"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)"
~Surah Al- Baqarah, Ayat 22~
~Surah Al- Baqarah, Ayat 22~

Seawal jam 5.30 pagi, titis-titis hujan mula turun membasahi bumi menggantikan embun. Saya menyambung doa. Manik-manik jernih mengalir di pipi, walau tidak sederas hujan di luar. Bukankah ketika hujan merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa?
Semalam sudah dua biji soluble saya larutkan dalam air. Tapi tiada sebarang impak positif pagi ini, masih selesema. Hidung terasa pedih. Takpelah, kifarah dosa.
Saya menanti subuh. Sayup-sayup kedengaran laungan suara azan dari masjid UIA. Berselang-seli dengan suara guruh ketika itu. Saya menuju ke tingkap, membiarkan angin subuh menyapa wajah. Tiada tanda-tanda hujan mahu berhenti, malah semakin lebat. Kilat sabung-menyabung memancarkan cahaya di dada langit. Sangat terang.
Rintik-rintik hujan, suara guruh, halilintar beserta kilat, semuanya dari langit. Saya termenung dan merenung. Termenung memikirkan diri sendiri dan merenung kejadian Sang Pencipta. Alam ini penuh dengan keunikan dan keajaiban. Banyak rahsia yang tidak tersingkap. Subhanallah... Hebatnya Allah, kan?
Saya bangkit dari kerusi menuju ke sejadah, menyambung 'tugas' seterusnya...
"Setiap sesuatu itu bertasbih memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak dapat memahami cara mereka bertasbih..."
~Surah Al-Isra', Ayat 44~

:: Bunyi burung-burung itu merupakan doa dan pujian kepada pencipta-Nya...
:: Desiran dedaunan kayu ketika dihembus angin adalah tasbih yang ditujukan kepada Allah...
:: Bunyi ombak di pantai itu pun merupakan satu cara mereka membesarkan, memuji, dan mengagungkan Allah...
:: Hembusan angin yang tidak henti2nya menyapa seluruh penghuni merupakan caranya mendekatkan diri kepada Allah...
:: Kilat yang sabung-menyabung itu merupakan luapan rindunya kepada Pencipta alam...
:: Suara guruh itu merupakan tangisan kerana takut kepada Allah...
Semua yang ada di alam ini merupakan majlis zikir, masing-masing memuji dan mengagung-agungkan Allah menurut cara dan kebolehannya. Lalu bagaimana dengan kita? Tepuk dada, tanya iman...
7 comments:
moga Allah merahmati kita semua.
subhanallah.ciptaan Allah Maha luas. guruh pgi td sgt kuat kan... tp, kerana guruh jugalah yan trjaga dr tido..kalu x mst x tjaga sbb tdo sgt lmbt.huhu~ k.ji, yan balik esok... xtau smpt jmpe ke tak..huhu~mst yan rndu smua nt..
memang sangat2 kuat..
pastu tengah2 solat tu tiba2 blackout, dalam 5.30 lebih, takut sangat masa tu, dengan bunyi petir lagi..
then terbayang kematian, nape ntah, rasa gerun je..
memang selalu macam tu, hujan lebat senang je blackout, lagi2 blok k.jie ni..
banyak yang k.jie fikir masa 'termenung' tu, suka tengok hujan disimbah cahaya lampu, cantik..=)
k.jie yg belum habis exam ni pun terfikir mesti rindu kat sahabat2 bila balik umah nanti, huhu..^_~
Salam ukhuwah n salam taaruf kak! seronok rasanya dapat melayari blog akak.. moga akak cepat sembuh!~rasa teringin untuk mengenali akak lebih mendalam... (^_^)
salam..to husnamujahidah, nk nal kak jie ngan lebey mendlm? bagus tu..byk bley korek ilmu die..hehe...jie..rindu...
hadiah utk Jie...(Ali-Imran: 190-191)
=)
syukran, dik..
akak pn nak kenal awak jugak~husna mujahidah..^^,
nurilahi,
syukran sahabatku..
jie pun rindu kat fariena jugak, walaupun kita tak pernah berjumpa, tak pernah berbual, harap masa tu akan tiba jugak nanti..
mana tau boleh wat usrah sama2..=)
jazakillah untuk hadiah yang sangat istimewa tu..doakan jie selalu ye..^_~
Post a Comment