Followers

Saturday, November 1, 2008

:: Muhasabah, binalah kekuatan diri ::

Bila berjalan-jalan ke blog sahabat, seronok membaca hasil tulisan yang mampu menyentuh hati, membuat diri ini tersedar kembali akan hakikat seorang hamba, hakikat Pencipta. Ramai di kalangan kita yang mengaku mencintai Allah, begitu mudah melafazkan tapi amat sukar untuk melaksanakan.

Buku hasil tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni, "Indahnya Cinta"yang saya pinjam dari seorang sahabat masih dalam simpanan, belum berkesempatan untuk mengkhatamnya. Isinya saya rasa amat menarik untuk dikongsi bersama.

Pengakuan sahaja memang mudah. Sebahagian kalangan orang-orang yang soleh berkata, "Janganlah kamu mudah menyatakan cinta kepada Allah dengan lidahmu, lalu kamu mengaku sudah mencintai-Nya!"

Lalu bagaimana dengan diri kita? Kadang-kadang kita perlu berusaha lebih untuk dapatkan sesuatu. Analoginya, sama seperti bila kita menghadapi peperiksaan, belajar sungguh-sungguh, ulangkaji, baca buku, buat nota, dan yang sewaktu dengannya. Apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat, dan kita tidak akan memperolehinya dengan mudah. Antara lain yang ditulis,

Sesungguhnya cinta itu tidak hanya sekadar dengan pengakuan sahaja. Setiap insan itu tentu harus mempunyai sembahan yang dicintainya. Oleh kerana itu , Ibnu Taimiyyah berkata, Manusia adalah makhluk yang mempunyai hasrat dan keinginan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih. Maka, hatinya harus mempunyai hasrat, dia harus melakukan sesuatu dan dia harus mempunyai sembahan yang menjadi tempat bergantung hatinya, iaitu Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi."

Dalam atsar ahlul kitab disebutkan bahawa Allah berfirman, "Sungguh telah berdusta orang yang mengaku cinta kepada-Ku. Ketika tiba waktu malam, malah dia enak tidur tanpa mempedulikan-Ku dan juga tidak bangun untuk bermunajat kepada-Ku."

Masyaallah...saya benar-benar tersentuh membaca kata-kata ini.
"Perkenankan aku mencintai-Mu semampuku Ya Allah, izinkan aku merasai lazatnya beribadah kepada-Mu...!" hati saya berbisik.

Kalau kita sanggup berjaga malam untuk study, kenapa kita tidak sanggup bangun pada waktu dinihari untuk bermunajat pada-Nya? Kalau kita mengaku mencintai-Nya, kenapa kita tidak sanggup untuk bangun bertemu dengan-Nya? Tidakkah ada rasa rindu untuk menagih kasih dan cinta dari-Nya?

Saya tak kuat untuk hidup berseorangan, sebab itu saya sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sering mengingatkan saya tentang-Nya. Saya rasa kuat bila ada yang memberi inzar dan nasihat. Pernah dapat mesej dari seorang sahabat yang rapat dengan saya, yang selalu missed call pukul 4 pagi, "Dah bangun belum? Bangunlah, minta kekuatan dari Allah." Saya cukup terkesan, walaupun ayat yang cukup simple.

Adakala kita perlu paksa diri juga. Daripada keterpaksaan, lahirlah kebiasaan dan keikhlasan. Kalau rasa malas perlu dilawan ketika belajar, rasa mengantuk juga perlu dilawan ketika qiamullail. "Kuatkah aku?" Teringat kata-kata seorang sahabat, "Kita perlu kuat untuk kuatkan orang lain. Kalau orang lain tak kuat, down, lemah semangat, maka kita perlu jadi sumber kekuatan baginya." Pulihkan kembali semangatnya yang pudar.

Masa di matrik dulu, zaiton selalu cakap dengan saya, "Kalau zai tengah tension, k.jie tak boleh tension jugak, kena semangat. Sebab, kena ada seorang yang kuat bila seorang lagi lemah. Tak boleh dua-dua down. Bila zai tengah semangat, baru boleh k.jie nak tension," ujarnya sambil tersenyum penuh makna. Saya cukup menyenangi adik saya yang seorang ni. "Rindunya kat zai..."


Berbicaralah dengan bahasa hati bila ingin menasihati. Menulis sebagai peringatan untuk diri, mudah-mudahan mampu membina kekuatan dan menjadi sumber kekuatan untuk orang lain. Biarlah lemah di sisi Allah, tapi kuat di sisi manusia.

"Buku tanpa IMAN adalah hanya perkataan yang dicetak, puisi tanpa IMAN adalah hanya perkataan yang digubah, dan akal tanpa IMAN adalah hanya sia-sia dan rugi belaka."

3 comments:

Anonymous said...

salam..bila terbc post ini, saya teringt akn satu hadis qudsi..Sesgghnya Allah SWT tlh berfirman: "Barangsiapa yg memusuhi wali(kekasihKu) maka Aku isytiharkan peperangan ke atasnya. Tdklah seorang hambaKu mendekatkan dirinya dgn mengerjakan amalan-amalan fardhu yg tlh Aku wajibkn ke atsnya melainkn ianya adalah lebih Aku sukai dari yg selainnya, dan berterusanlah hambaKu mengerjakan amalan-amalan nawafil(sunat) sehinggalah Aku menyintainya, maka apb Aku menyintainya, Aku akn menjadi telinganya yg dgnnya ia mendengar, penglihatannya yg dgnnya ia melihat, tangannya yg dgnnya ia menggenggam dan kakinya yg dengannya ia berjalan dan sekiranya ia meminta dariKu, Aku akn menunaikan permintaannya itu dan sekiranya ia meminta perlindungan dariKu, Aku akn melindunginya"

indahnya janji Dia pada hambaNya yg betul2 mencintaiNya..jom kita sama-sama mujahadah..:)

Anonymous said...

salam.. ske bce entry k.jie... amt brmakna.. insyaAllah, sama2lah kita slg menguatkan antra satu sma lain... syg k.jie byk2...

Anonymous said...

wkmslm..insyaallah, mg2 kite dpt sm2 mjhdh & istqmh, niat yg baik Allah akn pmudahkn, ykin dgn-NYA...(^_~)