Followers

Saturday, May 23, 2009

Indah hidup bersahabat…

"Ya Allah, kiranya rasul-Mu hidup bersahabat, kurniakan juga aku sahabat... Tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkan-Mu, seperti kebenaran as-Siddiq, biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu, seperti Ali; pintu ilmu kekasih-Mu...

Berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah yang Kau cipta sebagai pendamping kekasih-Mu...
Ya Allah, kiranya itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan sahabat seperti insan ini... Mungkin padanya ada segalanya, yang tak pernah ku cuba selongkari... Mungkin padanya terletak apa yang kucari SAHABAT SEJATI..."


Hidup sendirian pasti terasa kosong. Kerana fitrah manusia memerlukan teman. Sejarah menukilkan saat nabi adam a.s diciptakan, baginda berasa kesunyian tanpa teman. Lalu Allah menciptakan hawa untuk menemani adam di syurga.


Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih dikurniakan sahabat-sahabat yang membimbing dan mendidik. Sahabat yang dapat menjadi “cermin” diri saya. Kalau dulu saya susah menerima teguran (ego mungkin) kini saya dapat berlapang dada dan menerima teguran dengan hati yang yang terbuka. Kalau dulu saya suka pendam masalah seorang diri, sekarang saya boleh berkongsi dan meminta nasihat dari sahabat-sahabat. Sebab saya sedar, saya tak kuat untuk hidup seorang.
Kenapa macam skema je ayat tu? Musykil2…huhu...

Minggu lepas kami bermalam di musolla mahallah, lama tak qiam sama-sama. Semalam pun sama. Dan pagi tadi selepas subuh, kami buat halaqah, 5 orang satu group, baca surah al-jumu’ah beserta tafsir, kemudian bagi tazkirah.

Mula-mula semua saling tolak-menolak sebab tak tau nak cakap apa.


“Apa kata kita buat je tazkirah berantai?” saya memberi cadangan. Itu pun saling tolak-menolak lagi, saling pandang-memandang. Then laila start dulu.

“Laila cuma nak kongsi sikit. Nak cakap pasal Al-Qur’an.” Laila memandang tafsir Qur’an di tangannya.

“Al-Qur’an ni macam kawan kita, teman kita. Kalau boleh luangkanlah masa setiap hari untuk baca, walau sesibuk mana pun kita. Baca sikit pun takpe. Contohnya kawan kita, kalau kita tak tegur sehari, atau kita tak layan, mesti dia akan merajuk, kan? Dia akan kecil hati dengan kita. Ha, macam tu jugakla dengan Al-Qur’an ni, kalau kita tak baca, dia akan ‘merajuk’ dengan kita.” Laila memberi perumpamaan. Perkongsian yang bagus.

Kemudian ruzaini menyambung, revise nasihat pak cik masa pergi rumah arwah k.hajar hari tu. Ada saya tulis dalam entri sebelum ni. Then giliran adah, cerita pengalaman dia, keluar dengan kawan-kawan, jumpa pelbagai jenis orang, macam-macam ragam. Sesi bercerita pulak, kan adah? Sampai turn wani, kongsi apa yang dia belajar dalam subjek fiqh sirah a.k.a prophetic history. 

“Wani nak ajak semua berfikir sejenak… Kenapa nabi Muhammad diturunkan? Sebab itu adalah ‘basic human needs’. Ada 2 perkara yang wani nak highlight kat sini. 

First, human resource, iaitu keperluan asas kita. Contoh, makan minum, pakaian, dan tempat tinggal. Second, principle knowledge, iaitu Al-Qur’an dan sunnah. Human needs dengan revelation ni memang saling berkaitan sebenarnya. Tanpa revelation, iaitu Al-Qur’an dan sunnah, manusia akan bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata.” Banyak yang wani hurai, penjelasan lanjut sila tanya empunya diri ye… Panjang sangat kot nak tulis kat sini. Next, my turn. 

“Konklusinya ialah…” baru saja saya bersuara semua dah gelak. 

“Cepatnya dah buat conclusion…” adah mencelah. 

“Yelah, semua dah cakap, k.jie conclude jelah.” Saya tak habis cakap lagi masa tu. 

“Tadi laila cakap pasal Al-Qur’an, ruzaini cakap apa yang pak cik bagitau hari tu, adah cerita pengalaman, wani pulak share ilmu salah satu subjek yang dia belajar, k.jie nak cakap apa lagi? Dah cukup la tu… Kesian adah sakit perut.” Keluar topik sekejap, nampak adah duk tekan-tekan perut dia. 

“Tazkirah ni tak semestinya kena cakap perkara-perkara yang islamik je, nasihat yang biasa-biasa tu pun tazkirah jugak, sebagai peringatan kita bersama. Yang penting ada manfaatnya, dan orang yang mendengar tu pun perlu ambil manfaat dari apa yang dia dengar. Kalau boleh sampaikan apa yang kita cakap tu dari hati, insyaallah akan sampai ke hati orang yang mendengar.” Saya menyambung. Semua mengangguk.

Bila dikehendaki kebaikan oleh Allah pada diri seseorang itu maka dikurniakan-Nya seorang teman yang soleh, apabila lupa dperingatkan, & apabila teringat dia dibantu oleh temannya itu…”

No comments: