya Allah, Engkau sebagai pemilik hati insan dan Tuhan yang menganugerahkan rasa cinta sesama manusia, maka peliharalah hati kami daripada perkara yang tidak Engkau redhai. Engkau bimbinglah kami dan pimpinlah hati-hati kami. Amin……!

Terlebih dahulu, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menjadikan ana yang jahil dan hina ini sebagai asbab dengan menggerakkan hati ana untuk menulis warkah ini. Semoga dengan sekelumit ilmu-Nyayang akan disampaikan dalam warkah ini dapat membantu mengetuk pintu kelalaian dalam hati kita dengan kehendak-Nya. Insyaallah…

Cinta fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh dari falsafah asalnya. Ingatlah bahawa Allah adalah pemilik dan pemegang hati setiap insan. Maka sesiapa yang telah dianugerahkan perasaan cinta dalam hati, semoga merekamemimpin cinta itu ke destinasi yang abadi…nun di Taman Firdausi, keranaseperti yang kita serimg dengar “cinta itu buta”, tidak kenal destinasinya. Namun, apa yang dapat kita lihat, ramai yang berselindung dengan mengatakan mereka bercinta kerana Allah s.w.t. Bercinta kerana Allah kah jika saban harihati semakin jauh dari mengingati-Nya? Kalau dulu hati sering berzikir tapi kini hati sering ingat nama si dia saja, sering memujuk untuk berjumpa. Bercinta kerana Allah itu cuma hiasan untuk nafikan kelalaian hati. Adakah cinta yang dijalinkan kerana Allah itu melalaikan? Kadang-kadang kita salah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk itu sendiri. Allah pula diketepikan. Mungkin matlamat sudah betul dan jelas tapi caranya tidak syara’. Ketahuilah, matlamat tidak menghalalkan cara. Setiap yang membawa kepada yang haram adalah haram.

Sepertimana yang kita ketahui, dalam Islam tiga perkara perlu disegerakan iaitu apabila solat telah masuk waktunya, apabila jenazah hendak dikebumikan, dan apabila gadis telah bertemu calon suami. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, salah satu cirri cinta kerana Allah adalah pasangan segera dijodohkan. Dengan itu kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan semasa bercinta.
Jatuh hati tidak salah. Perasaan itu anugerah Allah. Tetapi kalau ia melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan salah yang tidak diredhai Allah s.w.t. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa agar Allah pelihara perasaan cinta itu. Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti bermesej, bergayut di telefon dan bermujahadah untuk membuang namanya dalam solat dan lain-lain. Untuk bermujahadah kepada kebaikan memang susah. Keterangan Allah dalam surah-Nya yang kelima (Al-Maidah: 41), tafsirnya menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia akan menghijab dirinya daripada kebenaran. Hatinya dibiar angguk pada kesesatan. Bukan sahaja menerima perkara batil malah menyukainya. Kemudian, apabila kebenaran dating tanpamemenuhi selera dia menolak dan mendustakannya. “kenapa tidak?”, “why not?”, “I don’t think so!” dan macam-macam lagi. Hatinya sudah gelap kerana ditutupi dengan titik-titik hitam. Jadi, kita kena sentiasa sucikan hati kerana hati adalah raja yang memerintah selurah amalan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Janganlah kalian lalai maka kalian akan lupakan rahmat”. Oleh itu, jika ada lintasan di hati untuk berhijrah dari jiwa lalai kepada jiwa yang cintakan Allah s.w.t. maka bersegeralah lakukannya kerana percayalah itu adalah lintasan benar dari Allah s.w.t. Itu merupakan hidayah yang tidak datang selalu. Jika sering ditangguh mungkin ia akan ditarik balik. Wallahua’lam…

Berbalik kepada cerita kita tadi, ya…cinta itu buta. Bukan sahaja tidak kenal sesiapa malah tidak kenal batas halal dan haram juga. Dalam bercinta liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih. Yang berjumpa alasannya “tidak pegang-pegang pun”, yang pegang-pegang alasannya “alah tidak berzina”, yang berzina pula alasannya “tidak sampai pregnant”. Mereka menganggap seolah-olah yang dibuat tidak salah!

Di usia kita ini, cinta perlu dihijab dengan iman dan khasyatillah, takutkan Allah. Sebenarnya Allah s.w.t. jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Seperti ayat Allah dalam Kitab Silahul Ummah a’la Huda as-Sunnah: “Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah yakni ujian untuk Allah lihat sejauh mana kita bersabar dengan ujian itu.” Dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat. Ya, memang susah untukmelawan ujian yang berkaitan dengan perasaan ini. Tapi, benda yang susah inilah satu imtihan dari Allah untuk uji tahap iman kita. Tidak inginkah kita berusaha mencapai tahap keimanan 4 flat? Iaitu mencari kesempurnaan iman! Sabarlah dulu pada setiap rangsangan nafsu. Bukankah yang haram itu sekejap sahaja? Selagi belum bersedia untuk berkahwin. Didiklah nafsu agar tidak menguasai akal. Walaupun susah tetapi ingatlah janji Allah, “Barangsiapa yang inginkan kebaikan nescaya Allah permudahkan jalan ke arh itu.”

Akhir kata, cinta manusia itu sementara dan biasanya memberi kelalaian serta angan-angan dalam hidup manusia itu sendiri. Apa yang angan-angan beri kepada kita? Melalaikan dari Pencipta? Malulah untuk melakukan perkara yang tidak Allah redhaisebab kita hanya bertaraf hamba Allah sahaja di muka bumi milik-Nya ini. Tugas kita adalah beribadah kepada Allah. Sepertimana yang kita tahu segala perkara yang diniatkan kepada Allah dikira ibadah dan pasti ada ganjarannya. Malaikat Raqib setiap saat akan mencatit markah untuk exam di dunia ini. Resultnya nun di akhirat nanti. Semoga sebesar zarah pun kebaikan yang dibuat akan dapat membantu memberatkan timbangan amalan di neraca mizan, insyaalah. Walau bagaimanapun, put your trust in Allah. Yakinlah dengan Allah. Di sini ana akhiri dengan janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur: 24 “Wanita solehah adalah untuk lelaki yang soleh”.

No comments: