Saya pun tak pasti bila baru dapat jumpa dia sebab dia bukan belajar kat sini. Jauh dia merantau menuntut ilmu di bumi Sydney, Australia. Saya bagitau dia, saya suka tengok langit, saya sukakan ketenangan. Then dia cakap,
"Saya pun suka tengok langit. Jie tau tak, langit kat sini cantik..."
Lepas tu dia bagi gambar ni kat saya. "Subhanallah, cantiknya!" Banyak lagi yang dia bagi sebenarnya, termasuklah gambar dia. Sebelum ni pernah je chatting, tapi tak lama macam tadi. Dan masa tengah menaip tadi..."Jie tengah tulis something ni..."
"Tulis something yang boleh saya sematkan dalam hati."
"Aduh, beratnya..."
"Ha, cabaran tu."
"Jie tak pandai la... bab-bab hati ni, dia kena ada feeling...idea je tak cukup..."
"When u speak something and it comes from ur heart, it will touch other people's heart."
Bila sahabat saya cakap macam tu, saya pun mulalah menaip pasal ni. Memang betul, bila kita cakap sesuatu melalui hati, it will touch people's heart. Dia akan terkesan dengan kata-kata kita. Tak percaya, cubalah. Sebab tu bila kita nak tegur atau nasihat orang, biarlah ikhlas, biarlah dari hati, supaya orang tu dapat terima.
One more thing, bila orang lihat kita sebagai qudwah, dan hati kita bersih (mudah2an, sentiasalah sucikan hati) orang akan terima nasihat kita dengan mudah. Atau paling tidak pun akan timbul perasaan segan dalam dirinya.
Let's continue my story...=) Saya tak pernah sangka akan jumpa sahabat yang sefikrah dan sehaluan dengan saya melalui alam maya. Perkenalan kami hanya bermula melalui blog. Ya, blog. Kami hanya ziarah blog masing-masing, kemudian berbual melalui ym. That's all. Bila kita bersahabat kerana Allah, hati-hati kita pun akan diikat kerana-Nya. Indahnya hidup ini jika ada sahabat yang mendidik dan membimbing, yang boleh membawa kita semakin dekat pada-Nya.
"Bersahabat dengan ahli ibadah kadang-kadang membuat diriku terasa hina, bersahabat dengan ahli maksiat kadang-kadang membuat diriku menjadi hina, namun jika aku menjauhi ahli ibadah maka jauhlah aku dari dakwahnya, dan jika aku menjauhi ahli maksiat, maka jauhlah aku untuk berdakwah kepadanya. Kerana itu aku perlu sentiasa menjadi hamba yang hina di hadapan-Nya."
Last buat sahabat saya, nurul fariena...(^^,)
"Andai sayangnya seseorang bukan kerana Allah, pasti kebaikannya tidak memberi erti, kesilapannya disalah erti, hatinya sering dilukai, jiwanya selalu disakiti… Namun, jika sayangnya seseorang kerana Allah, pasti segala kebaikan dan kesilapannya dipandang dengan mata hati, jiwa tak terguris dek rasa hati, hati tak terluka dek gurisan caci. Selamat mengatur langkah, moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuh insani."
5 comments:
betul kak..
robe pun dapat seorang sahabat di blog.
pangkat adikla.
tapi tak pasti sama fikrah ke tak.
insyaallah akan lebih rapat.
doakan..
"Binalah kasih sayang sesama insan demi kasih sayang Allah s.w.t."
Insyaallah, moga Allah pelihara ukhuwwah islamiyyah antara kita dan sahabat2 lain...(^^,)
Terujaku pada kata-kata imam Al-Ghazali yg mulia: "Ukhuwah itu bkn indahnya pd pertemuan, ttp pd ingatan seseorang terhadap saudaranya dlm doanya. Ku harapkn persahabatan ini kan terus mantap menjadi syafa'at terukir indah di pintu jannah"amin..
=)
Ameen...Allah knows the best...(^_~)
Kak Jie,
betul betul betul (^_^)
Kdg2, kwn yg jarang2 kite jumpe tu la yg slalu kite ingt~
Allah lah yg mengurus hati2 kita sume..
SubhanaAllah
Post a Comment