Followers

Wednesday, October 21, 2009

Apa beza tudung, hijab, & jilbab?


Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. Tapi saya sendiri pun tak tau macam mana nak jelaskan perbezaan ketiga-tiga term ini. Mungkin dari satu sudut tak ada beza nya pun. Bahasa mudahnya, something that covered your hair. Bukankah? (Pandai2 je saya ni..huhu)

Ok, let's talk about it seriously. For the detail information, i've asked ustaz rahim about the differences of these terms. This is the conversation between us.

Saya: Ape beza tudung, hijab, & jilbab? Ke dari segi sebutan & perkataan je lain?

Ustaz: Tudung menutup kepala sehingga menutup dada. Di sini tempat khilaf Ulama`mengenai menutup wajah bersekali .Lihat pada blog tu .Hijab terdinding antara lelaki dan perempuan yang sudah pasti tak berlaku di kolej2 kan. Jilbab iaitu pakaian (jubah) mestilah berkeadaan warna gelap. Yang afdhalnya warna hitam. Jikalau pakai warna jernih atau cerah boleh membawa kepada pengertian tabarruj. Kalau dapat tanya soalan2 begini di blog saya supaya ramai dapat manfaat lg pula ada pantauan dari sahabat2 saya yang seperjuangan .
Wallahualam

Saya: Tapi bukan ikut waqi' ke?
Contoh la kan, kalau semua orang kat tempat tu pakai warna cerah, warna warni, colourful.. then kite sorang je yang pakai serba hitam, pastu menyebabkan lagi menarik perhatian(pakaian hitam tu la)..macam mana tu?

Ustaz: Mula2 kita kena lihat bab tabarruj memakai warna cerah lagi2 berbunga2 itu termasuk tabarruj" kerana menarik perhatian orang menyukainya ya`ni lelaki "!!!. Kalau seorang wanita memakai pakaian hitam di tengah2 perempuan yang memakai berwarna-warni sudah tentu menarik perhatian kan tetapi "pelik bukan kerana menyukainya"!!! Kan beza tu. Pelik kerana mengikut syara` tak perlu khuatir. Tak pelik kerana tak ikut syara` itu yang kena khuatir. Istidroj !!Tipu daya daripada Allah. Berasa sedap sedangkan Allah dah cadangkannya dalam api neraka. Ini yang saya takut & awak pun perlu takut mengenai tipu daya nie .wallahualam .maaflah saya cuma beritahu dengan ilmu yang sedikit ada ni saja.

Pernah terjadi pada isteri saya yang di mana saya bawanya ke tempat saudara mara di singapura. Maklumlah sana pakaiannya macam mana dengan rambutnya yang berwarna warni lagi. Saya selamba je dengan mereka sedangkan isteri saya berasa kekok kerana rasa kecil duduk di kalangan mereka. Lepas tu saya kata padanya tak kena kalau kita rasa kecil sedangkan ini bumi allah bukan bumi Iblis. Sepatutnya mereka yang kena rasa kecil. Biasalah akhir zaman ni Islam seperti orang yang berdagang ,pelik je di kalangan mata orang .

Lupa nak bagitahu, dalam surah Al-Ahzab, Jilbab itu ditafsirkan oleh ibnu Abbas menutup seluruhnya melainkan dua biji mata. Di sini Ulama` feqah mengambil dalil .Ayat mutasyabbih dan muhkamat adalah berbeza. Kena tanya orang yang ahlinya. Kita tak boleh ambil semata-mata faham pada lughahnya (bahasanya)

Kena tengok para mujtahid yang empat tu .Adapun kita di sini Imam Syafei .Nak mengambil hukum biar dari kitab-kitab feqah yang mu`tabar.

Apa-apa persoalan yang ingin diajukan kepada ustaz boleh rujuk blog beliau di sini.



1 comment:

baim said...

assalamualaikum...

saya nak cdgkan kat awak utk tanya lebih ramai ustaz&ustazah dalam bab purdah,jilbab ni..

baru la perbincangan tentang fiqh ni jadi lebih matang dan meluas..