Seronoknya orang yang dah habis exam, dah balik kampung. Saya masih ada lagi satu paper ahad ni, 9hb...Pagi semalam seorang adik junior call saya, mengadu tak puas hati jawab exam.
"K.jie kat mana?"
"Bilik. Kenapa, nak study kat library ke?" tanya saya. Ingatkan dia nak ajak study sama-sama.
"Taklah, ingatkan k.jie ada kat luar. Izyan baru habis exam ni...K.jie, sedihnya tak dapat jawab", dia mengadu.
"Takkanla tak dapat jawab semua. Carry mark ok kan?"
"Mdm tak bagitau lagi... K.jie, bagila kata-kata semangat kat izyan, sedih ni..."
Saya sendiri pun memerlukan kata-kata semangat sebenarnya, still mengadap buku, dahla tebal buku tu!
"Hm, izyan mesti boleh, exam dah lepas ok la tu. Jangan sedih-sedih lagi, jangan putus asa tau! Kita tak boleh mengalah sebelum tiba ke saat terakhir,selagi result belum keluar. Macam sekarang, walaupun izyan dah habis exam, masih ada masa lagi untuk berdoa. Tawakkal, minta dengan Allah, jangan tension." pujuk saya.
Dan semalam, dapat satu mesej dari adik junior jugak, tapi yang ni masih berada di matrik. Dia forward result final examnya pada saya. Saya tengok ada A, ada B, ada C, dan ada yang failed. Kat bawah tu dia tulis "K.jie, irah rasa tak kuat nak hadapi kenyataan ni..." lagi seorang mengadu dengan saya.
Lalu saya pun reply mesej tersebut,
Lalu saya pun reply mesej tersebut, "Semua orang pernah gagal,dik. Bila fikir2 balik, banyak hikmahnya, Allah nak kita belajar dari kegagalan tu dan usaha lebih lagi. Hal macam ni mengajar kita jadi lebih sabar, bila jatuh kita kena bangkit, bukannya terus bersedih. Tak mudah nak dapat apa yang kita nak, bila kita dah bersusah-payah baru dapat, kita akan lebih menghargai apa yang kita peroleh. Be strong, dik! Terus usaha & doa. Ingat, jangan putus asa dari rahmat Allah, perjalanan masih jauh, masih panjang. Insyaallah Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kita, bukannya kita tak boleh berjaya, cuma mungkin lambat sikit. Husnuzzon dengan Allah ye, dik. Jangan down & tension..." begitulah lebih kurang yang saya bagitau dia. Terasa macam tujukan untuk diri sendiri pun ada.
Harap-harap sedikit sebanyak k.jie dapat bantu tenangkan perasaan adik-adik. Bila kita berkongsi apa-apa dengan orang, bukan orang tu saja yang dapat sesuatu, kita pun dapat manfaatnya jugak. Mungkin kata-kata tu dapat saya jadikan perangsang untuk diri sendiri. Sebab saya pun memang risau dengan final exam ni dan tak puas hati dengan carry mark, huhu... Saya letakkan tawakkal pada Dia lebih dari usaha saya sendiri. Walaupun kita dah usaha, dah habis exam sekalipun, jangan pernah berhenti berdoa. Jangan putus asa! Biarlah apa yang kita buat dan setiap langkah kita diniatkan kerana Allah semata-mata...

1 comment:
assalamualaikum k.jie..
syukran atas inzarmu.
ssungguhnya setiap dari kita memerlukan taujih ruhiyah agar iman tidak futur dek hasutan dari makhluk durjana...
Post a Comment