Dalam kesibukan menghadapi final exam, alhamdulillah saya masih berkesempatan meluangkan masa bersama adik-adik dalam program smart solat hari ini. Semalam dah start exam, 1st paper, 2nd paper khamis minggu depan, lagipun tak cukup fasi, so pergi jelah. Tak jauh pun, area gombak je.
Semalam tidur kat bilik fisha, saja 'merantau' ke ruqayyah, malam sebelum tu tidur kat surau asiah, study untuk exam. Malam ni? Stay kat bilik je. Lepas subuh pagi tadi terus bergegas balik ke mahallah. Sebelum tu k.wani dah bagi mesej, kena siap dalam 7.30 pagi untuk ke program tu.
Kak E dah sampai awal untuk jemput kami, tapi pukul 8 baru bertolak. Saya, k.wani, k.nana, & yaty naik kereta kak E. Asalnya 4orang ni je, alhamdulillah k.fuhairah turut serta lepas tu, tapi dia datang lambat sikit, naik motor. K.fu memang...(tak nak habiskan ayat ni, akak fikir sendiri..hehe)
Program bermula dengan perasmian dan ceramah tentang solat, konsep solat, taharah, diikuti dengan bengkel yang diconduct oleh fasi. Buat praktikal wudhu', ajar adik-adik ambil wudhu' dengan sempurna, rukun, perkara sunat, dan yang sewaktu dengannya. Petang tu pulak kira-kira jam 3.30 selepas ceramah berakhir, kami ajar adik-adik praktikal solat dalam kumpulan masing-masing.
"Tau tak budak-budak ni panggil akak 'cikgu', berapa kali akak cakap 'akak', tapi diorang panggil 'cikgu' jugak. Cikgu pun cikgulah..." k.nana cuma menggeleng kepala. Er, lawyer boleh jadi cikgu ke, kak? Hehe...
Walaupun ada yang datang kerana terpaksa dan dipaksa, tapi adik-adik tetap bagi respon yang positif, alhamdulillah. Dalam group saya yang majoritinya form 1, masih ada lagi yang tak tau ambil wudhu' mengikut turutan anggota wudhu' yang betul, dan cuma seorang je yang ingat doa selepas berwudhu'.
"Akak, kita nak buat solat apa ni?" tanya seorang peserta sebelum saya memulakan sesi praktikal solat.
"Adik-adik nak buat solat apa?" saya bertanya kembali.
"Tak nak buat solat subuh, tak ingat doa qunut."
"Sape yang tak ingat doa qunut?" saya memandang ke arah mereka. Semua sekali mengangkat tangan, sabar jelah!
"Ok, takpe2...Kita niat solat lain." Yang pentingnya nak tengok pergerakan dan kedudukan mereka sewaktu dalam solat dan betulkan bacaan wajib. Memandangkan waktu sangat terhad, sesi taaruf pun sangat ringkas, tak sempat nak tanya tentang background & family adik-adik.
Cuma apabila saya bertanya tentang aurat di dalam solat, berkenaan dagu, salah seorang menjawab,
"Aurat, tapi saya tak tutup pun, lagipun saya memang tak pakai tudung." Adik ni seolah-olah tersasul apabila menyebut 'tak pakai tudung'. Saya fokus ke arahnya.
"Tak pakai tudung? Memang tak pakai ke?" tanya saya lagi.
"Family macam mana?"
"A ah memang tak pakai, mak pun tak pakai." saya terdiam seketika. Kasihan adik ni, mungkin juga didikan ibubapa yang tidak menitikberatkan soal aurat.
"Ada kakak tak? Adik-adik?"
"Sayalah kakak, saya anak sulung. Ada adik 3orang, semua perempuan, semua memang tak pakai."
"Hm, habis tu ayah macam mana?"
"Ayah tak kisah, dia cakap kalau nak pakai lagi bagus. Tapi tok saya cakap, kalau nak pakai ikut gerak hati, kalau rasa betul-betul nak pakai baru pakai. Kalau tak nak, tak payahlah pakai tudung." Satu persatu dia menjelaskan. Macam tu pun boleh? Hati saya berdetik. Kasihannya!
Saya cuba menyusun kata-kata sebaik mungkin untuk menasihati adik ini. Mungkin sangat sukar baginya memandangkan ibu sendiri pun tidak bertudung. Saya ceritakan juga pengalaman bersama kawan-kawan sebegini, berkongsi bersama adik-adik. Mereka perlukan perhatian dan bimbingan.
"Takpelah, kalau adik rasa benda tu baik, buat je. Macam aurat kita, adik tau kena pakai tudung, kan? Walaupun mak tak pakai, takpe je adik pakai, cuba slow2. Boleh biasakan benda tu." Mukanya sedikit berkerut. Mungkin baginya itu bukan satu kesalahan yang besar. Lagipun family sendiri tak tekankan soal aurat.
"Kat sekolah pakai tak?"
"Pakai, kat sekolah memang wajib, kat luar je tak pakai."
Saya cuba nasihat adik ini mengikut level umurnya, tak nak bercakap syadid sangat, nanti dia tak boleh terima. Memang saya rasa ingin 'menjaga' adik ini. Sayang. Adik ni masih boleh dibentuk, dia pun mudah menerima nasihat, dan paling fokus terhadap kata-kata saya. Tapi waktu tidak mengizinkan, dah nak balik pun masa tu. Mudah-mudahan adik ini masih ada peluang untuk memperbaiki dirinya dan family dia juga. Adik ini jugalah yang ingat doa selepas berwudhu', sedangkan yang lain semua tak ingat.
Semasa dalam perjalanan balik kami bincangkan hal ni. Kakak-kakak lain pun ada masalah yang lebih kurang sama. Adik-adik dalam group k.nana yang sekolah rendah tu, siap ada yang dye rambut lagi.
"Diorang cakap abang yang warnakan, nenek yang warnakan pun ada... Kesian akak tengok." ujar k.nana. Entahlah, tak faham saya. Kasihan adik-adik yang jadi mangsa.
"Form 4 dengan form 5 macam mana?" tanya kak E sambil drive.
"Yaty yang pegang, form 5 ada sorang je... diorang ni pun tak ingat doa qunut. Kalau solat subuh memang tak baca doa qunut la. Kalau kat rumah pulak memang ada je yang solat tak cukup." giliran yaty bersuara.
Kata kak E, peluang ni perlu digunakan dengan sebaiknya untuk nasihat adik-adik. Memang susah nak bagitau adik-adik, sesetengah perkara yang ibu bapa diorang buat tu salah, tapi masa nilah nak betulkan keadaan, at least adik-adik tau. Ibu bapa diorang pun ada kesedaran sebenarnya, sebab tu boleh hantar anak-anak ke program ni. Mereka nak anak-anak jadi lebih baik lagi.
Setiap kali saya jadi fasi untuk program-program seumpama ini, seringkali juga saya cuba 'mendidik' diri sebagaimana saya 'mendidik' adik-adik di dalam program. Apa-apa pun, yang penting sentiasa doakan orang lain. Hidayah itu milik Allah, hati-hati manusia sentiasa berada dalam genggaman-Nya. Jangan asyik mengutuk dan mengata orang lain, siapa kita untuk menghukum dan menilai orang? Bukankah lebih baik sekiranya kita mendoakan dia? Renungkan dan fikirkan.
2 comments:
dan kak fuhairah pula sentiase ceria dlm kesopanan melayan kerenah adik-adik kumpulannya yg xkurang comelnya..(huhu..eh silap plak, sopan xblh ketawe)
k.fu perasannnn!;p
akak buat2 sopan je, tu bukannya sopan semulajadi, huhu...
Post a Comment