Malam ni nak balik dah, sempat lagi update blog...=)
Dah lama buat perancangan untuk mengadakan rehlah bersama sahabat-sahabat ni. Alhamdulillah, terlaksana jugak akhirnya. Objektif utama, ukhuwwah. Lebih kurang 20 orang yang join rehlah ni. Sepatutnya lagi ramai, tapi kebanyakannya dah balik. Pape pun, pengalaman tadi memang sangat-sangat best.
Buat dekat area gombak ni je, sungai pisang. Tak sangka pulak ada modul yang begitu menarik. Thanks to asyraf. Mula-mula sampai, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Dah pukul 11.30 pun masa tu. First thing yang kena buat, makan roti sambil tutup mata, tapi tak boleh suap ke mulut sendiri, kena suap ke mulut kawan. Cuma sorang je yang boleh buka mata untuk agihkan roti tu.
"Sape yang nak bagi roti ni? Saya lah ye, saya kan 'tutup muka' ni, macam mana awak nak suap saya nanti..." saya bersuara. Kesian tengok budak-budak ni makan sambil tutup mata. =D
First check point, kena ambil air dengan straw masuk dalam botol mengikut kuantiti yang ditetapkan.
"Cepat, cepat, cepat!" Semua berlumba-lumba nak penuhkan air dalam botol.
"Penatnya!" Memang penat pun, kena berlari ulang-alik untuk ambil air sungai dengan menggunakan straw tu, lambatnya! Botol tak boleh dialihkan, kami la yang perlu 'beralih'. Berpeluh-peluh dah masa tu.
Check point seterusnya, kena masuk dalam air.
"Ha, masuk dalam air?"
"Habisla..."
"Bestnya dapat main air!"
Air tak sampai pinggang pun, tapi of course la basah baju tu. Sampai seberang sungai, kena jawab soalan berkaitan sirah, akhlak nabi, dan yang berkaitan dengannya. Ada markah semua tu. Then, kena patah balik sebelah sana. Masuk dalam air lagi sekali! Sabar jelah...
Yang last paling best. Teka kena buat apa? Memasak! (^_~)
Patutla bawak kuali dengan periuk semua tu, rupanya memang kami kena masak. Markah tetap dikira dari segi kebersihan, menu, macam-macam lah... Ada rules & regulations secara bertulis lagi. Bahan-bahan dah disediakan, banyak pulak tu. Ayam, ikan, telur, sayur, ikan bilis, garam, gula, bawang, halia, lengkuas, asam jawa, lada, cili boh, semua ada.
"Wah, banyaknya barang!"
"Banyak benda kita boleh buat ni, tengok balik bahan apa yang ada..."
"Kita nak masak apa ni?"
Setelah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat, group kami buat ayam masak lemak, telur dadar, dengan ikan bakar beserta sos dia sekali. Masak dalam hutan tu, huhu...
Tugas diagihkan, gerak kerja dimulakan. Muslimin hidupkan api, muslimat sediakan bahan-bahan yang nak dimasak, bersihkan tempat etc. Elok-elok je api tu menyala, tiba-tiba...hujan! Hujan pun hujanlah, kerja tetap diteruskan. Sebab nak kejar masa time tu, dah nak zohor.
Tapi peralatan tak cukup, pisau pun ada satu je.
"Macam mana nak buat kerja ni? Pisau satu je. Nak siang ikan lagi, potong sayur lagi, bawang lagi..."
"Macam mana nak buat kerja ni? Pisau satu je. Nak siang ikan lagi, potong sayur lagi, bawang lagi..."
"Ha, saya ada bawak benda ni." Tiba-tiba iftitah mengeluarkan gunting. Bayangkanlah, potong bawang dengan menggunakan gunting! Huh, pernah ke orang buat macam ni? Siap siang ikan lagi dengan gunting tu. Disebabkan peralatan memasak sangat terhad, so kami mengambil inisiatif menggunakan sebarang benda yang ada di sekeliling. Agak-agak boleh guna, hentam jelah. Cuba teka, kami tumbuk bawang, cili, halia semua tu pakai apa? Any idea? Hehe...
"Ain, kalau mak tau ni, isy3... Macam mana la anak dia buat kerja kan..." saya bersembang dengan ain sambil menumbuk bawang. Lesung takde la... Pakai botol kicap! Huhu... Tak senonoh betul.
"Kak jie...?!" Baim tegur saya, terkejut budak tu.
"La, rilex la..." selamba je saya jawab. Sorry ye, tak sempat nak control ayu... ;p
Iftitah masak ayam, baim bakar ikan, zaahin goreng telur, banyak la kalau nak tulis semua kat sini. Yang pastinya pakaian semua orang dah kena asap. Ramai la yang 'menangis'. Gembira dan terharu agaknya, huhu... Pedih mata kena asap, sampai merah dan berair. Yang saya cerita ni pasal group saya je, group lagi satu tak tulis. Nak tau jugak ke? Ada sesiapa yang nak share? K.imah la, update blog tu, hehe... Takpun laila ke, lina ke, fathi pun boleh kot.
Walaupun penat, penat memasak, penat mengibas, dan sebagainya, tapi memang betul-betul puas hati. Seronok. Harap-harap lepas ni boleh buat aktiviti macam ni lagi. Yang penting, kita dapat 'something precious' dalam rehlah ni...{]=)
Walaupun penat, penat memasak, penat mengibas, dan sebagainya, tapi memang betul-betul puas hati. Seronok. Harap-harap lepas ni boleh buat aktiviti macam ni lagi. Yang penting, kita dapat 'something precious' dalam rehlah ni...{]=)
~This is my group~
Berdiri dari kiri: Iftitah, ain, madihah, yana
Duduk dari kiri: Fadhilah, saya, wan...zaahin, baihaqi, amirul, baim (belakang)
~This is another group~
Berdiri dari kiri: Nisa', lina, wani, mazni, k.imah, laila
Duduk dari kiri: Iqbal, fathi, fitry...najwa
6 comments:
slm.k.ji, sronoknya, mana aci. aik, cmne kak mazni leh tetibe available plak.. kata da blik 17.huhu....
sian yan x dpt ikut. da la xley g bukfair...
jom kt ronda2 kb plak...hehe~
hohoh, comelnya hutan malaysia.. ehek.. btol ke hutan?? hahaha..
em, klu kat mesir ni, impossible la ikhwan ngan akhawat nk mix cam ni. Sure2 buat program asing.. takdernya duduk masak sama2 cam tuh.. huhu..
salam jengah~
salam'alaik ukht jie..
seronok rehlah dalam hutan ekk..
yg kelakar tuu, ade ke tumbuk bawang gune botol kicap.. hehe..
papepun, gunakan pengalaman tu untuk suatu masa yg akan datang bila malaysia ni dah jadik darurat.. ish2.. nauzubillah
hm, mesir n malaysia, bi'ah & waqi' yg bbeza..
syukran 'ala ziarah..=)
yela, dik..
dah terdesak sangat nak wat camana kan..huhu..
takpelah, pape pun, pengalaman..
er, klu fasihah nak try pun boleh gak kot, tak susah pun..hee~
erm..ana nak bg pendapat..kami wat program rehlah cam ni ade motif.memg nampak spt suke..mcm dah membuahkan fitnah..mmg boleh wat asing2 muslimin n muslimat..tp dah biase wat asing2..jd kat sini kami ade misi..satunye ukhwah..dan satu lagi gerak kerja..kat sini lah nak tgk cam ne muslimin muslimat boleh bekerjasama n praktikkan dlm gerakkerja..mmg nampak cam tak jage ikhtilat..tp ni lah hakikatnye..bkn kite nak berhibur.tp ade motif..mgkin keadaan di mesir n malaysia berbeza..ana tahu matlamat tdk menghalalkan care..cume nye..bile tgk balik slot muhasabah.. mgkin org boleh trime mengapa kite wat program cam ni..
Post a Comment